Itu namanya pritzel, ibu.

8:55 AM ida ahmad 0 Comments

Pernah makan pritzel tak? Ibu baru 2 kali ja makan. Sedap tapi tak adalah ketagih dan syok habis. Biasa sahaja. First time makan tah berapa lama dahulu dan memang tak pernah bagi anak-anak makan. First time tu rasanya anak pun belum dapat. So, about 4-5 years ago. Sampai namanya pun tak pernah ingat di kepala.

Semalam abahnya bawak balik pritzel. Bila ibu bukak ja paper bag nazhan terus sebut 'Pritzel'. Ibu terkesima kejap. Err.. Tanya lagi sekali. "What is this?". Nazhan jawab "Pritzel". Ibu belek paper bag ada tulis pritzel. " Have you ate pritzel before?". "Yes" jawabnya.



Bila masa la pula ni. Memang agak pasti kami tak pernah bawa makan pritzel sebelum ni. Ibu makan pun rasanya time muda remaja lagi. Semalam barulah tahu Nazhan kenal rupanya. Yang pasti, tak ada dalam menu minum pagi sekolah dia makan pritzel. Mungkin masa computer session or ada parents bawa sempena birthday anak-anak diorang. Ya la tu kan.


Ada suatu masa dulu, kami pergi ke shopping complex. Masuk-masuk ja pintu dari parking lot terus ada kedai pritzel ni dan Nazhan terus sebut 'Pritzel'. Since ibu dengan abah memang tak pernah ingat namanya, kami pun wondering apa Nazhan tengah cuba nak sebut. Pizza ka?

So, ibu pun tanya "Pizza?" Nazhan ni jenis patuh tau. Dia ingat dia salah cakap dan ibu tengah nak betulkan dia, so dia pun angguk dan kata 'Pizza'. Then dengan rasa betulnya, ibu pun cakap, "This is not pizza". Huahuahua.. Selepas semalam, barulah ibu tahu bahawasanya anak teruna ibu kenal makanan itu dan memang sebut pritzel suatu masa dahulu.

Haruslah mak bapak sekarang meng'Advance'kan dirikan. By the way, masa first time abah bawak balik iPad pun, Nazhan dah tahu itu iPad.




Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: