Bertukar ke Half day session

10:16 PM ida ahmad 0 Comments

Sejak awal tahun ni, kami hantar Nazhan ke full session tadika tapi sekarang kami ambil keputusan untuk tukar ke half session. Permulaannya apabila Nazhan tak nak p sekolah selepas asyik cuti sakit ja. Kami hairanlah, Nazhan seorang yg sangat ceria dan enjoy being with other kids. Kami tak nak la pengalaman bersekolahnya suatu night mare or something like that. Kami nak dia rasa school is fun and learning is a fun thing to do.

Since nak tukar ke half day ni, aku tanya la cikgu macam mana jadual kelas. Rupanya petang hanya aktiviti tidur, makan dan solat. Masa register bagitau jadual lain. Petang ada fardhu ain dan revision apa yg belajar sebelah pagi. Rupanya tidak.

Selalunya aku hantar Nazhan lambat, kelas pkl 8am-4pm, pukul 9am barulah kami sampai. Masa sampai tu, selalunya cikgu tgh prepare breakfast. Nazhan aku rasa mesti tak nak makan breakfast punya sebab di rumah baru ja minum susu.

Nak tau pukul berepa lunch time budak2 tu? Selepas diorang bangun tidur petang. Diorang tidur pkl 1pm. Aku rasa bangun tidur dlm pukul 2.30pm kot tu pun kalau boleh tidur dengan perut kosong.

Nazhan bila balik rumah, aku cepat2 bagi minum susu. Dalam kereta bagi makan cookies. Lepas minum susu, dia akan muntah. Aku rasa memang perut dia kosong. Kesiannya anak aku. Aku malas nak complain sebab admin sekolah tu memang jenis yg pandai menjawab.

Fyi, sampai hari ni uniform Nazhan tak dapat lagi. Bila aku buat tak puas ati, dia boleh jawab diorang xdak duit, sekolah swasta, sebab tu la diorang soh register awal, (so that boleh order uniform). Bila aku soh call bila baju sampai, diaorang mmg tak buat list org yg xdpt baju. So parents sendirilah kena dtg opis or call untuk ulang2 tanya.

Aku harap mood Nazhan ok la lepas kami tukarkan dia ke half day session. Hari ni first time la aku ambil dia awal. Kelam kabut la aku kat rumah, serba mak nenek nak buat. Memang tak dan nak buat semua kerja rumah. Tak apa, prioritize.

Hopefully Nazhan dpt manfaat dan menjadi orang yg bijak ;)

0 comments: