Petua untuk menambah susu badan
Untuk rujukan dan memudahkan pembaca, saya paste terus entry dari sahabat saya ni. InsyaAllah anda juga pasti berjaya jika mengamalkan petua petua ini termasuklah kena rajin pam walaupun dan makan vitamin.Salam..
Sebenarnya pesanan tu untuk diri saya sendiri...mungkin kesibukkan membuat saya terleka untuk menyusun semula jadual pam saya semasa bekerja..selalunya saya akan pam 3 kali sepanjang 8 jam waktu bekerja..tapi kadang-kadang boleh jadi 2 kali sahaja..huhu...saya cuba untuk pam 3 jam sekali kerana saya tahu itu adalah yang paling baik untuk hasilkan banyak susu...walaupun dah makan vitamin atau milk booster tapi kalau malas pam memang tak de maknanye...hehe..
<
*Hasil pam pukul 12.00 tghari semalam sebelum 9 oz.. ;)
Jom kita tengok balik apa yang perlu kita buat.......
Jaga jadual makan - ibu-ibu kene pastikan jadual makan utama seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di ambil mengikut waktu yang betul dan sesuai. Kalau saya sarapan pagi memang akan makan yang berat sikit contohnya nasi lemak dan milo panas gelas besar...Sebenarnya, makanan inilah yang di perlukan oleh tubuh badan ibu-ibu untuk menghasilkan susu..Tetapi apa yang saya perhatikan ibu-ibu lebih gemar mengambil pemakanan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar sahaja..dalam erti kata lain BERDIET untuk mantain KURUS..Jangan takut gemuk tapi ibu-ibu kena pastikan badan ibu-ibu mampu untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan kuantitinya cukup untuk anak.
Banyak minum air - badan kita memerlukan air yang banyak, tambahan pula kita merupakan ibu yang menyusu..sudah tentulah kandungan air dalam badan mesti sentiasa cukup untuk menghasilkan susu yang banyak..Saya sendiri memang kuat minum air masak..kalau pergi kerja saya akan bawa botol besar 2.5liter, dan saya pastikan air tu habis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang...Memang saya kene disiplinkan diri sendiri..Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan kita..Kalau badan ibu-ibu sihat sudah tentulah susu yang di hasilkan juga berkualitikan..
Jadual pam 3 jam sekali - Cuba untuk pam 3 jam sekali kerana lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan..kalau saya di tempat kerja 3 kali pam subuh 1 kali balik rumah lepas kerja 1 kali..so total 5 kali sehari saya akan pam..cuba untuk curi masa juga untuk pam walau sesibuk mana sekali pun..
Pengambilan supplement - saya percaya ibu-ibu yang menyusu ada memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan ibu-ibu sihat sekali gus dapat menghasilkan susu ibu berkualiti sehebat kuantiti...Saya sendiri mendisiplinkan diri saya untuk makan vitamin setiap hari, kerana saya bekerja ditambah pula menyusukan anak..jadi badan saya mestilah bertenaga untuk memastikan saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu..
Ini adalah amalan harian yang saya amalkan sejak saya mula memilih untuk menyusukan Haikal dengan susu saya sepenuhnya..Selain menjaga pemakanan, tidak lupa juga DOA dan TAWAKAL kepada Allah SWT...kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT...Kita hanya mampu berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa jika hasil susu merudum dan tidak lumayan seperti yang kita harapkan..
Credit to hasmah dari
ibuhakimhaikal.blogspot.com
Jadi, kawan2 juga kalau nak hasil yg sama atau bertambah lagi, haruslah ikut petua2 berguna tersebut. InsyaAllah, Allah akan memberi ganjaran yg setimpal atas usaha anda itu.
Berminat nak cuba vitamin shaklee yg boleh menambah susu badan, hubungi saya segera.
- Posted using BlogPress
0 comments:
Post a Comment