Budget Percution untuk Island Hopping & Snorkeling di Pangkor
Awal cuti sekolah kami ke Pulau Pangkor. Memang tak dirancang sebab dah pernah ke sana dan dah banyak main air dari minggu sebelum tu. Tiap2 hari dah mandi swimming pool sepanjang dekat 2 minggu ni tapi dah alang-alang di Lumut sampai 5 hari, rugi pula kalau tak lajak ke Pangkor.Di Pangkor dan Lumut antara tarikan utama adalah makanan laut yang dikeringkan seperti ikan bilis, sotong, udang, ikan masin dan makanan yang diproses dari makanan laut ni. Selain tu di tempat menarik di Pangkor termasuklah Kota Belanda, Island Hoping, Snorkeling, tokong Cina dan Taman Foo Lin Kong. Di Taman Foo Lin Kong ni ada replika tembok besar Cina selain tokong Cina.
Disebabkan kami dah pernah ke sana, jadi tujuan kami kali ni hanyalah island hoping dan snorkeling sahaja. Selepas ni memang snorkeling sahaja la island hoping pun dah x nak, sebabnya nanti saya kongsikan.
Budget
Keseluruhan budget percutian pendek kami di Pulau Pangkor untuk snorkeling adalah RM178.50. Detail saya share di bawah ni.
Parking Kereta
Tempat parking bertingkat Lumut |
Kami keluar pagi lepas checkout dari Hotel Swiss Garden Lumut. Sampai jeti pukul 9.30 pagi & parking di bangunan parking bertingkat tapi yang luar bangunan sebab malas nak jalan jauh & turun tangga atau lif. Kos 60 sen sejam. Total kami kena masa nak balik RM6. Lama juga kami stay Pangkor 😄 walaupun hanya habiskan masa snorkeling semata-mata.
Tempat kami parking, depan sikit dari exit ja, tepi jalan :D |
Feri
Feri Lumut ke Pulau Pangkor |
Sewa kereta atau teksi
Bila keluar dari jeti ja, ramai penyewa kereta yang akan menunggu. Ada yang offer RM40 untuk sebiji kancil half day. Siapa yang nak jalan-jalan Pulau Pangkor dan melawat tempat menarik di sana, bolehlah ambil option ni.
Teksi van pink Pangkor |
Kami pilih ambil teksi ja sebab memang tak nak jalan2. Tambang teksi a.k.a van pink RM15 untuk ke Pantai Teluk Nipah. Kami pi waktu cuti sekolah weekdays. Hari lain kalau harga berubah tak tahulah ya.
Rate Snorkeling dan Island Hopping di Pangkor
Dalam teksi driver teksi tu sembang rate island hopping dalam rm60-80 boleh dapat. Masa dalam feri ibu google ada yang dapat rm40-2 orang. So bila dapat offer RM70 untuk 5 orang private boat, kami terus lupa nak nego dah. Haha !! Diorang jampi kot supaya tak minta tawaq.
Ok, kami ada bawa rashion a.k.a bekalan makanan siap2 macam snickers, air coklat, roti, nutella, tuna saki baki dari hotel. Cuma tambah mineral water 1.5L RM3. Goggle, jaket keselamatan, roti untuk bagi ikan makan, island hopping dan snorkeling dah termasuk dengan pakej. Masa fleksibel, boleh calling2 untuk pick up anytime.
Island Hopping
Budak kecil tu, enjoy gila naik bot. Siap betul2 nganga makan angin |
Bagi yang pernah pi island hopping, cubalah tanya rate terus ke Pulau Giam untuk snorkeling sahaja. Kami agak menyesal sebenarnya ber-island hopping tu. Dekat ja pun.. Semua pulau tu cuma ada di sekeliling Pulau Giam ja, tengok bentuk2 batu kesan dari hakisan dari ombak dan perubahan cuaca membentuk shape seperti kaki, penyu, buaya dan sebagainya. Sebab dah pernah tengok jadi biasa2 ja la.
Pantai
Kami sampai di Pulau Giam dalam pukul 11 pagi. Dari bahagian pantai ni di Pulau Giam, kami boleh nampak Coral Beach di Pulau Pangkor. Matahari hampir terpacak kat kepala. Adoi !!! Memang sunburn teruk la gini. Ha, benda wajib kalau snorkeling dan ke pantai adalah SUNBLOCK dan kami tak bawa. Kan dah kata trip kami ke Pangkor tak dirancang.
