Hotel Philea yang cantik dan ...

2:07 AM ida ahmad 4 Comments

Throwback cuti-cuti Malaysia cuti sekolah yang lalu. Selepas dua minggu bertapa di rumah menunggu Nazhan pulih dari sunat dan confident nak pakai seluar, akhirnya kami ada peluang jalan-jalan lagi! Yeah! Kali ni ke Melaka dan stay di hotel yang sangat awesome iaitu Hotel Philea, Ayer Keroh Melaka.

hotel-philea-ibustory
Kami cuma follow abah yang ada kick off utk projek 2015. Jadi, kami pilih untuk join sama dan enjoy hotel yang best ni. Hotel Philea ni dekat ja dengan tol Ayer Keroh. Senang nak cari dan dekat dengan banyak tarikan pelancongan di Melaka.


Hotel Philea ni dekat dengan hutan dan bilik dari kayu, ala resort gitu. Kami sampai dalam pukul 2 dan ada masa sejam lebih lagi sebelum boleh check in. Jadi, kami pun habiskan masa di play room. Anak-anak ibu ja yang ada masa tu dan dapat main dengan puas. Jauh juga dari lobi ke play room ni jadi kami naik buggy car yang disediakan di lobi.

playroom-hotel-philea


Pakat jadi berlakon jadi anjing pulak sebab playhouse tu adalah sebuah dog house. Lawak anak2 ibu ni. Then ibu kata ibu tak suka anjing. Jadilah cat. Bestnya tempat ni sebab ibu xpayah nak kawal Nuh Iman. Safe and Freedom!


Pukul 3.30 petang puas dah bermain.. So kami menapak ke meeting room jumpa abah dan dapatlah check in.  Masa jalan tu nampak ada model dok buat photoshoot dengan baju pengantin. Iris boleh kata princess. Wahh.!! Kembang semankuklah model tu!


Bilik kami? Cantik dan selesa. Alhamdulillah.. Sukalah! Belanja gambar sikit.


bilik-philea-hotel


Kami dapat bilik tingkat 1. 1 rumah ni ada 4 bilik. Adalah beberapa jenis resort lagi. Sebiji rumah dengan private pool pun ada bolehlah bawa 1 big family suatu hari nanti! Katil dia tinggi, bahaya jugalah untuk Nuh Iman turun sendiri. Kena jaga-jaga juga.


bilik-philea-hotel-ibustory


Bilik mandi dan bath tub superb. Anak-anak memang suka! Hari ni kami tak turun swimming pool, mandi di bath tub ja. Si kecik pun bukan main seronok. Takdak takut punya..


bilik-air-philea-hotel


2nd day kami jenjalan area Melaka pulak!


Anak-anak ibu memang senang dan jenis bangun pagi. Nuh Iman tu selalunya Subuh-subuh dah bangun. Hari ni kita explore hotel lagi. Kita p mandi swimming pool pulak.. Hope tak straight sangatlah. Ada setengah hotel tak bagi pakai t-shirt masuk swimming pool. Hygenic issue :P Ibu masih tak rasa nak beli baju mandi 'muslimah' tu rasa masih fit ja so masih pakai baju jersey dah inner long sleeve untuk mandi.


Dulu-dulu ibu malas nak mandi swimming pool. Memikirkan safety anak-anak kena jugalah terjun mandi sekali. Kalau tidak asyik heart attack ja atau mata tak boleh nak lekang dari tengok diorang.


swimming pool-philea-hotel


Sekarang ni anak-anak dah confident dengan pelampung dan ibu pun lebih confident nak let go. Cantikkan swimming pool di Hotel Philea ni. Ada waterfall cantik! Enjoy sangat.. Lepas tu kami jalan-jalan ke Mini Malaysia yang terletak berdekatan.. Ibu sambung story di entry berikutnya pulak.


Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

4 comments:

Dilla Jalil said...

Wahhhh..bestnye!!nak ajak laki aku gi sanalah.
Entah2 mak bapak lebih over dari anak2..muahahaha..

nana said...

hotel ni mmg best. tp mahal.. kne dpt bonus 4,5 angka blh la pergi.. hehehhe

Ida Khairani said...

Jangan lupa letak dalam wishlist Nana ;)

Ida Khairani said...

Excited weh ! Kitakan boleh kata hidup zaman batu dah.. susah nak jumpa rumah kayu.