MH17 dalam kenangan, Al-Fatihah
Kapal terbang Malaysia Airlines MH 17 dari Amsterdam ke KL terhempas di Ukraine, di kawasan sedang bergolak dan dikuasai pro-Rusia, timur Ukraine dekat sempadan Rusia. Lebih dasyat dan mengejutkan pesawat telah ditembak!!!Ibu sangat stress dengan realiti ini. Sifat kemanusian dah semakin hilang pada manusia. Sanggup tembak pesawat awam yang tiada langsung kepentingan dalam pergolakan mereka. Ya Allah, tolonglah kami mencapai keamanan dunia.
Sekarang, selepas 24 jam kejadian..
Kawasan kejadian masih tiada pasukan yang bertauliah dan selayaknya tiba. Macam mana dengan bukti-bukti yang perlu dijaga untuk melancarkan penyiasatan dan memastikan penyiasatan telus.
Bertabahlah wahai keluarga yang terlibat. Sebagai orang seagama dan senegara pun perasaan marah, sakit hati, sedih bergolak dalam diri.. Bagaimanalah dengan bahu yang memikul. Saya sedar, ramai yang redha kerana kita ada Allah. Segala yang berlaku adalah ujian dan membuktikan kita tiada kuasa dan upaya dan sepenuhnya harus meletakkan kebergantungan pada Allah.
Peristiwa ini diharap dapat bawa perubahan & pengajaran untuk
▶️ Malaysia harus jadi negara yang kuat dan berpengaruh. Dalam negara kita berbangga airport canggih, jalan hebat, airlines yang 5 star... Namun bila sesuatu terjadi, kita tak berupaya melindungi customer @ rakyat kita.
▶️ Pasukan keselamatan kita harus diperkukuhkan & diperkuatkan. Janganlah sampai orang tak takut nak buat penganiyaan pada rakyat dan jenayah pada negara kerana pasukan kita tak cukup integriti untuk menyelesaikan masalah.
▶️ Jangan kita alpa dengan hiburan & pembangunan sahaja tetapi asas kekeluargaan dan agama wajib diterapkan dengan betul.
Part bawah ni tak releven tapi saya nak share ja, pendapat tanpa bukti yg kukuh dah tauliah...
- Ukraine dapat tahu rancangan pemberontak nak tembak so bila pesawat Malaysia minta untuk fly higher diorang disapprove. Jahatlah part ni kalau betul.
- Rusia & pihak pemberotak memang plan tembak target lain tapi tak sangka yang ditembak adalah Malaysia Airlines. Whhhyyy???!!!
- so sekarang pihak terlibat pakat salahkan pihak lain dan pakat clearkan bukti.
Sedikit coretan dari hati & jiwa yang kacau..
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
0 comments:
Post a Comment