MySuperVitamins.com: Perkara yang mempengaruhi susu ibu

4:54 PM ida ahmad 0 Comments

MySuperVitamins.com: Perkara yang mempengaruhi susu ibu:

Tahu tak ibu bahawa kalau kita tension, penat, down, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi susu ibu adalah


-kekerapan menyusu
-mood ibu
-kesihatan ibu
-mind set ibu
-cuaca
-mestrual
-pemakanan
-masa
-lekapan
-mengandung



Kekerapan menyusu
-lagi kerap ibu mengepam atau direct feeding dan lebih banyak stimulation diberi maka lebih banyaklah susu terhasil.

Mood ibu
-ketika ibu gembira, hormon oxytoxin dihasilkan. Hormon ni akan meransang pengeluaran susu ibu.

Kesihatan ibu
-susu ibu masih selamat diminum walau ibu jatuh sakit. Namun, production susu mungkin merudum disebabkan taraf kesihatan yang terjejas. Walau ibu sakit, cuba tenangkan diri semasa menyusukan anak.

Mind set ibu
-percaya tak dengan hanya keyakinan pada diri dan penyerahan pada ketentuan Allah, susu yang sikit boleh menjadi banyak. Setiap anak itu telah ditentukan rezekinya. Kita hanya harus terus berusaha kerana Allah mengkehendaki hambaNya berusaha.

Namun kalau mind set asyik percaya susu sikit, susu tak cukup, risau lebih tanpa berusaha, keturunan memang susu sikit, anak dulu pun susu sikit, ia akan menjadi doa.

Cuaca
-jika cuaca panas, susu foremilk yang cair akan lebih banyak dari hindmilk. Jadi, jangan gelabah.

Menstrual
-ada ibu yang productionnya jatuh apabila nak datang dan ketika period. Jika anda begitu, haruslah membuat bekalan spare untuk anak anda. Ada sesetengah ibu yang berjaya mengekalkan production dengan pengambilan kalsium tambahan ketika waktu ini.

Pemakanan
-walaupun banyak pendapat yang berbeza namun tepuk dada tanya selera. Kalau xpercaya, pemakanan mempengaruhi susu ibu sila cuba sendiri. Mungkin anda berbeza dari orang lain.

-makanan yang berangin boleh membuatkan anak yang minum susu ibu mendapat kembung.
-makanan yang anak alergik, walaupun diambil oleh ibu, anak boleh mendapat kesannya.
-supplemen b complex boleh membuatkan susu ibu kelihatan lebih creamy kerana warnanya.
-supplemen milk booster seperti alfalfa, fenugreek, kucai, lobak
putih, kurma, longan boleh membanyakkan susu ibu
dengan syarat rutin mengepam tidak ditinggalkan. Ia sangat individualistic iaitu bergantung pada individu.

Masa
-ada ketikanya anak yang mengalami growth spurt memerlukan susu lebih banyak. Jika ibu sentiasa memberi, production susu boleh meningkat bersesuaian dengan keperluan anak.

Lekapan
-lekapan atau latching yang betul memastikan payudara diperah sepenuhnya. Jadi susu baru akan dihasilkan sepenuhnya juga. Jika tidak, susu masih berbaki dan susu baru akan terjejas. Lama kelamaan, production akan menurun. Ibu juga mungkin mengalami kesakitan kerana payudara bengkak.

Mengandung
-ketika mengandung, susu ibu mungkin menurun kerana hormon prolaktin yang terjejas dengan kenaikan hormon entrogen dan progestron. Jika mahu meneruskan penyusuan, sentiasa positif dan kekalkan rutin mengepam. Pastikan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung menjadi keutamaan juga. Jika perlu, dapatkansupplemen untuk support kesihatan ibu.


All the best ya mommies!!! Dont ever give up!


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

0 comments: