Hari raya pertama
Selamat Hari Raya Korban bagi yg beragama Islam. Macam mana raya tahun ni?Fuhh..anak2 ibu agak boring di pagi raya haji lepas. Iris bangun awal, kemudian tidur balik sekejap. Kemudian abang Nazhan bangun, terus kena mandi. Selalunya dia mandi pagi agak lambat. Dah bersiap semua, tengok2 lepak di rumah ja. Mana tak boring. So gambar2 pagi raya, muka tak ceria ja.Dekat nak tengah hari ibu pun bawak p rumah maktuk. Seronak la dpt keluar rumah, tapi sampai rumah maktuk pun x ada buat apa. Nazhan oklah sikit, asal boleh jalan. Iris pula, xboleh xnampak ibu mula merengek. Lepas lepak2 dan makan beriani, kami pun gerak balik.
Sampai rumah, ibu tidurkan Iris yg sememangnya mengantuk. Bila dia dah terlelap, ibu buatkan Nazhan susu. Belum sempat basuh mug, adik dah jaga. Last2 ibu tertidur sama sambil nyusukan adik. Bila kami bangun lewat petang, abang
Nazhan pulak tidur.
6.30 petang baru Nazhan bangun. Jadinya lepas Maghrib baru ibu bawak anak2 ibu beraya ke rumah nenek Puteh pulak. Ramai budak2 di sana, bapa2 dan mak2 sedara yg sebaya. Orang pun ramai.
Nazhan sangat enjoy. Lega ibu. Iris pula even not so enjoy tapi tak buat perangai.
Sepadan dengan usia Nazhan yg suka bermain, dia memang happy bila ramai kawan bermain. Berbanding dengan adik yang suka nak main dengan org yg dia familiar ja. Bila ibu asyik tinggal2, muka pun xberapa nak manis. Tapi ibu sangat puas hati dapat gembirakan Nazhan.
Menakjubkan Nazhan makan dengan banyaknya malam tu. Tuksu suapkan nasi tomato sambil dia main game paklong Hayki. Ibu rasa itu jumlah makanan paling banyak Nazhan pernah makan seumur hidup dia. Jadi, ibu positif Nazhan bukan picky eater tegar. Lepas ni mungkin perlu kurangkan evening snack, lewatkan sikit dinner dan makanan kena yang tasty habis.
Sebenarnya Nazhan xtentu, kadang2 makan, kadang2 tak. Dulu demi nak pastikan dia makan banyak, ibu sanggup berkejar kejaran dan mengambil masa yang lama utk habiskan portion yg sedikit. Kemudian ibu baca tips dari pediasure calendar di demc, hadkan masa makan tu 20-30 minutes. Tak habis pun biarkan. Jadi, sejak tu ibu dah tak paksa Nazhan. Kalau 2-3 kali offer dia xnak jgk, ibu stop.
Ada hari dia makan banyak tapi kebanyakannya sikit ja. Sekadar 3-4 suap dah xnak. Memang harap nutrisi dari Pediasure ja. Dah tersasar pasal habit makan Nazhan pulak.
Alkisahnya, ibu nak buat yang terbaik untuk anak2 ibu. Nak setiap hari ceria dan gembira ja. Sempena raya korban ni, semoga pengorbanan ibu selama ni yg tak seberapa akan membuahkan hasil. Semoga ibu dan ibu2 lain diberi kesabaran untuk terus berkorban demi keluarga dengan penuh keikhlasan.
Selamat Hari Raya semua!
Sulingan~
Baju Iris ni ibu buat time raya posa. Raya haji dah kena buat kain baru. Tangan memang buat singkat ala baju kedah. Hehe..
- Posted using BlogPress
0 comments:
Post a Comment