Showing posts with label Cerita Abang. Show all posts

Pengalaman sunat konvensional yang hampir ngeri

Ahad lepas 30 hb Disember 2014, adalah hari bersejarah buat anak ibu, Nazhan Iqbal bila berjaya disunatkan. Jadilah beliau selangkah menuju mukmin sejati :D. Sunat ni bagus dan mengurangkan risiko kanser prostat dan hiv aids. Kami sunatkan Nazhan secara berjemaah dengan kanak-kanak Bandar Bukit Raja. Kebetulan ada program Maal Hijrah di Surau Ar-Raudah.

acara-sunat-bandar-bukit-raja

Yang mendaftar untuk sunat ada 15 kanak-kanak. Kaedah yang digunakan konvensional. Nazhan dapat no. 15. Kami tunggu ja.. Nazhan nampak happy. Ada budak yang nangis2, jadi kami ada chance untuk ambil turn awal tapi abahnya fikir ok juga last. Lepas buat terus balik. Kanak- kanak lain, stay kat surau tu lagi lepas sunat. Kami risau nanti lama-lama stay, bius habis makin sakit nak bergerak nak balik rumah.


selepas-bersunat


Dari pukul 10 pagi, turn Nazhan sampai pukul 2 petang. Elok lepas orang solat Zohor. Bila tiba turn Nazhan, ada kanak-kanak yang tengah bersunat juga. Dia nangis teruk, sampai Nazhan pun dah lemah semangat. Terus taknak. Kami pujuk soh kencing dulu. Lepas tu kami pujuk lagi.. Dia bersunat juga tapi dalam keadaan yang menangis, trauma dan nampak sakit. Huhu..

Kesian dia..Takpa positif, itu normal. Cara sunatnya konvensional. Guna gunting dan dijahit. Gunting pun ada 2 kaedah. Sunat Nazhan guna kaedah di bawah ni.



[caption id="attachment_1095" align="aligncenter" width="259"]sunat cara konvensional Sunat Cara Konventional :  5 Kulit luar ditarik dengan penyepit dari 4 arah dan kemudian kulit luar digunting tegak sebelum dipotong keliling. [/caption]




Balik rumah, susah juga nak makan ubat dapat antibiotik dan paracetomal. Antibiotik xsedap ya, bau pun dah tak best. Mula2 mix dalam susu tapi seksa la nak habiskan susu tu so end up tak jalan. Bila pecahkan kapsul dalam sudu, makan dan minum air cepat2, ok jalan!




[caption id="attachment_1098" align="aligncenter" width="300"]sunat-klasik dan konventional Sunat Cara Konventional : Ada juga kaedah di mana kulit luar ditarik ke depan menggunakan penyepit. Kemudian baru digunting terus menggunakan gunting.[/caption]




Lepas sehari, Nazhan tak nak buka balutan sebab takut. Masuk hari kedua dan ketiga pun masih x berani. Siang kurang gatal dan sakit. Bila malam tidur, sampai mimpi2, terjaga..nangis, menggaru paha, mengerang kesakitan.. Kesiannyaa..


Bagi ibu bapa yang bercadang nak sunatkan anak, kaedah sunat ada clamp dan konvensional. Cara konvensional ni, balutan patut dibuka secepat mungkin. Lagi cepat lagi baik. Selepas 2-3 hari, agak seksa dan menyakitkan. Banyak klinik tak balut pun lepas sunat. Kes kami haritu memang dibalut tapi tak dijelaskan bila kena buka. Huhu, untuk first timer macam kami memang kes naya jugalah. Kaedah clamp pula, clamp akan jatuh sendiri selepas 3-5 hari. Kalau tak jatuh, pi hospital balik untuk dibuka.


berkhatan-secara-clamp


Clamp atau konventional tetap akan dibius dan mungkin ditidurkan ( full bius )  masa prosedur jika consider kecil lagi dan ikut budget parents juga. Kalau tak sedar langsung lagi mahal cecah ribu. Kalau bius cucuk bird ja, dalam ratus2.


Untuk adik Nazhan, Nuh Iman yang bakal setahun tak lama lagi.. kami bercadang nak pilih clamp di hospital swasta dengan bius sampai tidur. InsyaAllah. Untuk bantu luka sunat cepat sembuh juga, ibu beri zink dan chewable vitamin c pada Nazhan. Susu juga memang ditambah mealshakes. Masa sunat tu banyak hilang darah. Jadi harap dapat membantu tambah darah dan bantu sunat cepat sembuh.



Buka balutan sunat konventional di hospital



Hari ni, Jumaat kami decide ke hospital SJMC untuk buka balutan dan minta konsultasi dari Paedtrician Surgeon, Dr Ahmad Zulkifli. Selepas konsult, 2 Nurse SJMC yang sangat baik dan penyabar yang assist untuk buka balutan. Bird N dititiskan dengan air garam sempai lenjun balutan tu dan cubaan untuk membuka dressing dibuat slow2. Slow ya amat sebab Nazhan jaga baik punya. Memang dia tak mau sangat. Kami bagi dia buka sendiri tapi langsung x  terusik.


Lepas dah titis air garam lebih 10 minit ( sangat lebih ) dan bagi chance kat Nazhan buat sendiri ( lebih 5 kali ), so ibu cakap.. Ok, Nazhan buat dalam 1 minit. Kalau tak abah buat. So lepas 1 minit +, dia x buat, kami pegang dan abah tarik. Abah yang cabut side by side. Mula kiri, then rest sekejap, titis lagi air garam, lepas tu kanan. Lama weehh.. Nak tunggu luka tu lekang dari pembalut dengan bantuan air garam makan masa dan susah juga nak lekang. Jadi kami kena juga cabut walaupun Nazhan masih sakit.





Lepas dah selamat cabut balutan nak sapu ubat pun dia tak bagi juga. Abah yang buat.. Nurse pujuk2 Nazhan tolak tangan. Jadi abah yang buatkan juga. Alhamdulillah.. Malam ni Nazhan tidur lebih nyenyak. Tak meracau time tidur.. Tak menahan sakit dan gatal yang teruk. Alhamdulillah sangat. Kami masih perlu teruskan titis air garam 2 kali sehari dan bubuh ubat sapu 3 kali sehari supaya sunat cepat sembuh. Semoga Nazhan dan kanak-kanak yang bersunat cepat baik ok!


Lagi tip sunat cepat sembuh adalah kurangkan pergerakan supaya tidak bentan, makan makanan yang tak gatal supaya tidak menggaru, makan makanan tinggi protein seperti ikan dan ambillah supplemen seperti multivitamin, zink dan vitamin c untuk tambah darah dan pulihkan luka sunat lebih cepat. All the best !


Ibu anak-anak syurga,


Ida Khairani

013 488 2382

Shaklee Independent Distributor 846056




Kenapa Gigi Anak Hitam Menurut Doktor Klinik Gigi Setia Alam

Hari ni Nazhan gugur lagi dua batang gigi susunya. Dia memang berani. Dia yang minta nak ke dentist bila gigi dah goyang. Kami ke Klinik Pergigian Setia Alam yang cozy dan calm itu untuk kali ke-tiga.

klinik pergigian setia alam


Gigi susu pertama tercabut dengan sangat mudah di rumah. Bila gigi kedua longgar, kami buat visit pertama ke klinik ni, betul2 atas Kedai Kek Secret Recipe di Setia Alam. Kali kedua datang, satu family jumpa dentist tapi xada gigi yang kena cabut.

 Doktor gigi bagus di setia alam

Nazhan ada beberapa gigi hitam yang dah tak ada enamel, juga dipanggil karies. Kenapa gigi anak hitam? Gigi dia mula decay dan sedikit sedikit sejak baby lagi walaupun belum start solid dan gigi-giginya semua saiz kecil-kecil. Nazhan memang rajin gosok gigi dengan teliti pulak tu bila semakin besar. Masa kecil pun hanya menyusu badan secara terus dan saya akan mencuci giginya dengan kain dan berus bayi. Jadi, kenapa gigi anak boleh jadi hitam, decay, rongak dan karies? Boleh baca sini pendapat Dr. Husna.


Kenapa gigi anak hitam



Masa mengandungkan Nazhan saya belum ambil supplemen ostematrix Shaklee. Saya ambil asid folik warna pink tu dan NeuroGainPB. Sambil tu ada minum susu Anmum juga. Selepas melahirkan Nazhan, saya memang senang sakit pinggang dan belakang.

 gigi hitam bakal dicabut

Bila pertama kali nak cabut gigi Nazhan yang hitam dan mula longgar, doktor gigi Klinik Pergigian Setia Alam ada interview saya dulu. Nazhan suka makan manis tak? Coklat tak? Bila saya cakap dia tak suka makan aiskrim atau gula-gula. Coklat makan juga kadang-kadang tapi memang rajin gosok gigi. Gigi tu mula rosak masa baby lagi, doc. Saya ingat lagi, gigi pertama ok. Masa tumbuh gigi kedua, gigi pertama dah mula decay walhal baru 5-6 bulan usia.


klinik gigi di setia alam yang cozy


Doktor gigi pun tanya, ada ambil kalsium tak masa mengandung.. Errr.. Memang tak la.( tapi susu minum ). Doktor kata sebab tulah. Kalsium ibu yang tak cukup yang akibatkan gigi Nazhan cepat decay dan hitam. Betul juga. Gigi Iris ok, tak decay dan besar2. Walhal suka makan aiskrim dan sweet. Gigi Nuh Iman pun so far perfect. Masa anak kedua dan ketiga, saya dah mula ambil vitamin untuk ibu mengandung Shaklee.




Masa mengandungkan Nazhan dan berpantang belum cukup kesedaran lagi kurang kalsium walaupun sakit pinggang dan belakang yang sangat ketara. Bila gigi dia decay, baru ibu mula mencari supplemen kalsium dan mula makan Ostematrix Shaklee. Decay nearly stop walaupun still berlaku. Lama2 bila dah konsisten Ostematrix dan gosok gigi Nazhan regular, barulah betul2 stop gigi decay dan hitam sampai gigi ke empat sahaja. 4 batang ja gigi dia hitam! Alhamdulillah.



Penting rupanya kalsium untuk ibu mengandung. Ingatkan dah cukup sifat, tulang dan gigi tumbuh sempurna tu dah ok. Rupanya siap boleh beri kesan gigi hitam untuk anak di kemudian hari.




Jadi, ibu yang nak gigi anak sempurna, elok dan cantik serta tak hitam jangan sekali-kali abaikan pengambilan kalsium tambahan sejak dari mengandung. Kemudian waktu berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ok! Ostematix Shaklee ni cinta pertama saya dan saya sangat puas hati dan nak sangat rekomen pada semua orang! Oh ya, bayaran untuk cabut gigi azhan tu RM 40 untuk 2 batang di Klinik Pergigian Setia Alam!




Ibu anak-anak syurga,


013 488 2382

Speech Therapy dan Playgroup yang sangat membantu untuk speech delay

Flash back balik apa yang saya ingat semasa Nazhan umur 2 tahun lebih.. Semasa pertama kali saya mulakan operasi bantu Nazhan secara all out. Kalau rajin boleh godek sendiri di blog ceriterakami.blogspot.com

Nazhan lahir di Miri. Bila tak ada perkataan baru dari umur setahun ke 2 tahun, saya dah risau tapi di Miri ketika tu, tak ada speech therapy. Jadi sebaik saja kami pindah ke Semenanjung saya tak tunggu lagi. Masa tu suami di KLCC, kami di rumah mak di Bukit Mertajam, sementara nak tunggu rumah di Bandar Bukit Raja siap.

Bila ke KPJ Perda yang masih baru, xada speech therapy lagi. Jadi, saya pun ulang alik bawa baby Iris masa tu yang baru beberapa bulan usia dengan Nazhan di usia 2 tahun lebih ke Loh Guan Lye, Penang. Iris memang sentiasa follow setiap speech therapy yang Nazhan jalani. Advantage la untuk diakan. Sebab tu, Alhamdulillah Iris cakap lebih lancar.

Di Speech Therapy ni, antara tip yang saya boleh recall :
- cakap slow-slow dan jelas dengan anak
- cakap dengan aksi sekali
- ulang banyak kali
- ajak anak repeat apa yang kita sebut baru beri apa dia nak

Adeh, apahal sikit sangat yang boleh recall ni. Maaflah ya. Ada jugalah saya kongsikan di blog lama saya tu.

Oleh kerana saya tahu, Nazhan ni suka tengok video. Jadi, saya rakamkan video dengan suara saya sendiri pengganti flash card. Macam gambar telephone, saya sebut telephone. Walaupun banyak ja video yang dah ada di youtube, tapi dengan suara kita sendiri tu, anak lebih berminat nak meniru. Kalau tengok youtube aja, macam one way communication. Ini dengar pula suara ibu yang merdu, excited la sikitkan.

Pada masa ni juga, saya google dan join BOLD, satu badan ngo yang bagi Playgroup untuk special kids. Di Playgroup ni, ada aktiviti pegang pensel dan follow dot-dot, masukkan bongkah kayu berlubang dalam tali, memancing, susun objek ikut warna, susun objek ikut bentuk, bersukaneka, makan bersama seni, nyanyi dan menari, relax dan calm session.. Syok dan enjoy! Kumpulan dalam 2-3 orang budak ja. Kalau speech therapy 1 to 1.



terapi_aids





Masa ni saya baru buat Shaklee. So rutin saya memang sibuk ke hulu ke hilir bawa anak-anak ke speech therapy, join Playgroup, update blog, ambil stok di branch Shaklee, packing, dan pos barang!

Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan seorang ibu! Lepas ni cerita speech therapy SDMC pulak!



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
SID 846056
013 488 2382

Anak lambat cakap.. Risau tak?

Assalamualaikum.. Mau tak risau kalau anak lambat cakap. Mungkin kita tak rasa sangat kalau kita tak jumpa langsung anak-anak baya anak kita. Namun, kalau anak-anak jiran atau anak2 sedara ramai yg sebaya petah ya amat, kita akan sedar, sama ada anak kita lambat cakap atau tidak. Mesti terdetik sikit kerisauan. Ok, jadi ibu abah kena bertindak cepat. Aktiviti di rumah sangat mempengaruhi perkembangan pertuturan anak. Ibu abah boleh bawa anak untuk ikut speech therapy dan banyakkan latihan dan aktiviti di rumah supaya anak cepat bercakap.


Kalau korang jumpa anak-anak saya sekarang ni memanglah speaking aja. Antara punca yang mereka ni speaking aja ni.. Sebab..


Pertama masa baby memang kami dok cakap English dengan dia. Tujuannya nak anak pandai cakap BI la. Namun, sesama kami laki bini cakap BM. Jadi, ini mungkin jadi salah satu sebab dia keliru dan lambat cakap.

Kedua, masa dia baby tu, kami ada ipod touch. Selalu juga bagi anak layan video nursery rhymes kat ipod touch yang sekarang dah dalam kenangan.

Ketiga, bila saya dah rasa anak lambat cakap.. Kami ada p speech therapy yang guna medium english. Jadinya dah pandai cakap pun, english la yang keluar.

Oh, sebenarnya nak cerita pasal speech delay ni. Korang mungkin tak perlu melaluinya jika korang rajin cakap dengan anak 1 bahasa sahaja sampai anak petah barulah masuk bahasa kedua. Korang juga tak perlu melaluinya jika mengawal masa anak-anak guna gadget dan tonton tv. Anak saya ni, bila dah masuk 2 tahun, perkataan dia cuma abah. Jadi, saya dah mulakan ikhtiar cara saya.

Ok, apa yang perlu dibuat bila ibu bapa perasan anaknya lambat cakap. Ini berdasarkan pengalaman saya dululah.


Tip ikuti speech therapy


1. Mula-mula, bawa ke klinik.
Kalau kita ada insurans company cover, bawalah ke klinik panel. Ceritalah pada doktor apa yang kita risaukan dan minta surat rujukan ke pakar di hospital. Cari hospital siap2 dan nama doktor sekali pakar kanak-kanak. Cari hospital yang ada program Speech Therapy tau.

2. Di hospital tu, pakar kanak-kanak akan refer pada ENT (Ear, nose and throat). Anak kita kena uji pendengaran sebab nak tahu punca lambat cakap, sebab sakit telinga ka? Anak saya ditidurkan waktu ni dan bacaan signal otak diambil. Keputusannya ok. Pendengaran tak ada masalah.

3. Sebab telinga tak ada masalah, adalah sebab lainkan menyebabkan anak lambat cakap. Ibu bapa mungkin akan diberi questionare @ assignment untuk dijawab. Kalau di SDMC dia buat gini. Di Loh Guan Lye, Penang dia bagi test kat budak, tengok respond macam mana. Lepas tu, teruslah jalani speech therapy untuk bantu percakapan.



Tip ikut speech therapy dan aktiviti latih anak cepat bercakap



4. Speech therapy ni ikutlah ibu bapa nak bila. Seminggu sekali atau sebulan sekali. Kalau di DEMC Shah Alam, sabtu ja ada. Kisah beberapa tahun lepas ni. Sekarang tak pasti. Bayaran untuk speech therapy untuk 1 sesi 1 jam RM90 - RM100 di hospital swasta. Di hospital kerajaan pun ada tapi giliran panjang jadi kena Q sebab ramai. Jadi untuk tunggu sesi kita berulang tu mungkin ambil masa 1 ke 2 bulan. Latihan di rumah perlu kerap dan jangan lupa segala tip latih anak bercakap dan segala aktiviti yang kita buat bersama di speech therapy, ulang - ulang di rumah.

5. Ibu bapa juga boleh enroll anak-anak ke sekolah swasta atau kerajaan. Kami dulu hantar ke WQ Park, Kelana Jaya.


Itulah alkisahnya sampailah anak kita pandai dan lancar cakap.


Speech therapy ni bukan ja untuk anak tapi sebenarnya untuk mak bapak yang hadir juga. Apa yang diajar tu, kita kenalah apply dan buat sungguh-sungguh di rumah. Korang juga boleh bawa terus ke CDC di HUKM untuk tujuan sama.

InsyaAllah, nanti saya cerita apsal banyak sangat tempat saya pi untuk terapi pertuturan anak saya & juga gambar serta video yang saya buat. Buat masa ni, jemput baca 10 tip aktiviti anak di rumah yang boleh kita apply, hasil perkongsingan blogger parenting Ajlah.

Korang boleh hubungi saya juga kalau nak tanya pendapat apa2. Sikit2 tu saya bolehlah share hasil pengalaman lama. By the way, sekarang anak saya dah darjah 1 di sekolah kebangsaan biasa, Alhamdulillah.

Lebih lanjut tentang speech therapy dan kelas yang anak saya join ketika di Penang klik sini



Ibu anak-anak syurga,
ida Khairani
013 488 2382

Trial school

Akhir Jun, Nazhan grad( suka hati grad sendiri) dari WQ Park, Jadi Julai Nazhan join sekolah Genius Aulad untuk 1 bulan trial. Baguslah sekolah benarkan trial. Cuma bayar yuran 1 bulan tanpa perlu bayar registration fee dan kos lain. Tambah duit untuk uniform dan buku bacaan.




Bila petang lepas ambil Nazhan, singgah minum petang di luar kalau rasa teringin apa2. Selalunya balik terus. Nazhan join sesi petang. Kadang2, kesian Iris. Sebab waktu nak ambil Nazhan balik, dia masih tidur. So terpaksalah angkat masuk kereta walaupun tidur.





Selepas sebulan, rasanya nak try di tempat lain pula. Sekolah ni bagus cuma ibu percaya Nazhan lebih enjoy dan sesuai learn through play and fun activity.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Good Bye Friends

Nazhan akan ke sekolah baru buka sekolah nanti. Reason, untuk bagi pendedahan yang lebih, pembelajaran yang lebih mencabar dan persediaan untuk ke sekolah rendah.

Semalam buat farewell party di sekolah. Nazhan dan best friend dia, Haziq akan move forward. Haziq akan tukar dari 5 days ke 3 days. Nazhan akan trial 1 month di sekolah lain dan hanya continue untuk speech dan occupational therapy di sekolah ni. Ini supaya graf Nazhan tak turun sebab prestasi Nazhan up and down.

Tq teachers, staffs and kids at WQ Park. You all are so awesome!!!







Thank you & farewell cake






Nazhan, ibu, Iris and Teacher Wani. Tq teacher. You done well.





Best buddy, Nazhan & Haziq
Iris: " Stop.."






Iris "Janganlah.."






Sweetkan..
Iris: Ish ish.. Ingat iris jeles ka?





Hadiah dan kad perpisahan dari teachers


For the record, Nazhan ni speech delay. So selain pergi terapi pertuturan, kami masukkan dia special school ni start dari 10/2011 - 5/2012, 8 bulan. Alhamdulillah, banyak perubahan positif and its time to move forward!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Itu namanya pritzel, ibu.

Pernah makan pritzel tak? Ibu baru 2 kali ja makan. Sedap tapi tak adalah ketagih dan syok habis. Biasa sahaja. First time makan tah berapa lama dahulu dan memang tak pernah bagi anak-anak makan. First time tu rasanya anak pun belum dapat. So, about 4-5 years ago. Sampai namanya pun tak pernah ingat di kepala.

Semalam abahnya bawak balik pritzel. Bila ibu bukak ja paper bag nazhan terus sebut 'Pritzel'. Ibu terkesima kejap. Err.. Tanya lagi sekali. "What is this?". Nazhan jawab "Pritzel". Ibu belek paper bag ada tulis pritzel. " Have you ate pritzel before?". "Yes" jawabnya.



Bila masa la pula ni. Memang agak pasti kami tak pernah bawa makan pritzel sebelum ni. Ibu makan pun rasanya time muda remaja lagi. Semalam barulah tahu Nazhan kenal rupanya. Yang pasti, tak ada dalam menu minum pagi sekolah dia makan pritzel. Mungkin masa computer session or ada parents bawa sempena birthday anak-anak diorang. Ya la tu kan.


Ada suatu masa dulu, kami pergi ke shopping complex. Masuk-masuk ja pintu dari parking lot terus ada kedai pritzel ni dan Nazhan terus sebut 'Pritzel'. Since ibu dengan abah memang tak pernah ingat namanya, kami pun wondering apa Nazhan tengah cuba nak sebut. Pizza ka?

So, ibu pun tanya "Pizza?" Nazhan ni jenis patuh tau. Dia ingat dia salah cakap dan ibu tengah nak betulkan dia, so dia pun angguk dan kata 'Pizza'. Then dengan rasa betulnya, ibu pun cakap, "This is not pizza". Huahuahua.. Selepas semalam, barulah ibu tahu bahawasanya anak teruna ibu kenal makanan itu dan memang sebut pritzel suatu masa dahulu.

Haruslah mak bapak sekarang meng'Advance'kan dirikan. By the way, masa first time abah bawak balik iPad pun, Nazhan dah tahu itu iPad.




Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Menangani tantrum anak

Minggu ni nak try rutin baru. Sejak seminggu ni, Iris asyik buat perangai semasa lepak di sekitar sekolah abang. Boringlah dia dok setempatkan. Nama pun budak yang sedang membesar. Memanglah perlu exposer dan kebebasan. Yang tak bestnya disertai dengan tangisan, tu yang tak berkenan den.

So, ibu try berulanglah. Sempatlah sejam setengah di rumah. Then dah kena siap2 nak keluar balik. Penatlah juga. Bila berada di rumah ni, serba serbi nak buat. So, ibu limit time untuk buat kerja Shaklee ja. Still, selalu drag time sampai pukul 12. So, bila dah pukul 12 tu, tak boleh la drive 80km/j. Selalu 90 ke atas. 90 tu tenang lagi. Bila 110 manjang, mulalah nak weng.

Ibu dan Iris ni kira berkorban demi abang Nazhan la. Mujurlah agak berbaloi. Nazhan pun dah cakap banyak. Semalam, naik kereta nak ke tesco, panggil ibu dengan iris ' Hei guys.. bla bla.." Tiba-tiba pulak, mat salleh celup ni tapi lawaklah. Then ibu betulkanlah, no guys, Iris and ibu girls.. Then bila dia tersasul, dia betulkan, "Hei Girls.."..

Sebagai parents ni, anak tu tanggungjawab dan anugerah Allah untuk kita. Kalau sakit, kenalah cari rawatan. Kalau tak cukup, kita perlu berusaha cukupkan keperluannya. Itu dah memang amanah kita dari Allah. Bukan saja dari segi material, ilmu, pengalaman, contoh pun patut diberikan supaya anak-anak kita mampu meneruskan legasi dengan sebaik mungkin. Thats is our responsible.

Bila Iris buat perangai sakan tu, terdetik di hati ni, nak hantar ke nursery or such ja. Rasa macam nak give up dengan anak sendiri. Ada ka patut? Tak patut. Not yet. Kalau ya pun nak hantar bukan sebab ibu dah give up dengan Iris. Cuba bayangkan, kita nak terkencing ni, tapi dia berkeras tak nak pegi toilet dan melalak dan nak pergi ke tempat lain yang dia sendiri tak sure nak p mana. Kalau orang tua, kita kata selfish dah. Kita nak keluar surau, dia nak dok surau. Padahal sepanjang kita dok solat di surau, dia melalak nak keluar.

Memang kena put aside semua perasaan marah tu bila dengan anak yang suka tantrum ni. Kita memang tak boleh ikut perasaan. Sebab nanti, anak kita tu akan ikut perangai kita balik. Huhu. Sebab tulah, kami terpaksa berulang ni. Walaupun penat dan weng demi ketenangan dan perkembangan Iris, kena cari solution. So, for this time being, inilah caranya. Nanti bila Iris dah lebih behave bolehlah nak try cari playschool ka. Kang dengan tantrum dia tu, menaikkan angin penjaga kang, tak pasal ja kena aniya.


Kasut kesayangan Iris

Nak cerita 1 peel Iris ni, dia suka kasut dia ja. Aritu kasut dia hilang sebelah. Ni kali kedua kasut dia hilang sebelah. Beli kasut baru yang lebih kurang sama tak nak. Kasut abang lama pun taknak. (huhu..tak leh save budget). Last2, ada sepasang lagi kasut dia yang dah rosak. Kasut ni ada snap tapi dah rosak sebelah. So, emergency case, Ibu jahit button. Selamat la material dia lembut, so boleh dijahit. Sekarang sebelah snap, sebelah button. Yang tak bestnya, ibu kena pakailah untuk Iris. Kalau kasut lama, dia pakai sendiri sebab sarung ja.

 Life saver. 
Kalau tak, jenuh nak mendukung sepanjang masa sebab tak nak pakai kasut lain.



So, selalu kalau anak-anak tantrum, ibu akan buat tak peduli ja. Jika tak diam-diam juga, tenangkan diri dulu. Kalau dalam kereta tu, memang selalu buat taktau. Sevety first ok. Drive kena fokus. Kalau dah terpaksa, berhenti kereta, peluk anak. Tanya kenapa? Bila dia dah tenang, letak dan sambung drive. Kalau melalak juga, biar la. Janji dia tau, kita ada dan sayang dia.

