Tempat Menarik Yang Kami Lawati di Bursa, Turki

1:14 PM ida ahmad 0 Comments

Bursa ni ibu negara pertama Turki. Turki beberapa kali tukar ibu negara tak macam Malaysia, dari dulu KL ja. Sekarang ibu negara Turki adalah Ankara. Kami tidur di Hotel Kervansaray ni di Bursa. Bilik dia kecil ja. Macam saiz hotel budget kat Malaysia. Tapi dalamnya agak cozy dan toiletnya pun nice. Tak ada bath tub tapi shower yang berpintu sliding door. Bolehlah nak tidur semalam sebelum mulakan perjalanan esok.

Hotel kami di Bandar Bursa

Malam tu ibu x turun dinner pun. Siap2 nak gilir-gilir dengan abah nak turun dinner di hotel sebab nazhan & iman dah tidur sekali iman jaga nak susu. Terus ibu tertidur sekali x jaga2. Abah & Iris ja turun. Abah keluar balik belikan roti standby kot terjaga nak makan. Hotel ni oklah, tengah town, senang cari kedai. Hehe tapi makanan yang abah beli tak ada yang jamah.

Esoknya Subuh awal pukul 3 lebih dah masuk. Summer kan. Kami bangun pkl 5 pagi, ada lagi Subuh. Bangun dah terus pack beg & prepare baju untuk dipakai. Lepas breakfast terus nak check out. Nazhan tak sihat hari ni. Bangun mandi dan tidur balik. Lepas tu dia muntah. Mungkin sebab semalam makan time lunch ja so masuk angin. Risau juga. So ibu prepare Nutriferon untuk diberi. Ubat demam budak tak bawa. Alhamdulillah lepas bangun tidur kali kedua sebelum bertolak tu dia dah fully recover dah.

Breakfast kami macam dalam gambar ni. Actually buffet. Yang ni yang ibu pilih. Makan ala kadar ja sebab tak lapar sangat. Iris makan cereal. Iman share menemen dengan ibu. Menemen ni tomato campur telur tapi sedap. Semua buffet breakfast kami mesti ada menemen ni, kira common breakfast orang turki la.

menemen yang sedap sarapan pagi orang turki
Menemen

Destinasi pertama kami di Bursa adalah masjid Ulucami. Ni Masjid Utama di Bursa. Juga tinggalan Empayar Uthmaniah. Selalu ramai orang tapi sebab hari tu pilihan raya, so lengang ja. Dalam masjid ni ada water fountain untuk buat ambil wudhu. Sejuk gila airnya. Lampu di masjid ni masih kekalkan lampu chandelier.

water fountain dalam ulucami mosque bursa
Masjid Ulucami Bursa tinggalan sejak zaman Uthmaniah


Berdekatan dengan Masjid Ulucami ada Koza Han. Koza Han ni macam kilang sutera dan sutera market. Sejak Sultan Beyazit II buka Koza Han ni, tempat ni jadi port para pedagang dan pasar sutera utama sebab Bursa adalah destinasi terakhir Laluan Sutera dari China.

pasar sutera di bursa namanya koza han
Koza Han tempat membuat dan menjual sutera


Masa kami pi, Koza Han masih tutup. Huhu! Melepas nak shopping sutera. Namun kami sempat berposing di perkataan ‘Bursa’ yang tersergam indah ini !

Adik - adik instant

Kemudian kami gerak naik Mercedes 15 seaters ini ke kampung yang wujud sejak empayar Uthmaniah dan masih mengekalkan ciri-cirinya hingga sekarang, iaitu Cumalikizik / Ottoman Village.

Kampung ni sangat cool. Terletak di cerunan bukit dan rumah2 di bina di cerunan tu, jadi dari tempat van drop kami menapaklah naik ke rumah yang boleh dilawat, yang dah digazetkan oleh Unesco sebagai tapak warisan dunia.

Senaman jalan kaki di Ottoman Village, Bursa sambil nikmati pengalaman yang ohsem


Sepanjang mendaki tu adalah aunty2 yang buka gerai depan rumah diorang jual kraf tangan dan ada yang hasil tangan diorang buat sendiri. Uniknya orang Turki ni, tak ada homeless menurut tour guide kami sebab mereka akan bina rumah yang boleh duduk sekeluarga besar. Ada bilik datuk, anak, cucu gitu. Kalau nak jumpa homeless tu, katanya maybe pelarian dari Syria.

shopping di ottoman village, bursa
Kraf tangan dan cenderamata di Ottoman Village, Bursa

Lepas mendaki naik, kami menapak turun bukit pulak. Antara benda yang kami beli di sana adalah sikat rambut. Hehe, nampak mcm handmade. Sebab design belakangnya unik antara satu sama lain.

Selain tu, kami beli buah buahan juga. Sedap! Fresh ! Murah ! Excited ! Ada buah cerry, plum, strawberry dan berry. Musim berry belum masak betul lagi, so warna kurang menarik. Strawberry boleh dapat di Cameroon Highlands ja tapi ceri dan plum hijau tu murah dan sedap ! Jarang jumpa kat Malaysia.
Buah ceri, plum hijau, tomato dan strawberry yang sedap dan segar di Ottoman Village



Sebelum makan tengah hari kami singgah melawat makam pengasas Empayar Uthmaniah, Usman Qazi dan Urfan Qazi. Ada makam kerabat dia juga di kelilingnya.

Makan pengasas Empayar Uthmaniah, Usman Qazi

Di sini juga boleh tengok pemandangan bandar Bursa yang sangat cantik. Kami makan ais krim dari susu kambing yang sangat famous di Turki di sini. First time. Murah gila. 1 lira ja. Sama harga masuk toilet dekat sini. Hehe. Kat sini ja la dapat aiskrim harga tu, tempat lain 3-5 lira & ikut scoop.

Cantik !

Di Turki ni orang kata toilet memang kena bayar dan diorang jaga kebersihan. Harga tak main kupang2. Minima 1 Lira la. Alhamdulillah sepanjang 8 hari di Turki, tour guide kami ni pandai stop kat pit stop yang toilet bersih dan free ! Save budget juga. Kalau tak berpuluh jugalah habis kat toilet aja.

Kami lunch di Bursa. Kedai tu kami ja ada. Hehe. Oh ya, maybe sebab pilihan raya so lengang lagi walaupun dah tengah hari. Memandangkan kedai makan dekat dengan Masjid, kami tunggu Zohor masuk sebelum meneruskan perjalanan ke Kusadasi.

Jadi, semua orang pun berulang ulang guna toilet di restoran yang bersih dan free tu. Di Turki, toilet bowl guna bidet. Yang air keluar dari toilet bowl tu. tak ada paip kecuali paip sinki di luar. Air masa tu sangatlah sejuk. Anak-anak memang mengelak - ngelak kalau kena basuh kencing or berak.



Jalan kaki di Kota Bursa yang lengang sebab pilihanraya

Kami berjalan-jalan kat kedai2 dekat masjid tu. Kedai ada yang masih tutup dan ada yang buka. Semangat betul orang Turki dengan pilihan raya! Dari barang2 di mini market yang kami singgah beli rashion, nampaknya harga barang tak mahal sangat. Air kotok & biskut kurang 1 Lira boleh dapat. Turki banyak produce food sendiri sebab tu harga barang keperluan masih rendah. Best kan !

Selepas 5 jam perjalanan kami sampai di Kusadasi. 5 jam tu banyak pit stop juga. Dia akan stop setiap 2 jam untuk ke toilet atau refreshment. Driver pun lepak minum teh dulu. Selalu memang toilet yang free dan bersih. Tu lagi satu advantage kena tour guide ni.

Bila kami sampai ke Kusadasi terus di berhenti kat kedai jual Turkish Delight dan Apple Tea. Ini pertama kali jumpa jadi kami tak tahu harganya ok or tak. Sebenarnya, harganya adalah agak mahal sebab kedai2 ni kena bagi tip kat tour guide kita tu. So pilihan masing2 la nak beli ke idak.

Esok-esok jumpa lagi pelbagai jenis Turkish Delight sama ada di tempat melawat, bazaar atau pit stop. Fyi, turkish delight yang kami beli paling mahal so far, 17-22 Lira per box. Geram juga time tu bila compare harga. Sebab lepas tu kami jumpa yang jual 3 ke 7 kotak untuk 20 Lira. Nangis tak?





Bila sampai Malaysia, Turkish Delight yang kami beli di kedai A adalah paling sedap. Yang di hentian-hentian sedap juga sebab diorang bagi tester untuk rasa tapi tak beli dah sebab dah banyak sgt beli. Cadangan saya, kalau jumpa tu beli ja 1-2 kotak dulu. Jumpa lagi beli lagi. Boleh cuba pelbagai rasa.

Malam ni kami tidur di Kusadasi. Hotel. Mengadap Laut & Pantai. Sampai dah lewat petang so tak keluar jalan walaupun hotel kami banyak kedai keliling tu. Ala macam Bali atau Batu Ferenghi. Nampak harga display dalam Euro. Terus mati hajat nak jamu mata.

Oh ya, jangan lupa bawa universal plug yang boleh sumbat banyak charger. Segala mak nenek gadget nak kena charge overnite. Powerbank, camera, ipad, iphone😁.

Yang tak bestnya hotel ni beg kena angkut sendiri ke bilik dan nak naik kena lif kena naik tangga. Diorang salah bina lif kat tengah antara 2 level ni. Yang azabnya guest. Untuk backpackers no worry la kan. Kami ni siap Iris tidoq lagi.

Jadi, sampai terus p dinner dulu dengan Nazhan & Iman, abah tunggu beg dan Iris sebab nak naik lif time tu beratur. Ahaha!! . Then lepas naik hantar barang, abah pula turun makan. Makanan sedap ;)

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: