Baju raya kami

9:35 AM ida ahmad 2 Comments

Selamat Menyambut Ramadhan. Selepas 4 tahun menyambut Ramadhan bersama suami, tahun ini ada kelainan. Suami terpaksa berjauhan. Kesian dia. At least saya ada bersama anak2 dan keluarga. Semoga saya dapat melaksanakan solat terawih dan ibadat lain dengan aman.

Baju raya? Hehe..lambat lagi nak beli. Harap2 nya, boleh bertambah slim menjelang Syawal kelak. Bolehlah pakai baju saiz S. Hahaha. Ready made ja untuk ibu. Nak buat awal2 dulu, badan macam mengandung ja. Tunggu nak kurus, tailor pun dah fully booked. Tailor zaman sekarangkan.. Kaya2 belaka. Ye lah, sorang baju sampai 4-5 pasang at least. Saya yang beli ready made dan housewife ni setakat 1-2 pasang ja la. Bukan pakai baju kurung tiap2 hari pun macam orang keja opis. (alasan tak berduit)

Baju anak2, harapnya ibu sempatlah buatkan. Pernah buat baju melayu untuk Nazhan last year . Bolehlah untuk dipakai sekejap tu. Orang pun tak perasan. Tahun ni boleh buat untuk Iris pulak. Yeahh..Semoga dipermudahkanlah. Baju melayu untuk abah?? Hmm..Abah cerewetlah. Di mulut ja kata tak kisah tapi hmm..demand jgk. Nyampah i tau.

2 comments:

chip said...

ceh..manada abah cerewet :p

ida ahmad said...

tak cerewet? yaa rittee..:P