MySuperVitamins.com: Perkara yang mempengaruhi susu ibu

4:54 PM ida ahmad 0 Comments

MySuperVitamins.com: Perkara yang mempengaruhi susu ibu:

Tahu tak ibu bahawa kalau kita tension, penat, down, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi susu ibu adalah


-kekerapan menyusu
-mood ibu
-kesihatan ibu
-mind set ibu
-cuaca
-mestrual
-pemakanan
-masa
-lekapan
-mengandung



Kekerapan menyusu
-lagi kerap ibu mengepam atau direct feeding dan lebih banyak stimulation diberi maka lebih banyaklah susu terhasil.

Mood ibu
-ketika ibu gembira, hormon oxytoxin dihasilkan. Hormon ni akan meransang pengeluaran susu ibu.

Kesihatan ibu
-susu ibu masih selamat diminum walau ibu jatuh sakit. Namun, production susu mungkin merudum disebabkan taraf kesihatan yang terjejas. Walau ibu sakit, cuba tenangkan diri semasa menyusukan anak.

Mind set ibu
-percaya tak dengan hanya keyakinan pada diri dan penyerahan pada ketentuan Allah, susu yang sikit boleh menjadi banyak. Setiap anak itu telah ditentukan rezekinya. Kita hanya harus terus berusaha kerana Allah mengkehendaki hambaNya berusaha.

Namun kalau mind set asyik percaya susu sikit, susu tak cukup, risau lebih tanpa berusaha, keturunan memang susu sikit, anak dulu pun susu sikit, ia akan menjadi doa.

Cuaca
-jika cuaca panas, susu foremilk yang cair akan lebih banyak dari hindmilk. Jadi, jangan gelabah.

Menstrual
-ada ibu yang productionnya jatuh apabila nak datang dan ketika period. Jika anda begitu, haruslah membuat bekalan spare untuk anak anda. Ada sesetengah ibu yang berjaya mengekalkan production dengan pengambilan kalsium tambahan ketika waktu ini.

Pemakanan
-walaupun banyak pendapat yang berbeza namun tepuk dada tanya selera. Kalau xpercaya, pemakanan mempengaruhi susu ibu sila cuba sendiri. Mungkin anda berbeza dari orang lain.

-makanan yang berangin boleh membuatkan anak yang minum susu ibu mendapat kembung.
-makanan yang anak alergik, walaupun diambil oleh ibu, anak boleh mendapat kesannya.
-supplemen b complex boleh membuatkan susu ibu kelihatan lebih creamy kerana warnanya.
-supplemen milk booster seperti alfalfa, fenugreek, kucai, lobak
putih, kurma, longan boleh membanyakkan susu ibu
dengan syarat rutin mengepam tidak ditinggalkan. Ia sangat individualistic iaitu bergantung pada individu.

Masa
-ada ketikanya anak yang mengalami growth spurt memerlukan susu lebih banyak. Jika ibu sentiasa memberi, production susu boleh meningkat bersesuaian dengan keperluan anak.

Lekapan
-lekapan atau latching yang betul memastikan payudara diperah sepenuhnya. Jadi susu baru akan dihasilkan sepenuhnya juga. Jika tidak, susu masih berbaki dan susu baru akan terjejas. Lama kelamaan, production akan menurun. Ibu juga mungkin mengalami kesakitan kerana payudara bengkak.

Mengandung
-ketika mengandung, susu ibu mungkin menurun kerana hormon prolaktin yang terjejas dengan kenaikan hormon entrogen dan progestron. Jika mahu meneruskan penyusuan, sentiasa positif dan kekalkan rutin mengepam. Pastikan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung menjadi keutamaan juga. Jika perlu, dapatkansupplemen untuk support kesihatan ibu.


All the best ya mommies!!! Dont ever give up!


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

0 comments:

Iris totally wean off and Nazhan no more picky eater

5:09 PM ida ahmad 2 Comments

Sejak awal minggu ni, Iris dah berjaya wean off. Lagi beberapa hari dia nak masuk 2 tahun 1 bulan. Actually tak adalah susah sangat. Dah mula kurangkan sesi menyusu dia sejak 1-2 minggu lepas. Morning session tak menyusu dah. Time tidur ja selalu kesian. Masa nak wean off tu, sepanjang siang dia tak nyusu so, ibu pun nekad teruskan sampai malam.


Sebelum ni pernah try letak asam jawa tapi Iris mamai-mamai minum ja. Suka ja dia. Masa nak totally wean off tu, lumur banyak gila asam jawa. Ish ish.. sampai trauma Iris. Sekarang kalau offer pun dia soh tutup. Walaupun, dah merengek rengek tak boleh tidur.

Sepanjang last week, setiap hari lambat hantar Nazhan ke sekolah sebab kelam kabut bangun lewat. Ini kes Iris mengamuk pukul 4 pagi dan semua orang jaga. Dulu-dulu, ada ja peneman Iris. Bila dah tak menyusu badan, dia susah nak tidur balik bila jaga tu. Siap ngamuk buat bising. Hopefully tak berkekalanlah. Malulah dengan cikgu. Asyik lambat ja.


Kalau bangun awal pun, kesian nak gerak Iris atau Nazhan yang masih nyenyak tidur. Last friday, akibat malu asyik lambat ja, ibu drive laju. Last2 sepanjang hari, ibu weng, pening kepala. Tak boleh jadi pelumba formula 1 ni.


