Errr, mission nk buat entry everyday tersasar. Week ni ibu busy sikit. Sabtu ada kenduri aqiqah dan besday Hayki, pak sedara yg sebaya Nazhan. Sempena dengan itu, depa jemput anak anak yatim dr Ipoh.
So, ibu pun nak clearkan baju2 lama dr dlm almari dan beg utk budak2 tu. Dpt la 2 kotak. Actually banyak lg tp telah disaring oleh cu dan maid baru ibuku.
First time dpt join kenduri mcm ni. Dok di Miri selalu tak balik kenduri. Harap raya ja. Since kenduri aqiqah, ada daging lembu dan kambing ja.
Hari ni kami p wedding Hizrat di Taman Koskam tp signboard kt depan taman tulis Taman Pokok Sena. Dah terlepas pun ke Irsyad, kena patah balik.
Mission ibu nak makan ayam masak merah tp tak dapat. Depa pun lauk daging jgk. Huaa:((. Harap2 next week kenduri Matfaq dan Gmon ada ayam masak merah yg sedap dan menjilat jari. Ibu buat sendiri tak sama la n tak feel.
Kami xdan jumpa pengantin sebab kena bergegas balik. Jumpa dengan Nik, Tibo, wife and baby Fatimah aja. Comel gilos and putih melepak lepak. Anyway, congratulation to Hizrat. Semoga berbahagia sepanjang hayat.
Dah seminggu lebey baru teringat lupa update pasal Mothers Day celebration. Alhamdulillah ingat jugak anak2 ibu (abahnya sebenarnya) wish selamat hari ibu. Hehe.. Actually ibu busy sangat untuk ambil peduli bila sebenarnya mothers day. Dasyat tak? Busy seorang housewife.

Happy Mothers Day, Ibu
Jalan2 ke blogshop jumpa sale sempena mothers day so ibu pun alert la "oo nak mothers day dah" tapi tak take note bila. Kang mengharap, kecundang pulakkan. Pagi mothers day tu, Baizah sms wish. Hehe, thank you Baizah. Then barulah, abah pun teringat nak pass kan kad yang dia dah prepare. Waahh, terkejut ibu tapi tak terkejut beruk la. Cool ja mula2 sebab ingat mana lah abah ciluk kad ni.

Kad yang teristimewa
Orang dah keja KLCC kan, banyak la iklan kat sana. So, tahun ni abah tak miss to wish me Happy Mothers Day on behalf of the kids on that very morning. Tahniah2x. I'm so impressed and appreciate it, abang.
Kebetulan tuk sampai dari Medan pagi tu, ibu yg plan nak masak pun tak jadi masak sebab ingat nak jemput tuk and makan kat luar.Sekali driver insist nak p jemput jgk. Rupanya ramai lagi penumpang lain selain tuk and tokwan. Memang tak muat keta la kalau kami yg jemput. Tunggu punya tunggu, tak sampai jgk. Depa lunch terus kat airport rupanya. So, kami 4 beranak ja la lunch aritu sempena Hari Ibu.

Steamboat @ Kocha, Banday Sunway, Seberang Jaya
Kami makan makan @ Kocha di Bandar Sunway. Kedai ni ada steamboat. Betul ka eja. Kami amik set 2-3 orang, harga rm29.90. Minuman order asing. Banyak jgk la. Nazhan makan ciput ja. Ibu pun mengah nak makan. Selamat abah boleh masuk banyak. Clear jgk la kami makan, tinggal sayur ja tak habis.

Yum yum..
Malam baru ibu masak untuk tuk. Masak sempoi ja pun. Daging masak merah, daging rebus dengan air asam dan sayur kailan. Semoga tuk suka dengan masakan ibu sempena Hari Ibu tahun ni. We love u so much. Happy Mothers Day to all moms out there.

Breastfeeding in progress