Kenapa perempuan suka sangat join Shaklee

Sabtu lepas ada Master Celebration Wan Fatihanum dan Azrin di Hotel Pullman, Putrajaya. Ini adik beradik Shaklee saya, sama-sama #iReach, under Master Lyna. InsyaAllah master celebration saya tak lama lagi. 2 more steps to go! Tahun bila entah pernah datang buat photo shoot di area Pullman. Kan ada small beach gitu, untuk anak-anak main pasir. Time tu saya cun melecun lagi.. Huahuahua :)).. Sekarang dah makcik2 ni. Adoi.. takpa..nanti time master celebration saya, kita kasi gaya pengantin baru sekali wedding photoshoot.  Oh, berangan itu indah.
Shaklee Master Celebration Wan Fatihanum, Kak Ngah kami

Anum yang saya kenal sangat cool. Al kisahnya, beliau dapat push factor untuk betul2 fokus dengan Shaklee bila suatu peristiwa berlaku.. Standard mak2 kerja..balik mesti penatkan. Mak yang kerja dari rumah pun penat juga. Suatu hari, anaknya minta Anum untuk check message book. Anum pulak sebab penat sangat tangguh dulu. Sampailah dah nak tidur, baru anaknya remind lagi minta tengok message book. Rupanya keesokan hari cikgu pesan suruh bawa stokin putih. Tersentap la Anum.. Mana nak cari stokin putih malam2 buta. Rasa bersalah sangat menebal sebab tak tengok message book awal dan layankan rasa penat dan busy tadi. Sejak itu, Anum pun nekad untuk lebih fokus pada family dan buat betul2 bisnes Shaklee sampai boleh resign dan punya pilihan untuk uruskan keluarga dengan lebih baik. Inilah sebab Anum pilih Shaklee dan berubah 200%, bila adanya push factor yang kuat iaitu meletakkan kepentingan anak di tempat yang sepatutnya . Masa bersama anak tak boleh rewind ya. Tak menyesal ka resign?. Korang tau berapa bonus seorang Master Shaklee, paling lekeh rm50K atau rm50 000.
Master Celebration Azrin, sidelines in Shaklee



Azrin yang saya kenal tegas, selamba dan walk the talk. Beliau stay di Miri. Ha..jauh pun boleh jadi Master okey.  Di Miri tak ada branch tau dan harga sana lebih mahal dari Semenanjung. Sejak bulan lepas ja Shaklee standardise harga. Bertuah Alhamdulillah. Bukan ja jauh dari branch malah jauh dari suami. Suami Azrin kerja offshore. Sebab Azrin boleh pilih dan yakin dengan Shaklee adalah Azrin rasa kualiti time dengan anak dan suami sangat limit. Dengan anak hanya sejam sehari dan bila suaminya bercuti dari offshore, beliau still kena kerja so tak dapat spend time penuh bersama. Gigih tak gigih, dengan kuasa internet Azrin jadi Master dengan 95% anaknya adalah orang semenanjung. So, tak payahlah nak risau kalau upline jauh dari rumah ya. Coaching online setiap hari ada dan jika kita konsisten follow apa yang upline ajar, memang kita boleh berjaya cemerlang dan gemilang. Yang pasti kami melakukannya bersungguh-sungguh demi anak-anak.
keluarga shaklee

Sebab saya pilih Shaklee juga adalah untuk anak-anak. Saya hendak jadi role model mereka. Masa belajar kena score, sebagai ibu kena score, sebagai leader in Shaklee pun wajib score! Hari tu, saya ke Hotel Pullman, Putrajaya bersama 3 orang anak kesayangan. Suami saya out station tapi itu bukan bermakna saya perlu tersadai di rumah. Kakakaka!! Nak tersadai pun tak bolehlah.. tiap2 hari mahu at least 4 kali keluar masuk rumah hantar ambil anak sekolah. Perjalanan ke Pullman ambil amsa 45 minit. Baby Nuh Iman perlu dikenyangkan dahulu dan anak2 perlu disensasikan dengan cerita yang menarik untuk mereka tenang dan gembira sepanjang perjalanan. Kalau gaduh, terjerit-jerit tambah pula perjalanan dengan bantuan WAZE semata, harus tergugat emosi ibu. Alhamdulillah, kami selamat sampai juga dan bergembira dengan sidelines dan anak cucu Shaklee. Master Celebration macam reunion la bagi kami yang connect through internet pada kebanyakan waktu. Di sinilah kami akan beramah mesra dan sharing tip untuk majukan empayar masing2.
holiday di pullman putrajaya

