Kenapa perempuan suka sangat join Shaklee

9:29 AM ida ahmad 1 Comments

Sabtu lepas ada Master Celebration Wan Fatihanum dan Azrin di Hotel Pullman, Putrajaya. Ini adik beradik Shaklee saya, sama-sama #iReach, under Master Lyna. InsyaAllah master celebration saya tak lama lagi. 2 more steps to go! Tahun bila entah pernah datang buat photo shoot di area Pullman. Kan ada small beach gitu, untuk anak-anak main pasir. Time tu saya cun melecun lagi.. Huahuahua :)).. Sekarang dah makcik2 ni. Adoi.. takpa..nanti time master celebration saya, kita kasi gaya pengantin baru sekali wedding photoshoot.  Oh, berangan itu indah.
Shaklee Master Celebration Wan Fatihanum, Kak Ngah kami

Anum yang saya kenal sangat cool. Al kisahnya, beliau dapat push factor untuk betul2 fokus dengan Shaklee bila suatu peristiwa berlaku.. Standard mak2 kerja..balik mesti penatkan. Mak yang kerja dari rumah pun penat juga. Suatu hari, anaknya minta Anum untuk check message book. Anum pulak sebab penat sangat tangguh dulu. Sampailah dah nak tidur, baru anaknya remind lagi minta tengok message book. Rupanya keesokan hari cikgu pesan suruh bawa stokin putih. Tersentap la Anum.. Mana nak cari stokin putih malam2 buta. Rasa bersalah sangat menebal sebab tak tengok message book awal dan layankan rasa penat dan busy tadi. Sejak itu, Anum pun nekad untuk lebih fokus pada family dan buat betul2 bisnes Shaklee sampai boleh resign dan punya pilihan untuk uruskan keluarga dengan lebih baik. Inilah sebab Anum pilih Shaklee dan berubah 200%, bila adanya push factor yang kuat iaitu meletakkan kepentingan anak di tempat yang sepatutnya . Masa bersama anak tak boleh rewind ya. Tak menyesal ka resign?. Korang tau berapa bonus seorang Master Shaklee, paling lekeh rm50K atau rm50 000.
Master Celebration Azrin, sidelines in Shaklee



Azrin yang saya kenal tegas, selamba dan walk the talk. Beliau stay di Miri. Ha..jauh pun boleh jadi Master okey.  Di Miri tak ada branch tau dan harga sana lebih mahal dari Semenanjung. Sejak bulan lepas ja Shaklee standardise harga. Bertuah Alhamdulillah. Bukan ja jauh dari branch malah jauh dari suami. Suami Azrin kerja offshore. Sebab Azrin boleh pilih dan yakin dengan Shaklee adalah Azrin rasa kualiti time dengan anak dan suami sangat limit. Dengan anak hanya sejam sehari dan bila suaminya bercuti dari offshore, beliau still kena kerja so tak dapat spend time penuh bersama. Gigih tak gigih, dengan kuasa internet Azrin jadi Master dengan 95% anaknya adalah orang semenanjung. So, tak payahlah nak risau kalau upline jauh dari rumah ya. Coaching online setiap hari ada dan jika kita konsisten follow apa yang upline ajar, memang kita boleh berjaya cemerlang dan gemilang. Yang pasti kami melakukannya bersungguh-sungguh demi anak-anak.
keluarga shaklee

Sebab saya pilih Shaklee juga adalah untuk anak-anak. Saya hendak jadi role model mereka. Masa belajar kena score, sebagai ibu kena score, sebagai leader in Shaklee pun wajib score! Hari tu, saya ke Hotel Pullman, Putrajaya bersama 3 orang anak kesayangan. Suami saya out station tapi itu bukan bermakna saya perlu tersadai di rumah. Kakakaka!! Nak tersadai pun tak bolehlah.. tiap2 hari mahu at least 4 kali keluar masuk rumah hantar ambil anak sekolah. Perjalanan ke Pullman ambil amsa 45 minit. Baby Nuh Iman perlu dikenyangkan dahulu dan anak2 perlu disensasikan dengan cerita yang menarik untuk mereka tenang dan gembira sepanjang perjalanan. Kalau gaduh, terjerit-jerit tambah pula perjalanan dengan bantuan WAZE semata, harus tergugat emosi ibu. Alhamdulillah, kami selamat sampai juga dan bergembira dengan sidelines dan anak cucu Shaklee. Master Celebration macam reunion la bagi kami yang connect through internet pada kebanyakan waktu. Di sinilah kami akan beramah mesra dan sharing tip untuk majukan empayar masing2.
holiday di pullman putrajaya

Disebabkan esok saya ada picnic dengan adik beradik Shaklee saya, so saya overnight di Hotel Pullman. Booking di Agoda Online. Ini kali kedua saya stay hotel dengan anak2 sahaja. Eh kali ke-3. Masa 1st time, saya bawa sepupu temankan. Sekarang confident level dah tinggi untuk jaga anak2 sendiri. Ya ka?? Haha!! Alah bisa tegal biasa. Yang horror honeymoon saya kali ni, bila Iris tertinggal beg pack yang ada baju salin dia. Nak shopping di Alamanda rasa tak berapa confident. Pulak..tadi kata confident. Saya tak ke Alamanda untuk shopping memandangkan anak-anak dah letih termasuklah ibunya dan Alamanda yang happening itu menakutkan saya untuk handle anak2. Kang sorang tertidur on the way, sorang nak kencing, sorang nak main.. Baju tak beli2 lagi. Last2 saya mendapat ilham untuk recycle baju Nazhan ja untuk Iris. Kuang kuang kuang..



Picnic at Pullman Putrajaya bersama geng GGCC

Ini sneak peek picnic kami. Oh sungguh heaven bila adikku ini cake chef. Macam2 kek dapat rasa dan pastinya hingga menjilat jari sedapnya. Walaupun saya seorang Working-At-Home-Mom peluang gathering begini memberi peluang untuk saya release kepenatan, recharge, enjoy dan turut menggembirakan anak-anak kerana mereka dapat bercuti dan berjumpa kawan-kawan juga. So, kenapa korang tak join Shaklee lagi ni?



Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056



Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE

1 comments:

cheq eem said...

ramai orang perempuan suka join shaklee sbb shaklee ialah bisnes family... tak perlu tinggal anak-anak dekat rumah untuk buat bisnes, dan bila ada event anak-anak boleh join sekali... :)