Abah & anak-anak memang redah ja. Mereka tak perlu risau sebab memang kulit putih melepak. Kena panas sedikit ni boleh jadi tanned, tak ada masalah. Yang ibu kulit sawa tak matang ni, kena panas terik memang bertukar jadi Dayang Senandong.
Sini pantai cantik tapi snorkeling tak best sangat |
Kat Pulau Giam ni ada juga gerai kecil yang jual makanan. Jadi, kalau tak bawa bekalan, masih boleh jamu selera. Harga masih mampu dan tak mencekik.
Menu makan dan harga di Pulau Giam |
Lepas puas main panas, kami call bot untuk pick up dan bawa ke bahagian belakang Pulau Giam ni. Kat sini lagi best untuk snorkeling. Jadi, kalau nk bersnorkeling sahaja, terus minta ke sini. Mesti boleh dapat rate lebih murah, insyaAllah. Kami ingat anak2 nak main pasir tu yang minta bawa ke pantai. Rupanya semua dah pandai bersnorkeling lepas abahnya ajar. Tak main dah pasir pantai. Lagi-lagi tengah panas berdengung.
Snorkeling
Perjalanan naik boat ke tempat snorkeling kejap ja, kurang 5 minit.
Masih boleh main pasir di air cetek |
Sini lebih seronok. Iman pun berani jadi kami boleh sama2 berenang tak perlu take turn jaga Iman. Iris dan Nazhan pun selamat berenang sendirian sebab sentiasa pakai jaket yang bantu terapung.
Akibat tak bawa sudu, Iman main celup2 jari ja.. Emm emmm |
Di sini, ada few spots untuk snorkeling dan ada juga tempat cetek untuk main air dan pasir. Oklah. Masa kami pi tak la crowded sangat orang, just nice. Masih boleh nampak anak-anak dari jauh.
Port snorkeling paling hot kat tempat bot berbumbung tu. |
Masa mandi mana nk perasan sunburn sampai hangitkan. Punya syok, snorkeling xpuas - puas. Expecially anak-anak. Langsung tak naik ke darat. Sebab ingat nak balik Penang, kami pun xboleh la stay lama lagi. Pukul 4, kami panggil bot untuk pick up.
Tempat Mandi
Sampai Teluk Nipah, cari tempat mandi tapi tak ada orang jaga pula. Semua bilik berkunci. Jadi kami ingat salin ja la baju budak2 sementara tunggu makan. Nasib baik, tengah tumpang salin baju, owner bilik mandi datang jadi dapatlah mandi dengan sempurna. Sekali mandi RM1.50. Kami kena RM4.50 semuanya.
Makan-makan
Kami makan di kedai makan betul2 seberang jalan tempat mandi tu. Kami order nasi goreng cina, nasi goreng kampung & nasi goreng ikan masin. Air pula air kelapa-1, laicikang-2 dan 2 milo ais. Semua total RM35.
Tinggal suami ja belum mandi dengan Iman. Iman dan mula tunjuk sign mengantuk dan ready untuk lentok. Abahnya angkat juga bawa pi mandi. Balik2 dah segar bugar dah.
Tambang teksi van pink ke jeti Pangkor
Nak naik teksi balik... Menapak jauh juga. Kena ke stesen teksi yang ada di hujung pantai. Bakar la kalori nasi goreng ikan masin tadi. Tambang masih sama RM15 sekali perjalanan ke jeti.
Di jeti kami jamak takhir. Surau bersih. Kami sempat catch feri 5.30 petang tanpa perlu menunggu. Sampai Lumut pukul 6. Hujan.. Beli barang lagi buat orang Penang. Dekat pukul 7 kami gerak balik Penang. Sampailah Penang pukul 9 malam. 2 jam ja perjalanan Lumut-Penang (bukan island).
Jadual perjalanan feri pergi balik Pulau Pangkor |
Best memang best sebab semua orang enjoy main air ! Kalau nak tahu tempat best dan menarik di Pangkor, boleh baca entry ni.
Selain tu hari Ahad malam ada Pasar Malam di Manjung dekat2 dengan Giant Manjung. Syok ! Baju2 yg pakai balik ni grab kt sana sebab dah habis baju nak pakai:D.
By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382
www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
6 comments:
Assalammualaikum sis... ada nombor contact boat ke pulau pangkor tu x..
terbaik. lengkap entri nih
Assalamualaikum, ada no fon pemandu teksi pangkor tak?
Assalam. Boleh saya dapatkan nombor contact pakej snorkeling
Tambang van pink tu rm15 seorang ker?
Atau untuk satu van?
Post a Comment