Disebabkan esok saya ada picnic dengan adik beradik Shaklee saya, so saya overnight di Hotel Pullman. Booking di Agoda Online. Ini kali kedua saya stay hotel dengan anak2 sahaja. Eh kali ke-3. Masa 1st time, saya bawa sepupu temankan. Sekarang confident level dah tinggi untuk jaga anak2 sendiri. Ya ka?? Haha!! Alah bisa tegal biasa. Yang horror honeymoon saya kali ni, bila Iris tertinggal beg pack yang ada baju salin dia. Nak shopping di Alamanda rasa tak berapa confident. Pulak..tadi kata confident. Saya tak ke Alamanda untuk shopping memandangkan anak-anak dah letih termasuklah ibunya dan Alamanda yang happening itu menakutkan saya untuk handle anak2. Kang sorang tertidur on the way, sorang nak kencing, sorang nak main.. Baju tak beli2 lagi. Last2 saya mendapat ilham untuk recycle baju Nazhan ja untuk Iris. Kuang kuang kuang..



Picnic at Pullman Putrajaya bersama geng GGCC

Ini sneak peek picnic kami. Oh sungguh heaven bila adikku ini cake chef. Macam2 kek dapat rasa dan pastinya hingga menjilat jari sedapnya. Walaupun saya seorang Working-At-Home-Mom peluang gathering begini memberi peluang untuk saya release kepenatan, recharge, enjoy dan turut menggembirakan anak-anak kerana mereka dapat bercuti dan berjumpa kawan-kawan juga. So, kenapa korang tak join Shaklee lagi ni?



Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056



Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE

Bersaing dengan tektik pasti menang

Bersaing memang mengujakan. Bila tiada cabaran atau persaingan rasa tak kick, tak feel dan kurang excitement. Namun, kita bukan sahaja boleh bersaing dengan kawan, adik beradik malah diri sendiri. Letak benchmark pencapaian lama dan push diri untuk capai target baru.



20140417-161402.jpg



Anak- anak saya sangat comel ok. Sangat suka bersaing. Nak masuk rumah pun nak masuk dulu dan jadi winner. Bila dah lambat, mula set new rule. Supaya diri tetap jadi pemenang. Ini kisah kami yang nak jadi pemenang masuk rumah. Yang Nazhan kata, 1 kaki dah menang, ibu kata 2 kaki baru menang, Iris pula guna tangan yang menang.



20140417-161530.jpg

Dalam bisnes pun, mesti kita nak menang dan berjaya. Guna macam-macam strategi & jangan stop untuk mencuba benda baru. Namun, batasannya adalah jangan melanggar rule Allah dan rule company. InsyaAllah kemenangan milik kita dan rezeki yang bakal dapat lebih berkat. Yang bestnya, kita tak set hanya seorang pemenang. Semua orang mendapat peluang dan berhak jadi pemenang! We need more winners!!!

Sebagai orang Islam kita ada senjata yang paling berguna iaitu DOA. Berusaha dengan disertai DOA dan tambah dengan amalan menjemput rezeki seperti DHUHA dan BERSEDEKAH. Itulah kunci kejayaan kami dalam bisnes Shaklee. Walaupun semakin hari semakin banyak persaingan, jalan non sense takkan kami guna. Kami sandarkan doa semoga hati kami tetap dan tidak alpa dengan ujian kesenangan dan kekayaan yang Allah beri. Bila berdoa, feel it then you get it.

Saya nak kongsikan peluang untuk menjemput rezeki dengan bersedekah ni yang saya dapat dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi Mini. Semoga bermanfaat.




tektik perniagaan dan senjata orang islam : jemput rezeki dengan bersedekah

jemput rezeki dengan bersedekah



iR Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

Breast Pad untuk apa?

Breast pad ni digunakan masa dalam tempoh penyusuan susu ibu. Bila anak lambat menyusu atau bila berjauhan dengan anak, sometimes susu dah keluar dengan sendiri. Untuk elak dari baju basah, haruslah ibu-ibu pakai breast pad. Dah macam essential untuk ibu yang menyusu terutama yang banyak susu.

Ibu - ibu juga boleh spare baju untuk kes kes emergency baju basah. Kadang-kadang terlupa pakai breast pad pun ada so biar ada baju spare siap dalam kereta terutama yang kerja opis. Untuk temperory boleh cover dengan tisu tebal-tebal pengganti breast pad.

Ibu baru ja restock breast pad yang dibeli di Little Whiz Setia Alam. Ada offer brand Bumble Bee. Less 50% atau di sesetengah kedai buy 1 free 1. Masa ibu pergi baru-baru terdengar seller tu cakap, next week iaitu 21/4/14 ada clearance sale.

So far ibu puas hati brand ni dan juga Pigeon. Siang malam memang kena pakai sentiasa. Alhamdulillah atas rezeki susu untuk Nuh Iman. Untuk pengetahuan, ibu dah mula berdiet. Ya ka? Haha!! Tak makan malam tapi makan awal @ minum petang. Selain tu ibu support juga emosi dan jasmani dengan vitamin Shaklee iaitu b complex, vitalea, vitamin c dan ostematrix. Untuk bagi kenyang cinch shake mix coklat mix dengan ESP sebagai meal replacement dinner tu. Susu so far so good. Alhamdulillah. Ramai juga tegur dah kurus. Kuang kuang kuang.. Acah ja.. Suami tak perasan pun. Kawan - kawan ja.

So next week jangan lupa p shopping di Little Whiz online dan offline.

Kisah ketaq lutut.. Woodlands itu singapura.

Ibu memang suka holiday dan pamper myself. Abah, kalau nak bagi hadiah apa untuk ibu bawalah holiday atau belanja spa ya. Lamanya tak pergi.. Siapa nak buka spa, jangan lupa untuk buat kids friendly ok. Ini demand untuk working from hom mom macam ibu. Seminggu selepas cuti sekolah kami ke Johor Bahru ikut abah lawat kapal. Jadilah short family vacation di samping tu ibu ambil peluang juga untuk dating dan coaching Shaklee dengan anak (downlines) di Johor.



Kami bergerak ke Johor, pagi Sabtu. Lepas Subuh dah siap2 dan tapau breakfast sebab ibu akan suap abah :D dan keluar dari Bandar Bukit Raja dalam pukul 8 pagi. Alhamdulillah, sampai Johor Premium Outlet pukul 10.45, first pit stop. Tujuan singgah nak ushar hadiah untuk anak - anak Shaklee juga. Bulan lepas buat cabaran untuk anak - anak dan janjikan reward hand bag Bonia. Itu ja dulu. Nak yang lagi awesome, kenalah performance pun super awesome.



[caption id="attachment_29" align="aligncenter" width="225"]shopping saran di johor premium outlet Shopping at Jpo[/caption]



Kami gerak keluar dari JPO pukul 12 + dan check in di hotel pukul 1. Pukul 2 abah dah start meeting di Port Tanjung Pelepas. Ibu plan nak jumpa anak Shaklee petang lepas Asar, namanya Eliy. Eliy pun nak spend masa dengan family dulu. Johor Ahad sekolah so Sabtu last cuti. So lepas dia dah berjimba dengan family, pukul 6 baru nak dating. Kami keluar dari hotel pukul 5. Kami bermaksud ibu dan my 3 babies.



Kami nak ke Jusco Skudai, setengah jam perjalanan. Ibu gunakan bantuan WAZE. Namuuunnnnnn.... ada jalan yang waze tak update lagi. So, jalan dari Hotel Renaissance ke Jusco Skudai tu korang kena aware ya. Last2 ibu terlepas ke jalan nak ke Singapore. Untuk perhatian lagi, Woodlands adalah Singapore bukan Johor atau Tanah Kayu ya. Adoilahh. Singapore yang ibu tau Temasik, Jurong, Changi dan Walt Disney ja. Kenapalah signboard tak letak 'Singapore' ja.. So ibu dan gelabah tahap dewa sebab tak nampak jalan U-Turn. Kalau ada prepare passport memang ibu p Singapore terus dah.



[caption id="attachment_30" align="aligncenter" width="300"]kastam johor tengah ketaq lutut[/caption]



Untuk yang tiada passport dan nak U-turn ke Johor dari kastam, korang kena parking tepi dan ke office yang berada di tengah2 lanes yang sesak, bawa mykad dan ingat no plat kereta. Ibu pula kena melintas dengan bawa 3 anak kecil. Perasaan time haru biru tapi maintain cool. At least bahasa bukan barrier. Kalau jadi mcm ni kat Arab or Siam lagi haru. Lepas dapat pelepasan dari office Imegresen, kena follow arahan nak ke mana. Jangan terlepas melintas jambatan pula. Ada gate lagi satu untuk U-turn, abang kastam jaga. Akhirnya selepas cabaran ala-ala Amazing Race tu, kami selamat tiba di Jusco Skudai dengan selamatnya dan jumpa my anak Shaklee.



iR Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

US aku datang!

Tahun lepas ibu dapat ke Paris untuk international trip hasil dari kerja keras bersama #Shaklee. Namun, kita merancang Allah menentukan. Rezeki mengandung pula time tu.. Date utk pergi dekat sangat dengan due date. Maka ibu convert tiket ke domestik trip.

Tahun ni Alhamdulillah ibu dapat tiket ke US. Sekarang ni tengah Q utk renew pasport di imegresen PKNS, Shah Alam. Laju juga kaunter dia walaupun datang pukul 10. Kejap lg dah turn ni. Nak make up2 sat. Seperti biasa Baby Nuh Iman temankan ibu sentiasa.

[caption id="" align="aligncenter" width="225"]20140415-103903.jpg Baby Nuh Iman di Imegresen Shah Alam[/caption]

Kalau kita serius buat sesuatu, segalanya tak mustahil! Kini melancong obersea jadi yearly event.

Super Ibu,

Ida Khairani

Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE

Teknik percussion dan steaming bantu bayi keluarkan kahak dan hingusboleh dilakukan di rumah

Ida nak kongsikan tip yang Ida dah cuba dan tulis di blog peribadi, ceriterakami.blogspot.com. Teknik steaming dan percussion yang bertujuan untuk membantu keluarkan kahak dan hingus anak kecil kita. Baby atau budak bawah setahun selalunya belum reti nak keluarkan hingus ni.. Akibatnya, mereka lebih senang selsema, sesak nafas dan hidung tersumbat. Jadi, keadah stim dan teknik tepuk percussion ni bolehlah mak ayah buat di rumah..



Baca ya catatan dari blog peribadi Ida ni.



...kahak dan hingus boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia. Bronkitis terjadi bila mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Jadinya ruang udara menjadi kecil dan boleh akibatkan batuk.





Selalunya bayikan tak pandai nak keluarkan kahak dan hingus. Jadi bila anak-anak ada masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, selsema, pernafasan berbunyi atau wheezing, ibu bapa akan pergi ke klinik untuk menggunakan nebulizer yang membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna alat untuk menyedut keluar kahak dan hingus. Di rumah juga kita boleh buat konsep dan tujuan yang sama, cuma guna alatan apa yang ada.
Untuk Nuh Iman, ibu gunakan kaedah stim (wap air) dan percussion (teknik tepuk). Untuk steaming, ada beberapa cara. Ibu guna besen yang berisi air panas dan ibu hancurkan tablet garlic Shaklee untuk kesan antibiotik pada wap air.











Besen berisi air panas dan tablet garlic untuk kaedah steaming keluarkan kahak bayi
Besen berisi air panas dan tablet garlic





Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan

-food warmer

-bottle sterilizer

-periuk nasi elektrik

-on shower air panas dan bila bilik air dan berwap, masuk bersama bayi selama 15 minit

-besen berisi air panas



Tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti

- tablet bawang putih 'Garlic Complex Shaklee' yang dihancurkan

- minyak bawang putih

- bawang putih yang diketuk

- habatus sauda











Stim keluarkan kahak: Posisi bayi
Posisi condong bayi semasa steaming



Macam mana posisi bayi untuk steaming ni?



Baringkan bayi mengadap wap air.. Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki  bayi dan kaki biar lurus. Kalau nak cover dengan selimut lagi bagus tapi baby memang meggelupurlah. Bagi kena wap air tu ke muka bayi.. Stay selama 10-15 minit. Time ni baby memang akan nangis kow-kow dan muka merah.. Parents kena tabah sikitlah.. Kita nak diorang getting better kan.. Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit seperti fungsi nebulizer.













Cupping : Keadaan tangan semasa tepuk bayi
Cupping





Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak-kahak. Boleh dilakukan selepas steaming tapi ibu buat semasa steaming juga.. Sambil Nuh Iman meniarap, Ibu tepuk2 belakang Nuh Iman. Bukan direct tulang belakang tapi sebelah kiri dan kanan dan tangan dalam keadaan cupping iaitu melengkung di tengah. Jika nak buat selepas steaming, boleh alas perut bayi dengan bantal juga semasa percussion dilakukan.













Steam dan percussion bantu kahak dan hingus keluar
Hingus dan kahak yang keluar





Hingus dan kahak akan keluar sambil bayi menangis. Nuh Iman memang nangislah... Lagi baby nangis, lagi banyak hingus dikeluarkan. . Kalau keadaan bayi anda lebih serius, boleh buat lebih lama. Macam Nuh Iman, saya buat tak lama sangat dalam 10-15 minit dan hingus yang keluar warna putih sahaja.. Selepas proses steaming dan percussion, ibu follow up dengan nasal aspirator..sedut saki baki yang tinggal..















Nasal Aspirator untuk sedut hingus
Nasal Aspirator untuk sedut hingus

Finally, kenalah bagi upah susu hasil kerjasama Nuh Iman... Sayang anak ibu. Selepas 2 hari teknik ni dibuat, bunyi wheezing Nuh Iman hanya kadang2 ja dengar dan malam semasa menyusu pun dah tak berbunyi. Tidur lebih lena.. Suka ibu.. Kalau anak-anak yang lebih serius sakitnya, teknik ni boleh dibuat 1-2 kali dalam sehari..











Susu ibu yang menenangkan
Best buddy







Semoga bermanfaat ;)

iR Ida Khairani

Anak Anugerah Untuk Ibu

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

 

 

Bagaimana ESP membantu ibu menyusu lain, ESP Shaklee turut memberi manfaat buat ibu dan Nuh Iman

Ya..hari tu ada janji nak sambung cerita Nuh Iman.. ni ibu nak sambung lagi.. pengalaman yang unik setiap anak kena ditulis kalau tak terlupa sedikit sebanyak. Ada satu tip tu kan.. katanya, create email untuk setiap anak dan send email padanya sejak dari kecil. Bila dia dah pandai membaca, semua ada dalam email tu.. my story.. bestkan.. Nak buat nak buat..



Kali ni, ibu share pengalaman ibu dengan Nuh Iman pada hari-hari awal Nuh Iman ke dunia. Catatan asal dari Mysupervitamin website.





Semua orang tahu, kolustrum.. iaitu susu awal tak banyak.. Sikit sangat.. tapi yg sikit tulah cukup lengkap, powerful dan memadai utk perut newborn yg tersangat kecil. Jika mereka nangis, mungkin kerana masih nak sesuaikan diri dengan dunia baru seperti dah tak boleh nak berenang-renang mcm dlm rahim ibu dan suhu persekitaran yang berbeza..dah tak cozy macam dalam rahim ibu.. So kita just tenangkan mereka, hug, bengkungkan dan teruskan menyusu on demand basis.. Pasti, ia akan menenangkan mereka.



Namun, bila anak kita di NICU atau nursery hospital, kadang2 ada perkara yg diluar bidang kuasa.. Tahu-tahu.. Nurse top up dengan susu sebab anak kita menangis. Itulah pengalaman dengan Nuh Iman.




Nuh Iman dilahirkan pada pukul 9 malam secara normal, smooth dan dirahmati Allah..Alhamdulillah. Ibu pun boleh breastfeeding sebaik sahaja Nuh Iman lahir dan bermalam dengan Nuh Iman di labour room kerana wad penuh. Sepanjang di labour room, ibu memang bagi susu on demand. Alhamdulillah..pengalaman lepas menyusu Nazhan dan Iris banyak menyenangkan proses penyusuan dan bonding ni.




overnight 1st bonding dengan bayi
Overnight dengan ibu pada malam pertama di dunia. Best sangat..




Esoknya, dalam pukul 12-3 pm mungkin, nurse beritahu tak boleh discharge lagi sebab nak tunggu doktor check Nuh Iman, kerana cara Iman bernafas lain. Biasanya kalau kita bernafas, dada naik turunkan.. Nuh Iman, sampai otot di atas perut nampak turun naik..dan pernafasan agak laju. Bila doktor datang dan cerita, Abah tak ada time ni.. Ibu menenangkan diri sahaja. Bila cerita balik pada abah, menangis teresak-esak. Pengalaman pertama kali anak kena tahan nii.. Selalu sehari dah keluar..




Short cut,  Nuh Iman kena masuk NICU untuk monitoring dan ada facility untuk beri oksigen support dan monitor oksigen intake dan rate pernafasan. Then doktor tak bagi direct breastfeed sebab nak bagi antibiotic dan drip glukos serta bantuan oksigen. Darah diambil untuk cek jangkitan kuman. Semuanya adalah langkah berjaga-jaga tanpa sebarang pengesahan yang Nuh Iman ada masalah pernafasan. Ibu asyik tanya doktor, kalau dia sihat, tak apa ka beri antibiotik ni. Jawapannya, "Selamat dan kalau kita tunggu result baru nak bagi antibiotik nanti kuman merebak so lagi serius." So sad.. ibu tak suka dengan antibiotik sebenarnya kerana ia boleh mengganggu sistem pertahanan normal kita.




pengalaman anak di NICU
2nd night.. Iman tidur sorang-sorang :(


Ok, malam tu, Iman tidur sorang2 di NICU. Ibu abah teman sampai pukul 10 lebih. Esoknya, doktor cakap, rate pernafasan Nuh Iman improve. The good news ever, ibu boleh breasfeeding direct. Ibu pun menyusukan Iman dengan wayar2 yang masih berselirat itu. Bila Iman dah lena, ibu letak balik dalam incubator dan Iman terjaga dan nangis.. Ibu ambil dan breastfeed balik.. Bila settle, letak nangis lagi.. Bila nurse datang, anggapannya susu tak cukuplah. Short cut sungguh. Bila ibu pergi dan dan datang balik beberapa jam kemudian, nurse cakap dia top up susu.. Sukalah hati dia bila baby diam.. Huhu.. Frust sangat time ni..so ibu nekad nak tambahkan susu supaya nurse tak akan top up lagi.




teruskan penyusuan walaupun NICU
Kembali merasai nikmat susu ibu selepas beberapa jam ditahan


So, ibu terus pesankan abah bawakan ESP ke hospital. Alhamdulillah, ibu hanya minum sekali ja ESP  susu kolustrum dah mulai banyak..Ini kira belum sampai 48 jam kelahiran Iman. Susu memang meriah sangat.. both B bengkak..  Petang tu, Iman dah keluar dari incubator sebab rate pernafasan dah normal. Syukur.. Masa dalam incubator ibu dengan abah zikir dengan nada perlahan supaya Iman dapat follow dan bertenang..  lepas menyusu Iman dan dia lena, ibu akan pump di nursing room yang disediakan dan dapat dapat 2-4 oz kolustrum untuk 1 sesi. Bilik pun selesa.. Bila ibu selesa, lagi meriahlah susukan. Syukur sangat kerana Allah permudahkan rezeki susu buat Nuh Iman. Ibu doa, ibu-ibu lain pun dimurahkan rezeki susu buat anak-anak mereka.






