Pasang katil

2:39 PM ida ahmad 0 Comments

Aktiviti memasang semula katil yg bermula selepas Zohor dan makan tengah hari hanya selesai menjelang Maghrib. Hasilnya Nazhan dan abah tidur dengan lena pada malam harinya. Cadangnya anak2 tidur di bawah sahaja tapi Nazhan buat dek ja bila ibu suruh tidur bawah. Elok ibu nak tidur, adik yg sememangnya sudah tidur, nak susu plk.

Akibatnya ibu tertidur di bawah dengan adik sampai la Subuh. Lepas Subuh, angkat Nazhan ke bawah. Adik plk jaga dan dibawa ke atas katil, golek2 sekali. Dah xnak tidur balik, ibu pn sambung semula kerja mengemas dapur semalam yang xsiap sambil buatkan sarapan.

Sebenarnya nak cerita kisah memasang katil. Katil ni kami beli masa mula2 ibu pindah ke Miri. Guna cuma beberapa bulan di rumah sewa. Kemudian kami berpindah ke rumah sewa company yg fully furnish. Jadinya kami panggil orang kedai perabot yang sama untuk bukak dan balut terus katil dan almari. Kira-kira 4 tahun lamanya sebelum pembalut dibuka semula semalam.










Rangka katil disusun

Kami sebenarnya dah lupa mcm mana rupa katil tu. Almari pun tah berapa pintu pun xingat. Pasang ni, main cuba jaya berdasarkan semangat; org lain boleh buat, kami pun boleh buat!









Pemasangan yang tersalah percaturan

Skru semua ada dlm plastik. Jadi kami cuma susun rangka katil dan pilih mana skru yg sesuai. Dari kaca mata dan hati 2 org yg ada background kemahiran hidup dan teknologi kejuruteraan, katil ni mungkin tak kukuh tp disebabkan org kedai pun guna skru2 yg mereka bungkuskan, pasti katil ni kukuh. Selepas beberapa
jam berhempas pulas,Iris plk bangun. Ibu terpaksa melayan dia sekejap.










Rangka katil siap dipasang

Selepas beberapa ketika, abah bertemu dengan 1 lg plastik yg berisi skru dan nat. Rupanya itu baru plastik yg betul. Semuanya
kembali logik dan insyaAllah kukuh. Itulah sebabnya kerja2 pemasangan siap selepas Maghrib. Syabas inspektor sahab!










Quality control and testing oleh engineer Nazhan.










Taraa.. Seterusnya dirasmi oleh Abah dan Nazhan.


- Posted using BlogPress


0 comments: