Rutin dan lembaran baru 3 beranak
Oktober ni, Nazhan dah start kembali sekolah. Namanya WQ Park. Alhamdulillah selepas seminggu dia nampak happy ke sekolah. Masuk minggu kedua, dah tak nak ke sekolah. Tak ada maknanya ibu nak layan. Perjalanan ke sekolah mengambil masa setengah jam setiap pagi.
Walaupun Nazhan yang sekolah, adik dan ibu pun ada new rutin. Setiap hari kami akan lepak di rumah Mak Ngah hubby yang sudi tumpangkan kami. Kalau tak, jenuh juga nak berulang. Sekolah Nazhan hanya half session, 3 jam ja.
Pukul 12.30 lepas sekolah kami akan lunch di luar. Problem juga, kalau adik dah tidur. So, terpaksa cari drive thru. Then kena suap makan dalam kereta ja. Sampai rumah, selalunya Nazhan dah tidur. Lewat la pula lunch time nya nanti. Kalau tak tidur pun, datanglah mood tak nak makan dia.
Waktu Nazhan ke sekolah, ibu akan concentrate hal bisnes. Consentrate jugalah walaupun at the same time kena layan Iris. Kalau mood ok, memang best. Kalau mood Iris tak ok, nak mengacau & bergayut jugalah tapi still manage to settle apa yg wajib dilakukan, daily task. Alhamdulillah.
Namun untuk merancakkan bisnes, marketing strategi yang penting. Boleh kata, marketing ibu very basic. So far, rezeki tetap ada. Namun, kena la mengembangkan sayap. So, i need better plan and strategy. Perlu juga jadual yang baik supaya anak2 selesa dan tak penat mengikut ibu ke hulu ke hilir.
By the way, jemputlah ke website www.mysupervitamins.com untuk vitamin Shaklee yang berkesan dan sesuai untuk bf mom, working mom, housewife, lelaki, anak, ahli sukan, student dan semualah. Ibu dah officially register company masa 1st day Nazhan ke sekolah.
Ibu juga mencari tempat dan individu yang nak consignment dan dropship. Best and easy deal!
0 comments:
Post a Comment