Pendarahan ketika hamil, tanda keguguran atau normal?
Baru-baru ni, ada sahabat saya menceritakan bagaimana doktor mengatakan bahawa kenalannya keguguran selepas berlaku pendarahan. Selepas pendarahan berlaku, doktor mengesahkannya keguguran dan ingin melakukan D&C. Jika ini berlaku, cuba dapatkan pandangan beberapa doktor dan scan sebelum operasi D&C dilakukan. Ia mungkin hanya spotting iaitu pendarahan ringan dari faraj dan kemungkinan bukan petanda keguguran.
Spotting serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.
Normal bagi kita merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama, terutama minggu awal-awal kehamilan.
Pendarahan ketika hamil mungkin kerana IVF
Selalunya jika kita mendapatkan rawatan untuk hamil seperti IVF, lebih dari 1 embrio mungkin diletakkan ke dalam rahim dan dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.
Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik cuba mendapatkan pemeriksaan doktor.
Pendarahan ketika hamil yang tidak merbahaya
Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Biasanya berlaku sama waktu datang haid dan bleeding selama beberapa hari. Kita akan perasan semasa membuang air kecil.
Pendahan ini kemungkinan bersar disebabkan
- Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu kita sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama 1-3 hari sahaja.
- Apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada lapisan uterus , boleh juga menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi.
Sebab lain yang menjadi punca pendarahan ketika hamil
- Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, ia mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
- Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim dan fabroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
- Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
- Jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
- Penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.
Pendarahan ketika hamil yang merupakan tanda keguguran !
Apabila pendarahan berlaku dan disertai dengan sakit perutdan kejang, kemungkinan keguguran berlaku atau kehamilan ektopik.
Keguguran
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan ketika hamil beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku.
Pendarahan akibat keguguran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang 12 minggu pertama kehamilan. Ramai yang tidak menyangka tisu seperti daging keluar dari faraj, sebenarnya adalah janin dari dalam rahim yang telah keluar tanpa disedari.
Kebanyakkan keguguran di awal kehamilan adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara semulajadi untuk tubuh mengelakkan kehamilan janin yang cacat.
Namun, jika pendarahan hanya minor masih ada harapan. Ada masanya proses ini dapat dihentikan dan kehamilan dapat diteruskan.
Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami
kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.
Kehamilan tidak berlaku di rahim sebaliknya ia berlaku pada salur fallopian, yang mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa.
Kehamilan molar
Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.
Jatuh atau dipukul
Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan.
Pendarahan ketika hamil di trimester kedua dan ketiga
Selain itu perpisahan uri dari dinding dalam rahem
(Placental Abruption) juga boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Ia selalunya berlaku pada semester kedua atau ketiga dalam tempuh kehamilan dan selalunya disertai dengan rasa sakit perut.
Uri pada kedudukan bawah rahim atau “
Placenta Previa” yang menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan pada semester kedua dan ketiga kehamilan.
Apa nak buat bila pendarahan ketika hamil berlaku?
Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor akan memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi.
Doktor mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?
Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.
Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami
kekejangan perut, dan
pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan
ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.
Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.
Cuba berfikir dengan positif.
Spotting atau pendarahan ringan biasanya membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
013 488 2382
2 comments:
Post a Comment