ESP membantu banyakkan susu ibu
Hari terakhir di hospital sebelum discharge


Iman tak dapat discharge lagi sehinggalah keputusan darah keluar. So, dari hari Rabu Iman lahir, Khamis 1st day antibiotik sampailah Ahad result keluar NEGATIF. Iman sihat-sihat ja. Tak ada kuman pada paru-paru dan darah.. Mungkin Iman bernafas laju sebab saluran pernafasan agak kecil dan still nak adapt. Apa pun..Ibu & abah bersyukur sangat.. Pengalama yang sangat sayu buat ibu bapa bila anak kena tahan di wad dan kenangan yang sangat berharga buat kami. Kini kami lebih mengerti apa yang ibu bapa lain rasa bila anak sakit. Kami yang hanya suspected ni pun bagai nak luruh jantung.. apa lagi mereka. Dah balik, Iman pun tak kena kuning.. Susu masih banyak sehingga ke hari ini dan Iman dah 6 kg di usia 2 bulan dan sihat walafiat. Tq ya Allah.








Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor

ID 846056



Semalam di Hotel baru Pullman Bangsar


Sebelum ibu bersalinkan Nuh Iman, kami sempat bermalam sehari di Pullman, Bangsar. Sebenarnya kami nak balik kampung sempena cuti sekolah bulan 12 dan kali terakhir sebelum bersalin. Namun, kerja rumah tak habis-habis.. Asyik tertangguh-tangguh nak balik kampung. Last2, kami pack baju ala-ala, terus keluar ke Mid Valley. On the way tu, survey hotel area Bangsar yang nak overnight. Kekeke.. Selepas berjalan dan survey stroller di Mid Valley, kami decide stay Hotel Pullman baru ni.. Awesome jugalah.. Tengok gambar ya..

Bath tub yang anggun




Specialnya..ada payung, alas untuk bersenam (yoga mat) dan dumbbell


Boss :D


Lobby

Swimming Pool
Nazhan salah faham ingat ibu pernah kerja di sini. Dok puji kata bestnya tempat kerja ibu (bilik hotel tu) Di sebelah tu ada TM ya..TM Annexe kot, sebelah Menara rebung TM. Lupa dah.. orang yang kerja TM, boleh ushar orang mandi swimming pool ni tau. Huhu.. So, ibu pun tak bolehlah buang tabiat mandi swimming pool sekali. Malu maakk..

Komen untuk Pullman .. kami p tu belum opening pun, special rate time tu. Kelupaan berapa,  RM298 maybe. Makanan dan tempat makan best..cuma tak banyak choice sangat masa tu mungkin sebab still baru-baru. Layanan best, bilik sangat best, swimming pool unik. That's all.



Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Cara keluarkan kahak dan hingus bayi di rumah dengan kaedah steaming dan tepuk percussion

Beberapa bulan lepas, group whatapps geng sekolah ibu 'soksek' sembang pasal anak2 tak sihat, kena neb, warded.. ibu hanya mampu baca dan bersimpati dengan anak2 ni... ibu bekerja kenalah ambil cuti menjaga anak-anak yang sakit. Syukurlah anak2 ibu jarang sakit dan ibu pun ada ja di rumah kalau mereka sakit tak perlu mengambil cuti.. Alhamdulillah, Allah izinkan ibu cari rezeki dari rumah sambil jaga anak2 sendiri.

Rupanya ilmu yang dikongsikan mereka, akan ibu gunakan pula untuk Nuh Iman. Abah pun ada share link untuk dibaca. Nuh Iman ni sejak lahir memang tak berhingus dan tak selsema. Namun bila MALAM SEMASA MENYUSU, nafasnya berbunyi SERAK, WHEEZY..Macam banyak kahak dan hidung tersumbat tapi masih boleh bernafas semasa menyusu. Lepas menyusu dan ok, tidur dah tak bunyi. Kadang-kadang ja la selepas menyusu, tak selesa nak tidur balik dan kena tidur meniarap baru lena. Lepas seketika, ibu akan pusing bagi tidur terlentang atau mengiring.


Menurut member ibu, anaknya pun mengalami simptom sama. Dia bawa jumpa Dr. Nadir di Klinik Wangsa. Dr. Nadir ni memang glamur juga di kalangan parents yang ada anak mengalami masalah pernafasan. Teori doktor selepas member ibu cerita keadaan anaknya adalah maybe kahak dah mampat. Macam dalam botol berisi kacang yang mampat, kita goncang tak akan berbunyi. Lepas guna nebulizer dan sedut dengan getah, banyak juga kahak keluar...