Kalau nak pergi sekolah tu Iris melalak, Nazhan dan ibu akan nyanyi. Iris ni suka nyanyi. Tak larat melalak, dia joinlah nyanyi sama. So, carilah soft spot anak kat mana dan gunakan sepenuhnya.

Apapun, ibu love la both of u. Lets keep it moving forward!



Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Happy 4th Birthday Nahzan & 2nd Birthday Iris

Alhamdulillah, pada 26hb Disember, Nazhan genap 4 tahun. Kami adakan majlis yang sederhana sahaja. Majlis berjalan lancar. Nazhan & Iris pun sangat ok dan pandai membawa diri di majlis dan rumah sendiri.






Kek birthday kami beli, tak sempat buat. Hehe. Menu-menu lain buat sendiri. Tuklang prepare mee hong kong dan Tuk bawak buah-buahan tempatan macam rambutan, manggis dan jambu serta kuah rojak. Ibu prepare lasagna, pasta bakar, muffin coklat & vanilla, agar-agar marble dan puding jagung.





Deco kek ibu design dan tempah online untuk print as edible image. So tampal ja atas kek yang dibeli tu.





Orang masih belum ramai sampai tapi budak berdua ni dah dok tenyeh tenyeh kek, so teruslah potongkan.

Ni gambar sepanjang majlis. Habis dan tunggang langgang bilik toys dikerjakan budak2 yang datang. Pecah kepala la tengok toys berlambak.







Iris ni kalau terlepas keluar rumah memang terus tuju paip. So habis lencun dan kasi mandi terus. Mujurlah time ni dah hantar tetamu yang last2 dah. So, tak apalah.





Bila malam, Nazhan dah sibuk nak bukak hadiah. So, Nazhan unwrap hadiah malam tu juga. Iris dah selamat tidur. Aman..






Esoknya, Iris pulak bukak hadiah. Kiss barbie doll dia. Tq untuk semua hadiah ya.









"Semoga Nazhan dapat menjadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik. Ibu doakan Nazhan dapat meneruskan perjuangan dalam apa juga situasi, sentiasa positif dan ceria. Senyuman Nazhan sangat special dan menyenangkan hati ibu dan abah. We love you so much"

"Semoga Iris menjadi anak yang solehah dan lemah lembut. Kekalkan semangat Iris yang sentiasa membakar itu dan jangan kenal erti putus asa. You are so adorable. We love you so much too"

Happy 4th Birthday, Nazhan Iqbal. Happy 2nd Birthday(in advance) to Iris Nazurah. Muah muah:X:X

- Posted using BlogPress from my iPad

Rutin dan lembaran baru 3 beranak

Oktober ni, Nazhan dah start kembali sekolah. Namanya WQ Park. Alhamdulillah selepas seminggu dia nampak happy ke sekolah. Masuk minggu kedua, dah tak nak ke sekolah. Tak ada maknanya ibu nak layan. Perjalanan ke sekolah mengambil masa setengah jam setiap pagi.

Walaupun Nazhan yang sekolah, adik dan ibu pun ada new rutin. Setiap hari kami akan lepak di rumah Mak Ngah hubby yang sudi tumpangkan kami. Kalau tak, jenuh juga nak berulang. Sekolah Nazhan hanya half session, 3 jam ja.

Pukul 12.30 lepas sekolah kami akan lunch di luar. Problem juga, kalau adik dah tidur. So, terpaksa cari drive thru. Then kena suap makan dalam kereta ja. Sampai rumah, selalunya Nazhan dah tidur. Lewat la pula lunch time nya nanti. Kalau tak tidur pun, datanglah mood tak nak makan dia.

Waktu Nazhan ke sekolah, ibu akan concentrate hal bisnes. Consentrate jugalah walaupun at the same time kena layan Iris. Kalau mood ok, memang best. Kalau mood Iris tak ok, nak mengacau & bergayut jugalah tapi still manage to settle apa yg wajib dilakukan, daily task. Alhamdulillah.

Namun untuk merancakkan bisnes, marketing strategi yang penting. Boleh kata, marketing ibu very basic. So far, rezeki tetap ada. Namun, kena la mengembangkan sayap. So, i need better plan and strategy. Perlu juga jadual yang baik supaya anak2 selesa dan tak penat mengikut ibu ke hulu ke hilir.

By the way, jemputlah ke website www.mysupervitamins.com untuk vitamin Shaklee yang berkesan dan sesuai untuk bf mom, working mom, housewife, lelaki, anak, ahli sukan, student dan semualah. Ibu dah officially register company masa 1st day Nazhan ke sekolah.

Ibu juga mencari tempat dan individu yang nak consignment dan dropship. Best and easy deal!

Menu anak picky eater

Senang kalau dapat anak yang suka makan. Apa kita masak, dia makan dengan penuh selera. Lain pula halnya dengan anak teruna sorang saya ni. Makan ikut mood. Makan hanya sekadar alas perut.

Kalau nasi perlu disuap baru dijamah. Makanan kegemarannya adalah roti, telur rebus, cereal, mee, pasta & spageti. Itu pun ikut mood.

Orang kata kalau begini perlu diperbagaikan makanan kegemerannya. Namun, nazhan lebih suka yang plain. Pasta kosong. Bukan dengan sos spageti. Spageti kosong. Pernah saya buat spegeti goreng. Terus dia xnak makan. Padahal dah lapar sangat menunggu saya masak di dapur.

Apapun, ibu memang tak boleh give up dan perlu cuba juga panduan yang dikutip dari bahan bacaan. Matlamat kita makanan seimbang. Kalau tak suka sayur, harus hancurkan. Mana la nak tinggal zat2 tu ya. Jadi, baik kukus or rebus so that ada lagi nutrien dari sayuran. Nazhan ni, kalau ternampak ada very tiny warna hijau pun, dia suruh buang. Kalau berjaya masuk dalam mulut pun, pandai dia filter dan keluarkan balik.

Ayam goreng boleh juga diterima Nazhan. Yang goreng2 juga untuk ikan. Kalau masak merah or resepi lain yg orang lain meleleh air liur, relax ja dia jawab, 'No'. Sebab itu jugalah kalau menu nasi, ibu or abah kena suapkan atau dengan paksaan. Kalau dengan rela, nampak ja tak best, terus xnak. Cuba pun tak mahu.

Kalau untuk elak obesiti & makan berlebihan, tipsnya jangan makan depan tv. Jadi, untuk budak yg taknak makan ni, terbaliklahkan. Perlu makan depan tv dan penuh entertainment supaya mahu juga jamah makanan.





Solution untuk Nazhan:
-roti perlu sentiasa ada di rumah
-favourite roti dengan kaya
-cheese makan asing
-sandwish bakar dengan telur & mayonis
-buah yang dia suka hanyalah epal
-susu Pediasure coklat
-sehari sesudu Mealshake Shaklee campur dengan susu
-selang seli dengan sesudu Energizing Soy Protein Shaklee
-multivitamin jenis syrup sebab chewable tablet pun tak nak
-pasta & spageti direbus dengan minyak zaitun, garam & pati ayam
-cereal

Mood ibu bapa perlu tenang supaya masa makan tidak bertukar menjadi masa yang menyakitkan jiwa. Good luck super parents!



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Untuk pesanan, boleh hubungi admin@mysupervitamins.com atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Trial pack TIADA di cawangan, hanya dari saya dan kumpulan Euphoria sahaja.

Potty train for boy

Ini masuk minggu kedua Nazhan tak pakai dyper. Kami start masa ada di Terengganu. Supaya kalau Nazhan terkencing dalam seluar, ibu tak payah mop. Huahaua:)). Namun, walaupun kami berada di sana selama 2 minggu, ibu mula pada minggu kedua sebab kekurangan persediaan dan sumber. Masuk minggu kedua, baru cari potty dan underwear.

Day 1:
Kami start malam masa beli perkakas semua sebab Nazhan dah excited nak pakai brief McQueen dari Cars. Belum sampai sejam, dia dah kencing di balik langsir.  Maknanya kami kena tanya dia setiap 45 minit macam tu. Tidur pakai dyper lagi.


Esoknya baru official hari pertamalahkan. 3 kali gagal, 2 kali berjaya. 2 kali yang berjaya tu, dia bogel. Sebab kalau dia rasa ada seluar tu, main bantai ja kencing.


Day 2:
Ibu train kencing dlm potty tp tak keluar. Last2 terkencing dalam seluar. 2nd time pun terkencing lagi. Ibu time ni dah naik marah sebab dah tanya tapi Nazhan asyik cakap no-no dan lari. Last2 dia kencing atas tilam. Selamat tilam hotel. Lepas tu, dua kali berjaya kencing di potty. Potty letak dekat dalam bilik air. Sebelum ni, letak depan tv or dekat langsir tempat selalu dia suka membuang tapi tak berjaya. Lepas ubah ke bilik air, berjaya!


Day 3:
Dah masuk hari ketiga, ibu baru baca banyak sikit pasal dyper free ni. Barulah rasa cool down dan bersalah sebab naik angin dekat Nazhan semalam. Huhu..Nanti ibu tulis kat sini dalam entry lain hasil pembacaan tu. Hasilnya berjaya kencing di potty untuk 3 kali. No accident. Pada peringkat ni, ibu yang tanya setiap jam or dekat2 sejam. Waktu keluar jalan-jalan dan tidur masih lagi pakai dyper.


Day 4:
Kami bergerak pulang dari Terengganu ke Klang. Jadi memang pakai dyper sepanjang perjalanan.


Day 5:
2x accident. 1st time, masa ibu sibuk vacuum rumah sebelum mengemop. Jadi mop ja la. 2nd time, dia ada bagitau nak kencing dan dia kencing dalam potty. Bila rasa underwear dia ada basah sikit. Ada juga la yang terkeluar awal. Selebihnya success!! Masa keluar rumah pun, masa nak terkencing dia macam gabra, tapi baru perasan ada dyper, so lepas aja..

Day 6:
All success.. Ibu dah buat board untuk sticker.. Penuh dengan awesomeness ja. Alhamdulillah. Pada peringkat ini, Nazhan yang bagitahu yang dia nak kencing. Selalunya dia akan pegang bird dan cari kami.
 

Day 7:
All success!!!. Awesome tak? I', so impress and proud of you, Nazhan.

Day 8:
Aku register Nazhan dekat taska di area taman ni. Di sana pun Nazhan berjaya dyper free dan tak kisah dibawa ke tandas oleh teacher dia. Syukur2x.

Lepas ni, nak kena study macam mana nak train waktu malam dan waktu keluar.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Iris sudah 13bulan dan Nazhan sudah 3thn 2bulan

Lamanya tak update perihal anak2. Ibu ibu.. busy la konon..wek:p. Ni entry cerita lastweek,baru nk publish. Macbook buat hal. Ingat nk upload gambar tp tragedi plk..next entrylah gambar saja..huahuahua:))

All right. Last week 26hb, Iris sudah genap 13bulan dan Nazhan 3 thn 2 bulan. Walaupun IRIS masih montok, tp sudah susut sedikit. Ibu baru bawak p cucuk MMR semalam. Saja delay sebulan sebab nak kaji la konon. Ibu ada terjumpa yang MMR shot ni ada merkuri yang boleh menjadi punca speech delay. Lepas consult pakar, dia kata pendapat tu dah disangkal, so ok ibu proceed with MMRV. Ada V sebab combine dengan rubela and chiken chop eh ciken pox.

Iris still cruising happily. Selamat tak ada tangga rumah ini. Sudah pandai turun katil. Cuma katil yang dia familiar ja dia nak berani. Alhamdulillah tahap alertness dia bagus. Kalau ajar sebut, apa2 dia nak follow. Syukur sangat. Baru ja ajar dia sahut and angkat tangan bila panggil nama dia.. oh so cute..

Appetite dia menurun sejak setahun ni. Apalah ibu ni.. masak pun tak rety, anak dah dua. Penat2 riuh rendah di dapur, sekali tak layan pun masakan ibu. Main ja lebih..

Ok, kisah abang NAZHAN pula. Sejak last week ibu tunggang langgang bawak budak berdua ni ke Subang Medical Center. Ibu nak masukkan Nazhan ke speech therapy selepas usaha nak masukkan dia ke kelas2 anjuran ngo ni tak berjaya. Macam full ja semua or tak angkat call. So nak p terapi pun kena p jumpa paed dulu baru leh dapat GL untuk p terapi. P sorang paed, dia soh bawak ke paed lain.

So, dah 2-3 kali ibu p SMC dalam masa beberapa hari. Dah dpt parking space khas..ahahah..tak ada lah.. malas nak pusing2 cari parking, so kami parking level b4 yg kosong banyak. KAMI refering to ibu, Nazhan dan Iris sahaja ya. Ok, hasil penilaian paed, Dr Sofiah, dia kata Nazhan tak sakit. Kena banyak stimulation lagi. Much2 better compare dengan  patient dia yang lain. Dia nampak Nazhan very potential.

So EIP, yg di Kelana Jaya pun dah full tapi dia kata call ja. Kalau ada kosong nanti leh masuk. Speech terapi pun buat jgk. Kat rumah main fizikal games, like jet-jet semut or tom tom bak.. yang banyak sentuhan. Sentuhan ni maybe boleh connectkan balik sel-sel otak yang tak connect tu.(ni ayat ibu memandai tp ideanya disitulah). Main game yg ada organization like turn taking and he need to follow that. (dah try dah di rumah, all right ja dia mengikut arahan.)

Dia juga soh enroll Nazhan dalam montersori school or smart reader. Ibu kata la ibu ada hantar ke tadika tahfiz tp tak ok. Dia respond "tu la masalah org melayu" org melayu tu not refering to me, but the school ok.. Korang wondering tak maksudnya. Pandai2 la fikir.. Buat sakit hati ja nak explain di sini. Ibu tambah la yang tahun lepas ada hantar, ok ja Nazhan kat sana tp khalifah method school la. Dia kata khalifah method ok, islamic montesori ok. OH, pilihan yang ada mahal2 belaka. Perlu menjual Shaklee dengan lebih gigih ni utk menyekolahkan anak. B-)

Oh, doakan ibu terus gigih ok.. caiyo2x!! termasuklah dalam menyediakan menu yg lazat2 supaya anak makan sampai menjilat jari.

Gas habis..Petronas kan ada

Aiyak, gas habis plk hari ni. Dekat 3 bulan guna. Kat Miri dulu, kami guna gas masak built it, murah ja. Masa nak install ja mahal tp bukan kami yg install pun. Murah la bulan2x, RM2 ja rasanya.

Bila gas habis ingat nak order Domino pizza sebab ada voucer percuma. Dapat voucer tu kerana diorang lambat deliver. Sekali expired 8hb Feb. Aduh, apsal la gas tak habis semalam. Tak perasan pulak expired date seawal itu. Ingatkan end of February.

Sebenarnya aku takut nak panggil lelaki datang rumah time husband tak ada walaupun anak2 ada. Sebabnya dulu ada drama kat tv yg dia kena rogol dengan orang yg hantar gas tu. Padahal dia kenal ja orang tu. Trauma juga aku. So, nama ja la aku dok rumah tp semua nak tunggu husband cuti or available, baru boleh settle. Macam nak report kerosakan apa2 kat rumah sementara ada warranty lagi ni, pun tak terpanggil-panggil.

So, since tak dapat nak masak lunch aku pun bawak la budak2 keluar makan di KFC, Setia Alam. Baru nak keluar, Nazhan dah melalak. Dia nk main game apatah, aku p buka game lain sementara nak siap. Melalak sampai la aku drive thru KFC tu. Dapat2 order aku terus sua, ngap terus fries. Lapar rupanya anak aku. Haha!!





Then aku parking. Hehe..nak makan kat situ ja tp saja drive thru. Kalau tak, macam mana aku nak p beli. Nazhan sah-sah melekat kat playground dia yg terletak sebelah luar KFC. Lepas parking, musykil juga macam mana aku nak usung 2 org budak dgn makanan yg 2-3 plastik ni. Stroller pula aku
Xbawa.





Ingat nak cancel dah tp dapat idea lari p letak kejap makanan atas meja and patah balik amik budak2x selepas usha line clear ja. Parking lot and tempat makan sekadar melintas jalan saja. Berbaloi juga la sebab Nazhan makan banyak juga. Mood makan dia 2-3 hari ni sangat mengujakan. Kalau tak, jumpa tempat main, makan dah lupa. Ni boleh datang sendiri kat meja, minta makanan. Bagus2x. Berkat aku buat solat Dhuha ni. Alhamdulillah..





Time nak balik dugaan jugalah. Selalu memang aku kena angkut Nazhan paksa rela. Ni tak cukup tanganlah. Aku dah riuh rendah bye-bye pun, dia dok berkeras juga. Last2x, aku hantar barang n adik dulu. Time tu, ada staff KFC kemas2 meja berdekatan, tak la dia sorang2x. Dah terlindung skt aku, baru Nazhan nak pakai kasut.





Akhirnya kami selamat pergi dan pulang. Perut pun dah kenyang. Alhamdulillah..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Bertukar ke Half day session

Sejak awal tahun ni, kami hantar Nazhan ke full session tadika tapi sekarang kami ambil keputusan untuk tukar ke half session. Permulaannya apabila Nazhan tak nak p sekolah selepas asyik cuti sakit ja. Kami hairanlah, Nazhan seorang yg sangat ceria dan enjoy being with other kids. Kami tak nak la pengalaman bersekolahnya suatu night mare or something like that. Kami nak dia rasa school is fun and learning is a fun thing to do.

Since nak tukar ke half day ni, aku tanya la cikgu macam mana jadual kelas. Rupanya petang hanya aktiviti tidur, makan dan solat. Masa register bagitau jadual lain. Petang ada fardhu ain dan revision apa yg belajar sebelah pagi. Rupanya tidak.

Selalunya aku hantar Nazhan lambat, kelas pkl 8am-4pm, pukul 9am barulah kami sampai. Masa sampai tu, selalunya cikgu tgh prepare breakfast. Nazhan aku rasa mesti tak nak makan breakfast punya sebab di rumah baru ja minum susu.

Nak tau pukul berepa lunch time budak2 tu? Selepas diorang bangun tidur petang. Diorang tidur pkl 1pm. Aku rasa bangun tidur dlm pukul 2.30pm kot tu pun kalau boleh tidur dengan perut kosong.

Nazhan bila balik rumah, aku cepat2 bagi minum susu. Dalam kereta bagi makan cookies. Lepas minum susu, dia akan muntah. Aku rasa memang perut dia kosong. Kesiannya anak aku. Aku malas nak complain sebab admin sekolah tu memang jenis yg pandai menjawab.

Fyi, sampai hari ni uniform Nazhan tak dapat lagi. Bila aku buat tak puas ati, dia boleh jawab diorang xdak duit, sekolah swasta, sebab tu la diorang soh register awal, (so that boleh order uniform). Bila aku soh call bila baju sampai, diaorang mmg tak buat list org yg xdpt baju. So parents sendirilah kena dtg opis or call untuk ulang2 tanya.

Aku harap mood Nazhan ok la lepas kami tukarkan dia ke half day session. Hari ni first time la aku ambil dia awal. Kelam kabut la aku kat rumah, serba mak nenek nak buat. Memang tak dan nak buat semua kerja rumah. Tak apa, prioritize.

Hopefully Nazhan dpt manfaat dan menjadi orang yg bijak ;)

My dear boy on Bera test

Anak-anak saya mempunyai birthdate yang lari sebulan aja. Both on 26th. Jadi, Nazhan akan mencecah umur 2tahun 9bulan, 3.55 am nanti. Hehe..

Penat jugalah nak melayan dia ni sebab dia tak pandai nak minta. Kami perlu figure out apa yang dia nak. Paed pernah pesan, push him to talk, dengan point and sebut ulang2 kali. Bila dia sebut, baru p ambil. Malangnya, tak jalan jgk kaedah tu.

Last week, dia demam, abahnya cuti seminggu. Jadi, cuti tu banyak dihabiskan dengan melayan pe-el dia ja. Elok2 baik demam, kami terus bawak p KPJ, Perda untuk buat audiolagy test. Kenapa? Kami berminat untuk p speech therapy. Namun, menurut pakar di DEMC dulu dan sedikit reseach yang saya buat, kena buat audiology dulu untuk pastikan Nazhan tak ada masalah pendengaran.

Masa call KPJ, nurse soh datang aja. Padahal audiology test equipment tak ada pun di situ. Jadi, sebelah petang kami ke Loh Guan Lye pulak untuk new appointment. Selepas jumpa ENT specialist, then refer tu audiologist. Mood Nazhan dah tak best. Dari pagi, asyik jumpa doktor ja.
So, test pun tak berjalan lancar. Nazhan taknak dengar arahan.

Ujiannya macam ni. Bila Nazhan dengar bunyi, then dia perlu buat sesuatu, like masukkan hoop dalam kon. Nazhan xnak duduk diam pun. Then tukar lain. Bila Nazhan dengar bunyi, dia akan pusing ke arah robot yang bergerak. Mula2 menjadi, then dia dah taknak pusing. Sebabnya arah bunyi keluar and robot tu memang berbeza. Cuma hoping that dia rasa2 robot akan bergerak, then dia pusing, bila bunyi tu kedengaran, baru test tu menjadi.

Ada lagi yang kami cuba buat. Semuanya berdasarkan Nazhan akan buat something bila dengar bunyi. Bunyi tu akan dimainkan dengan decibel range yang berbeza. Namun, dia taknak memberi kerjasama. Jadi, terpaksa pilih test jenis lain. Test ni nama dia, Bera test yang perlu dibuat semasa Nazhan tidur.



Jadi, malam tu kami bagi Nazhan kepenatan. Esok pagi2 p hospital balik. Makan ubat, then dia pun tidur lepas 10 minit. Letak alat pendengaran di telinga dan 1 wayar kat kepala untuk detect reaksi otak terhadap bunyi. Alhamdulillah, Nazhan memang tak ada masalah pendengaran. Masalah degil ja. Huahuahua.



Simple ja ujiannya tapi mahal jugaklah. Selamat company tanggung. Jadi, our next step is speech therapy. Appointment pukul 2pm, on the same day tapi terpaksa cancel sebab mood dia dah kembali xbest. Ucu cakap budak2 boleh ada stress. So, kami pun xnak la stress dia sangat. Hehe.. Next time, bila abah tak adalah. Bila abah ada, merap sangat dengan abahnya. Boring ibu nak melayan.

Sebenarnya, kami memang positive dia tak ada hearing problem, tapi dah pakar soh buat, p ja la. Development dia pun dah much2 better. Dia nak ulang apa yg dia dengar di tv or apa yang kami cakap. Dah kenal A-Z, 1-10. Cuma dia tak ada conversation dlm bahasa melayu atau english yang boleh kami paham or agak2 paham.

Ada jugak member yang masa zaman kecil dia, 3 tahun baru boleh cakap. Sekarang mulut dah tak boleh berenti cakap. Hehe. Dah berjaya dah dia. Cuma tak kan la kami nak tunggu dan tunggu. Bila dah 3tahun, tunggu lagi 3 thn 6 bulan, tunggu lagi bila umur 4tahun. Asyik tunggu ja la. So, sebagai ibu bapa yang prihatin dan sayangkan Nazhan Iqbal ni, kami pun kena buat jgk. Demi kebaikkan dia di masa depan. Ingat ni Nazhan. Jangan jadi kacang lupakan kulit pulak bila besaq nanti. Pesanan khas untuk Nazhan.

D.I.Y ikan dan pancing

Fishing

Ikan dan pancing ni adalah home aktiviti yg dipinjamkan kepada kami. Saya ada mention sebelum ni yang kami ada join playgroup anjuran Penang's NGO. Yang bestnya kelengkapan di centre tu banyak yg diy. I definitely akan buat in my own home very soon.


D.I.Y kayu pancing

D.I.Y Fish


Benda lain pun boleh dipancing juga


Nazhan enjoy fishing and counting the fishes. Ibu seronok sangat Nazhan dah xcampak2 toys. Dah nak main dgn cara yg betul. Banyak lagi idea2 menarik for home activity yg saya dapat. Nanti saya share kan lagi.


Adik nak 'mungai' ikan jugak

Khalifah Method



Dah berapa lama ya Nazhan p school? Nearly 2 months. Teachers cakap Nazhan tak pernah nangis. Very good boy. Yes, he is very good. Ibu risau jugak, kalau sampai sekarang dia dok buat hal sendiri ja di sekolah. Oleh kerana sekolah tu mengamalkan Khalifah method, cikgu2 tak marah or paksa. They just show the way and keep saying the good words, like solat beramai-ramai, then lama2 murid tu sendiri yg akan join suff.

Ibu teringin sekali nak p check apa Nazhan buat tp masa tidak menginzinkan. Masa terlampau suntuk. Sementara Nazhan di sekolah ibu sempat layan adik, menyusu,mandi, masak..kejap ja Nazhan dah balik. Ibu ambil pukul 12.30, adik ikut. Dah tak boleh tinggal keta. Teacher yg hantar.

Sekali tu, ibu dapat hantar sampai Nazhan masuk sebab tuk temankan adik dalam kereta. Masa tu, students tgh beramai2 baca Alif, Ba, Ta.. Nazhan pun terus kelam kabut join duduk sekali. So, that day ibu tahu apa yg dia belajar kat sekolah. Bila balik, ibu pun nyanyi2 Alif, Ba, Ta ikut rentak yg sama and Nazhan pun angguk kepala n ulang sama bila sampai Ta dan Ha.

Satu malam tu, Nazhan nampak number dekat satu booklet, dia pun sebut Two. Ibu pun terus ajar One, Two, Three,Four. Nazhan follow dengan sebutan yg agak betul. Seronok dan lega sangat. Sebelum ni, Nazhan lebih interested jadi cikgu dari jadi student. Main tunjuk ja, ibu and abah yg kena bukak mulut.

So, ibu pun pesan kt school teacher dia minta tulis short note tentang every day lesson and pass to me thru a message book so that bila di rumah ibu n Nazhan boleh review sama2. Semlm kami berjaya buat home work last week. Haha..dah ada homework tu. Sampai nangis2 Nazhan xnak buat tau masa last week. Mula2 ibu bagi dia practise kat drawing paper, tp bila sampai kat English book dia, dia xnak buat. Beriya punya xnak sampai nangis2.

Ibu pun surrender lah. Kang buat xnak p school, lagi naya. Esoknya, ibu bgtau teacher xhabis buat homework. Teacher pun kata takpa. Hehe..Tu yang dapat balik homework yg sama semalam. Sementara dia minat tu dapat la buat. Last2 tu, Nazhan dah buat2 beratkan badan. Macam2 la cara dia..Akhirnya settle jgk.




Keep it up, my dear boy!