My dear boy on Bera test
Anak-anak saya mempunyai birthdate yang lari sebulan aja. Both on 26th. Jadi, Nazhan akan mencecah umur 2tahun 9bulan, 3.55 am nanti. Hehe..
Penat jugalah nak melayan dia ni sebab dia tak pandai nak minta. Kami perlu figure out apa yang dia nak. Paed pernah pesan, push him to talk, dengan point and sebut ulang2 kali. Bila dia sebut, baru p ambil. Malangnya, tak jalan jgk kaedah tu.
Last week, dia demam, abahnya cuti seminggu. Jadi, cuti tu banyak dihabiskan dengan melayan pe-el dia ja. Elok2 baik demam, kami terus bawak p KPJ, Perda untuk buat audiolagy test. Kenapa? Kami berminat untuk p speech therapy. Namun, menurut pakar di DEMC dulu dan sedikit reseach yang saya buat, kena buat audiology dulu untuk pastikan Nazhan tak ada masalah pendengaran.
Masa call KPJ, nurse soh datang aja. Padahal audiology test equipment tak ada pun di situ. Jadi, sebelah petang kami ke Loh Guan Lye pulak untuk new appointment. Selepas jumpa ENT specialist, then refer tu audiologist. Mood Nazhan dah tak best. Dari pagi, asyik jumpa doktor ja.
So, test pun tak berjalan lancar. Nazhan taknak dengar arahan.
Ujiannya macam ni. Bila Nazhan dengar bunyi, then dia perlu buat sesuatu, like masukkan hoop dalam kon. Nazhan xnak duduk diam pun. Then tukar lain. Bila Nazhan dengar bunyi, dia akan pusing ke arah robot yang bergerak. Mula2 menjadi, then dia dah taknak pusing. Sebabnya arah bunyi keluar and robot tu memang berbeza. Cuma hoping that dia rasa2 robot akan bergerak, then dia pusing, bila bunyi tu kedengaran, baru test tu menjadi.
Ada lagi yang kami cuba buat. Semuanya berdasarkan Nazhan akan buat something bila dengar bunyi. Bunyi tu akan dimainkan dengan decibel range yang berbeza. Namun, dia taknak memberi kerjasama. Jadi, terpaksa pilih test jenis lain. Test ni nama dia, Bera test yang perlu dibuat semasa Nazhan tidur.
Jadi, malam tu kami bagi Nazhan kepenatan. Esok pagi2 p hospital balik. Makan ubat, then dia pun tidur lepas 10 minit. Letak alat pendengaran di telinga dan 1 wayar kat kepala untuk detect reaksi otak terhadap bunyi. Alhamdulillah, Nazhan memang tak ada masalah pendengaran. Masalah degil ja. Huahuahua.
Simple ja ujiannya tapi mahal jugaklah. Selamat company tanggung. Jadi, our next step is speech therapy. Appointment pukul 2pm, on the same day tapi terpaksa cancel sebab mood dia dah kembali xbest. Ucu cakap budak2 boleh ada stress. So, kami pun xnak la stress dia sangat. Hehe.. Next time, bila abah tak adalah. Bila abah ada, merap sangat dengan abahnya. Boring ibu nak melayan.
Sebenarnya, kami memang positive dia tak ada hearing problem, tapi dah pakar soh buat, p ja la. Development dia pun dah much2 better. Dia nak ulang apa yg dia dengar di tv or apa yang kami cakap. Dah kenal A-Z, 1-10. Cuma dia tak ada conversation dlm bahasa melayu atau english yang boleh kami paham or agak2 paham.
Ada jugak member yang masa zaman kecil dia, 3 tahun baru boleh cakap. Sekarang mulut dah tak boleh berenti cakap. Hehe. Dah berjaya dah dia. Cuma tak kan la kami nak tunggu dan tunggu. Bila dah 3tahun, tunggu lagi 3 thn 6 bulan, tunggu lagi bila umur 4tahun. Asyik tunggu ja la. So, sebagai ibu bapa yang prihatin dan sayangkan Nazhan Iqbal ni, kami pun kena buat jgk. Demi kebaikkan dia di masa depan. Ingat ni Nazhan. Jangan jadi kacang lupakan kulit pulak bila besaq nanti.
Pesanan khas untuk Nazhan.
0 comments:
Post a Comment