So hari ni, ibu buatkan teknik stim dan percussion untuk mencairkan kahak Nuh Iman jika ada. Risaukan sekarang ni banyak bayi yang meninggal dalam tidur, mungkin mengalami kesukaran bernafas semasa mereka tidur dan kita tak sedar. Lagipun kahak dan hingus boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia. Bronkitis terjadi bila mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Jadinya ruang udara menjadi kecil dan boleh akibatkan batuk.


Selalunya bayikan tak pandai nak keluarkan kahak dan hingus. Jadi bila anak-anak ada masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, selsema, pernafasan berbunyi atau wheezing, ibu bapa akan pergi ke klinik untuk menggunakan nebulizer yang membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna alat untuk menyedut keluar kahak dan hingus. Di rumah juga kita boleh buat konsep dan tujuan yang sama, cuma guna alatan apa yang ada.



Untuk Nuh Iman, ibu gunakan kaedah stim (wap air) dan percussion (teknik tepuk). Untuk steaming, ada beberapa cara. Ibu guna besen yang berisi air panas dan ibu hancurkan tablet garlic Shaklee untuk kesan antibiotik pada wap air.

Besen berisi air panas dan tablet garlic untuk kaedah steaming keluarkan kahak bayi
Besen berisi air panas dan tablet garlic


Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
-food warmer
-bottle sterilizer
-periuk nasi elektrik
-on shower air panas dan bila bilik air dan berwap, masuk bersama bayi selama 15 minit
-besen berisi air panas

Tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti
- tablet bawang putih 'Garlic Complex Shaklee' yang dihancurkan
- minyak bawang putih
- bawang putih yang diketuk
- habatus sauda

Stim keluarkan kahak: Posisi bayi
Posisi condong bayi semasa steaming

Macam mana posisi bayi untuk steaming ni?

Baringkan bayi mengadap wap air.. Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki  bayi dan kaki biar lurus. Kalau nak cover dengan selimut lagi bagus tapi baby memang meggelupurlah. Bagi kena wap air tu ke muka bayi.. Stay selama 10-15 minit. Time ni baby memang akan nangis kow-kow dan muka merah.. Parents kena tabah sikitlah.. Kita nak diorang getting better kan.. Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit seperti fungsi nebulizer.


Cupping : Keadaan tangan semasa tepuk bayi
Cupping


Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak-kahak. Boleh dilakukan selepas steaming tapi ibu buat semasa steaming juga.. Sambil Nuh Iman meniarap, Ibu tepuk2 belakang Nuh Iman. Bukan direct tulang belakang tapi sebelah kiri dan kanan dan tangan dalam keadaan cupping iaitu melengkung di tengah. Jika nak buat selepas steaming, boleh alas perut bayi dengan bantal juga semasa percussion dilakukan.


Steam dan percussion bantu kahak dan hingus keluar
Hingus dan kahak yang keluar


Hingus dan kahak akan keluar sambil bayi menangis. Nuh Iman memang nangislah... Lagi baby nangis, lagi banyak hingus dikeluarkan. . Kalau keadaan bayi anda lebih serius, boleh buat lebih lama. Macam Nuh Iman, saya buat tak lama sangat dalam 10-15 minit dan hingus yang keluar warna putih sahaja.. Selepas proses steaming dan percussion, ibu follow up dengan nasal aspirator..sedut saki baki yang tinggal..

Nasal Aspirator

Nasal Aspirator untuk sedut hingus
Nasal Aspirator untuk sedut hingus


Finally, kenalah bagi upah susu hasil kerjasama Nuh Iman... Sayang anak ibu. Selepas 2 hari teknik ni dibuat, bunyi wheezing Nuh Iman hanya kadang2 ja dengar dan malam semasa menyusu pun dah tak berbunyi. Tidur lebih lena.. Suka ibu.. Kalau anak-anak yang lebih serius sakitnya, teknik ni boleh dibuat 1-2 kali dalam sehari..

Susu ibu yang menenangkan
Best buddy


Untuk video, boleh rujuk entry Video Fisio Untuk Batuk Berkahak di Hospital
Semoga bermanfaat ;)


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com