Pengalaman sunat konvensional yang hampir ngeri

9:25 AM ida ahmad 3 Comments

Ahad lepas 30 hb Disember 2014, adalah hari bersejarah buat anak ibu, Nazhan Iqbal bila berjaya disunatkan. Jadilah beliau selangkah menuju mukmin sejati :D. Sunat ni bagus dan mengurangkan risiko kanser prostat dan hiv aids. Kami sunatkan Nazhan secara berjemaah dengan kanak-kanak Bandar Bukit Raja. Kebetulan ada program Maal Hijrah di Surau Ar-Raudah.

acara-sunat-bandar-bukit-raja

Yang mendaftar untuk sunat ada 15 kanak-kanak. Kaedah yang digunakan konvensional. Nazhan dapat no. 15. Kami tunggu ja.. Nazhan nampak happy. Ada budak yang nangis2, jadi kami ada chance untuk ambil turn awal tapi abahnya fikir ok juga last. Lepas buat terus balik. Kanak- kanak lain, stay kat surau tu lagi lepas sunat. Kami risau nanti lama-lama stay, bius habis makin sakit nak bergerak nak balik rumah.


selepas-bersunat


Dari pukul 10 pagi, turn Nazhan sampai pukul 2 petang. Elok lepas orang solat Zohor. Bila tiba turn Nazhan, ada kanak-kanak yang tengah bersunat juga. Dia nangis teruk, sampai Nazhan pun dah lemah semangat. Terus taknak. Kami pujuk soh kencing dulu. Lepas tu kami pujuk lagi.. Dia bersunat juga tapi dalam keadaan yang menangis, trauma dan nampak sakit. Huhu..

Kesian dia..Takpa positif, itu normal. Cara sunatnya konvensional. Guna gunting dan dijahit. Gunting pun ada 2 kaedah. Sunat Nazhan guna kaedah di bawah ni.



[caption id="attachment_1095" align="aligncenter" width="259"]sunat cara konvensional Sunat Cara Konventional :  5 Kulit luar ditarik dengan penyepit dari 4 arah dan kemudian kulit luar digunting tegak sebelum dipotong keliling. [/caption]




Balik rumah, susah juga nak makan ubat dapat antibiotik dan paracetomal. Antibiotik xsedap ya, bau pun dah tak best. Mula2 mix dalam susu tapi seksa la nak habiskan susu tu so end up tak jalan. Bila pecahkan kapsul dalam sudu, makan dan minum air cepat2, ok jalan!




[caption id="attachment_1098" align="aligncenter" width="300"]sunat-klasik dan konventional Sunat Cara Konventional : Ada juga kaedah di mana kulit luar ditarik ke depan menggunakan penyepit. Kemudian baru digunting terus menggunakan gunting.[/caption]




Lepas sehari, Nazhan tak nak buka balutan sebab takut. Masuk hari kedua dan ketiga pun masih x berani. Siang kurang gatal dan sakit. Bila malam tidur, sampai mimpi2, terjaga..nangis, menggaru paha, mengerang kesakitan.. Kesiannyaa..


Bagi ibu bapa yang bercadang nak sunatkan anak, kaedah sunat ada clamp dan konvensional. Cara konvensional ni, balutan patut dibuka secepat mungkin. Lagi cepat lagi baik. Selepas 2-3 hari, agak seksa dan menyakitkan. Banyak klinik tak balut pun lepas sunat. Kes kami haritu memang dibalut tapi tak dijelaskan bila kena buka. Huhu, untuk first timer macam kami memang kes naya jugalah. Kaedah clamp pula, clamp akan jatuh sendiri selepas 3-5 hari. Kalau tak jatuh, pi hospital balik untuk dibuka.


berkhatan-secara-clamp


Clamp atau konventional tetap akan dibius dan mungkin ditidurkan ( full bius )  masa prosedur jika consider kecil lagi dan ikut budget parents juga. Kalau tak sedar langsung lagi mahal cecah ribu. Kalau bius cucuk bird ja, dalam ratus2.


Untuk adik Nazhan, Nuh Iman yang bakal setahun tak lama lagi.. kami bercadang nak pilih clamp di hospital swasta dengan bius sampai tidur. InsyaAllah. Untuk bantu luka sunat cepat sembuh juga, ibu beri zink dan chewable vitamin c pada Nazhan. Susu juga memang ditambah mealshakes. Masa sunat tu banyak hilang darah. Jadi harap dapat membantu tambah darah dan bantu sunat cepat sembuh.



Buka balutan sunat konventional di hospital



Hari ni, Jumaat kami decide ke hospital SJMC untuk buka balutan dan minta konsultasi dari Paedtrician Surgeon, Dr Ahmad Zulkifli. Selepas konsult, 2 Nurse SJMC yang sangat baik dan penyabar yang assist untuk buka balutan. Bird N dititiskan dengan air garam sempai lenjun balutan tu dan cubaan untuk membuka dressing dibuat slow2. Slow ya amat sebab Nazhan jaga baik punya. Memang dia tak mau sangat. Kami bagi dia buka sendiri tapi langsung x  terusik.


Lepas dah titis air garam lebih 10 minit ( sangat lebih ) dan bagi chance kat Nazhan buat sendiri ( lebih 5 kali ), so ibu cakap.. Ok, Nazhan buat dalam 1 minit. Kalau tak abah buat. So lepas 1 minit +, dia x buat, kami pegang dan abah tarik. Abah yang cabut side by side. Mula kiri, then rest sekejap, titis lagi air garam, lepas tu kanan. Lama weehh.. Nak tunggu luka tu lekang dari pembalut dengan bantuan air garam makan masa dan susah juga nak lekang. Jadi kami kena juga cabut walaupun Nazhan masih sakit.





Lepas dah selamat cabut balutan nak sapu ubat pun dia tak bagi juga. Abah yang buat.. Nurse pujuk2 Nazhan tolak tangan. Jadi abah yang buatkan juga. Alhamdulillah.. Malam ni Nazhan tidur lebih nyenyak. Tak meracau time tidur.. Tak menahan sakit dan gatal yang teruk. Alhamdulillah sangat. Kami masih perlu teruskan titis air garam 2 kali sehari dan bubuh ubat sapu 3 kali sehari supaya sunat cepat sembuh. Semoga Nazhan dan kanak-kanak yang bersunat cepat baik ok!


Lagi tip sunat cepat sembuh adalah kurangkan pergerakan supaya tidak bentan, makan makanan yang tak gatal supaya tidak menggaru, makan makanan tinggi protein seperti ikan dan ambillah supplemen seperti multivitamin, zink dan vitamin c untuk tambah darah dan pulihkan luka sunat lebih cepat. All the best !


Ibu anak-anak syurga,


Ida Khairani

013 488 2382

Shaklee Independent Distributor 846056




3 comments:

Bersunat ni bab buka balutan tu yang sakit :)

Denaihati said...

dulu2 bius guna spray je, potong guna pisau cukur potong rambut.... heee. semoga anak cepat baik.

Ida Khairani said...

Budak dulu tough2 la kan..walaupun menangis lari satu kampung, tetap disunatkan juga dgn selamat.