Aktiviti & Tip yang membantu anak-anak lambat bercakap, menulis dan hyper.
Tips untuk murid bermasalah saya dapat dari wassap. Ada antara pernah dengar dan baca. Saya tak pasti tentang kajian yang dibuat. Cuma occupational therapy untuk speech delay dan kanak-kanak autism ada antaranya seperti aktiviti - aktiviti yang disyorkan ni. Jadi, pasti ada faedah dan kesan positif kalau kita rajin apply pada anak-anak. Tak rugi cuba !
Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:
1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Murid Pelat:
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid
4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.
5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
#justsharing
0 comments:
Post a Comment