Iris totally wean off and Nazhan no more picky eater
Sejak awal minggu ni, Iris dah berjaya wean off. Lagi beberapa hari dia nak masuk 2 tahun 1 bulan. Actually tak adalah susah sangat. Dah mula kurangkan sesi menyusu dia sejak 1-2 minggu lepas. Morning session tak menyusu dah. Time tidur ja selalu kesian. Masa nak wean off tu, sepanjang siang dia tak nyusu so, ibu pun nekad teruskan sampai malam.Sebelum ni pernah try letak asam jawa tapi Iris mamai-mamai minum ja. Suka ja dia. Masa nak totally wean off tu, lumur banyak gila asam jawa. Ish ish.. sampai trauma Iris. Sekarang kalau offer pun dia soh tutup. Walaupun, dah merengek rengek tak boleh tidur.
Sepanjang last week, setiap hari lambat hantar Nazhan ke sekolah sebab kelam kabut bangun lewat. Ini kes Iris mengamuk pukul 4 pagi dan semua orang jaga. Dulu-dulu, ada ja peneman Iris. Bila dah tak menyusu badan, dia susah nak tidur balik bila jaga tu. Siap ngamuk buat bising. Hopefully tak berkekalanlah. Malulah dengan cikgu. Asyik lambat ja.
Kalau bangun awal pun, kesian nak gerak Iris atau Nazhan yang masih nyenyak tidur. Last friday, akibat malu asyik lambat ja, ibu drive laju. Last2 sepanjang hari, ibu weng, pening kepala. Tak boleh jadi pelumba formula 1 ni.
Walaupun Iris buat perangai dinihari, bila bangun pagi tu mood dia selalu sangat ok dan mudah mandi compare dengan kalau bangun awal. Huhu..
Nazhan pula, semakin hari semakin bijak. Seronok dengan perkembangan yang begitu positif. Ibu ja perlu lebih bagi perhatian dengan meluangkan kualiti time di rumah. Sebelum ni, main sikit2 ja dan kurang konsisten. Kalu cikgu bagi homework tiap2 hari tu, adalah juga spend masa mengajar. Kalau tak asyik tercicir ja. Nama ja sentiasa bersama anak-anak tapi sibuk kot lain ja banyak.
Tengok tv bersama tu selalu, sambil tengok tv sambil mengajar. Budak-budak ni cepat sungguh pick up dari tv. So, haruslah yang baik2 sahaja ditonton. Mujurlah yang dia suka pun banyak yang boleh membantu belajar macam team umizoomi tu ajar math. Cuma banyak English cartoon ja. Tu yang terror english dari bm.
Sekali keluar cakap melayu tu, sedap dan comel ja dengar. Orang lain dengar biasalah. Nazhan ni english dia slang. Kalau cakap melayu, macam omputih baru nak cakap melayu tapi kalau dia cakap betul bunyinya, ibu selalu senyum dan cakap, " Oh, rety cakap Melayu rupanya" Walaupun tak loghat penang tapi, short term yang orang Penang ja cakap tu, ada juga tersembur macam "Mana pi".
Selera makan pun dah ok. Waahh..seronoknya ibu. Bila dia kunyah makanan sesudu penuh rasa sejuknya perut ibu mengandung. Sampai macam tu sekali. Berjaya juga formula Meal Shake Shaklee. Yeah!! Selalunya selera dia naik, datang dan pergi. Kali ni paling lama, since 2 minggu lepas. So, betul-betul berharap habit makan dia berkekalan begini.
Oklah, semoga ibu boleh terus memperbaiki time management yang sering ke laut ni.
2 comments:
Assalamualaikum.
Salam perkenalan.
Saya nak tanya akak guna bahasa perantaraan Ingeris ke bila berborak dengan anak2 akak atau just bagi dia tengok cerita yang berbahasa Ingeris?tq ye kalau dapat share...
Wsalam
Salam perkenalan mamamaira,
Borak dengan dia, mix Bm&Bi. Since Bi yang dia cepat tangkap, cakap dengan dia banyak Bi jugaklah.
Kartun mmg banyak bi kan. yg bm, harap upin ipin dan boboiboy ja la.
Post a Comment