Walaupun Iris buat perangai dinihari, bila bangun pagi tu mood dia selalu sangat ok dan mudah mandi compare dengan kalau bangun awal. Huhu..

Nazhan pula, semakin hari semakin bijak. Seronok dengan perkembangan yang begitu positif. Ibu ja perlu lebih bagi perhatian dengan meluangkan kualiti time di rumah. Sebelum ni, main sikit2 ja dan kurang konsisten. Kalu cikgu bagi homework tiap2 hari tu, adalah juga spend masa mengajar. Kalau tak asyik tercicir ja. Nama ja sentiasa bersama anak-anak tapi sibuk kot lain ja banyak.

Tengok tv bersama tu selalu, sambil tengok tv sambil mengajar. Budak-budak ni cepat sungguh pick up dari tv. So, haruslah yang baik2 sahaja ditonton. Mujurlah yang dia suka pun banyak yang boleh membantu belajar macam team umizoomi tu ajar math. Cuma  banyak English cartoon ja. Tu yang terror english dari bm.


Sekali keluar cakap melayu tu, sedap dan comel ja dengar. Orang lain dengar biasalah. Nazhan ni english dia slang. Kalau cakap melayu, macam omputih baru nak cakap melayu tapi kalau dia cakap betul bunyinya, ibu selalu senyum dan cakap, " Oh, rety cakap Melayu rupanya" Walaupun tak loghat penang tapi, short term yang orang Penang ja cakap tu, ada juga tersembur macam "Mana pi".




Selera makan pun dah ok. Waahh..seronoknya ibu. Bila dia kunyah makanan sesudu penuh rasa sejuknya perut ibu mengandung. Sampai macam tu sekali. Berjaya juga formula Meal Shake Shaklee. Yeah!! Selalunya selera dia naik, datang dan pergi. Kali ni paling lama, since 2 minggu lepas. So, betul-betul berharap habit makan dia berkekalan begini.


Oklah, semoga ibu boleh terus memperbaiki time management yang sering ke laut ni.

2 comments:

Earth Mama Stretch Oil - First time bertuah

3:58 PM ida ahmad 0 Comments

Bulan lepas ada dapat email untuk join satu contest ni. Sangat senang ja caranya. Share gambar dan link di facebook ja. Since terlebih rajin, ibu komen sikit dkt gambar yang ibu share di wall facebook ibu.



Ada beberapa produk yang ibu like tapi yang paling ingat berkenaan produk untuk perineum message oil. Perineum message oil ni gunanya untuk kita sapu2 sikit di bahagian perineium semasa pregnant. Supaya let's say masa bersalin, otot kita lebih fleksibel. So kalaulah kena jahit episiotomi di bahagian keluar baby tu, tak la panjang sangat.

Dulu, urut guna minyak apa tah sebab tak jumpa lagi message oil ni di pasaran.

Alhamdulillah effort yang tak seberapa hanya menaip di dalam kereta dapat juga hadiahnya. Hadiahnya lagi menarik. Earth Mama Natural Stretch Oil. Sungguh berbunga rasa hati. Thanks a lot to Bee Little.

0 comments:

Holiday at Hyatt Regency Hotel, Kuantan

9:37 PM ida ahmad 3 Comments

Cuti Maulidur Rasul yang lalu, kami pulang ke kampung di Pulau Pinang. Alhamdulillah, cuti yang pendek tu dapat dimatfaatkan sepenuhnya. Habislah ronda semua rumah yang wajib dikunjungi. Walaupun cuti sampai hari Selasa, demi nak elak jam dan nak settle kerja2 rumah, Isnin kami dah pulang ke Bandar Bukit Raja.

Rabu pagi, kami bertolak ke Kuantan pula. Setelah sekian lama, inilah peluang untuk mengikut abah pergi berkursus. Last sekali rasanya ke Kuala Terengganu, dekat setahun yang lalu. So, Nazhan ponteng sekolah 3 hari. 

Kami tak berjalan mana sangat di Kuantan walaupun abah tinggal kereta dan pergi kursus dengan kawan-kawan dia yang lain. Kami 3 beranak keluar untuk urusan pos barang Shaklee di sebelah petang dan cari makan untuk lunch dan tapau untuk dinner.


Namun, kemudahan di hotel digunakan sepenuhnya. Stay di Hotel Hyaat pun cuma 3 hari 2 malam. Jadi, cuma sehari ja ke gym. Hehe..Setiap petang mandi swimming pool dan main di pantai. Pantai dekat sini namanya Pantai Teluk Chempedak sangat cantik dan bersih. Selamatlah terhidu berita yang pantai ini telah meragut nyawa orang ramai sejak beberapa minggu lepas. Jadi, memang kami tak sentuh pun air laut. 










Layan gambar ya. Hotel ni sangat best ok. Pekerjanya sangat tip top. Malangnya dalam sehari kami di sana, diorang tengah nak up grade kemudahan air. Jadi hampir sehari suntuk bekalan air terganggu.  Air yang ada panas. Selamatlah ibu bawak water pitcher Shaklee, habuan nak tadah dan bagi sejuk untuk kegunaan kecermasan. Kalau tak, jenuhlah terbakar time nak menjirus tu.

Yang paling best, rezeki melimpah luah masa berada di sana. Terima kasih ke atas rezeki Allah untuk orang yang bermusafir.

3 comments:

Penyusuan Susu Ibu Mudah Walau Di Mana Sahaja

2:34 PM ida ahmad 1 Comments


1 comments:

Layang - layang

10:57 AM ida ahmad 1 Comments


1 comments: