Cendol Bakar di Kuala Selangor
Buat pertama kali, kami ke Kuala Selangor. Sebenarnya ada orang Kuala Selangor cod Shaklee. Beliau nak set untuk darah tinggi. Sebab nak berbaloi p deliver, kami carilah apa yang best di Kuala Selangor.
Makanya jumpalah tempat makan best, hot dan glamor ni. Kalau nak cuba, boleh cari di waze ni. Cendol Bakar @ Cendol Bakar drive thru. Bukan ja cendol banyak lagi menu best2.
.
Kami dari Klang lebih senang. Memang tak lalu highway langsung. Terus ja dari Jalan Kapar. Jem pun tidak. Kalau yang lalu highway selalu akan jem selepas keluar highway menuju ke Pekan Kuala Selangor sebab jalannya 1 lane ja.
.
Hari tu kami makan cendol & laksa. Anak2 makan nasi ayam dan lempeng pisang. Juga sata.
.
Selain dari menu ni ada juga keropok leko, coconut shake, otak-otak, sotong & ayam salut tepung, chow kueh teow. Ada juga mee sup & bakso, jagung, aiskrim, waffle.
.
Jangan lupa singgah sana kalau lalu atau misi jalan-jalan cari makan di Kuala Selangor.
.
Pengedar Shaklee Shah Alam & Klang
Ida Khairani
0 comments:
Post a Comment