Kunjungan ke Petrosains KLCC sangat berbaloi
Cuti sekolah yang lepas, saya bawa anak-anak ke Petrosains. Banyak tempat yang berlegar di kepala untuk bawa anak-anak ni memandangkan kami tak bercuti ke luar KL / Selangor selain masa awal cuti sekolah.
Suami pun kerja. Jadi saya kena selektif pilih tempat yang berfaedah, selamat dan saya mampu kawal anak-anak yang 3 orang ni seorang diri. Kalau pi Kidzania, ngamuk pula Nuh Iman tak dapat join. Kalau p trampolin pun, bawah 3 tahun tak lepas.
.
Jadinya Petrosains jadi pilihan yang sangat ideal untuk kami. Pertama kali pergi kami mula masuk lepas Zohor, beratur naik kenderaan angkasa untuk ke stesen pertama. Line tak panjang sangat oklah.
.
Oh, harga tiket pun mampu beli dan sangat berbaloi. Nuh Iman free lagi.
.
Ya Allah banyak sangat aktiviti dan stesen demi stesen untuk belajar, enjoy dan explore! Nazhan, Iris dan Iman sangat happy, aktif dan excited. Sebab excited sangat, kami spend banyak masa di satu-satu stesen.
Akhirnya kami tak sempat cover dan enjoy semua stesen. Bila sampai di stesen Pelantar Petronas, kami dan cepat2. Same goes to stesen2 lepas tu. Sebabnya ibu belum Asar dan hari tu hari bekerja dan tak nak jam dengan orang balik kerja.
.
Memanglah jem juga masa balik tu sebab terpaksa singgah beli makanan sikit sebab dah kebulur. Namun, berhajat nak datang balik dan sambung bahagian yang kami pass dengan laju-laju tadi.
.
Jadinya kami pun datang balik selepas seminggu. Hehe. Kali ni line masuk lebih panjang nak naik transport ke stesen pertama. Jadi, kami minta budi bicara untuk ambil shortcut dan tak nak naik pun kenderaan tu.
.
Alhamdulillah, hajat termakbul. Kami dibawa masuk jalan staff. Lepas dah masuk, kami terus masuk bahagian yang paling best dan tak sempat nak enjoy lama2 hari tu.
.
Pendapat ibu, memang kena 2 hari lawatan baru puas hati dapat spend time lama2 & explore semua gadget yang Petrosains ada.
0 comments:
Post a Comment