Pelik Dengan Pemikiran Trump Terhadap Islam

10:30 AM ida ahmad 0 Comments

Sikap pembuli Donal Trump tak lama lagi akan memakan diri sendiri. Sejarah membuktikan Islam sangat tekankan akhlak mulia. Bila Islam berjaya tawan jajahan Rom dahulu, rakyat agama lain tak ditindas. So saya tak faham, kenapa ada orang yang berdendam sangat dengan orang Islam.

Mungkin kerana orang Islam sendiri yang gagal menjaga agama suci kita. Suka mencanang agama pada tempat yang salah. Atau mungkin juga ektremis dan orang jahat lain seronok menggunakan agama kita sebagai kambing hitam kerana tahu mereka akan terlepas.

Masanya untuk kita kembali memartabatkan agama kita. Menjadi orang yang boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan asing. Kembalikan kegemilangan Islam dengan ilmu dan peradaban bukan menggadaikan agama sendiri.

Jomlah doakan saudara seagama kita mendapat keadilan dan kemenangan.



----

WASHINGTON 2 Feb. - Selepas menandatangani pe­rintah eksekutif mengenai sekatan memasuki Amerika Syarikat (AS) membabitkan kumpulan negara Islam, Donald Trump terus menjadikan Islam sebagai mangsa ‘buli’ apabila pentadbirannya bercadang merombak dan menjenamakan semula program pembanterasan ideologi keganasan.

Program Membanteras Keganasan Ekstremis (CVE) yang sebelum ini memfokuskan kepada apa jua bentuk keganasan tanpa me­ngira latar belakang agama dan kaum itu akan ditukar kepada Program Membanteras Ekstremis Islam Radikal yang secara jelas memberikan tumpuan hanya kepada Islam.

Sumber memberitahu Reuters, melalui program baharu itu, kumpulan pelampau kulit putih yang turut melakukan serangan bom dan melepaskan tembakan di AS tidak lagi menjadi kumpulan sasaran.

Walau bagaimanapun, beberapa penyokong CVE melahirkan kebimbangan bahawa penjenamaan semula program tersebut akan menyulitkan usaha kerajaan be­kerjasama dengan penduduk Islam terutama selepas Presiden AS itu mengarahkan pelaksanaan larangan perjalanan sementara tersebut. Pengarah Dasar Majlis Hal Ehwal Awam Islam, Hoda Hawa berkata, pihaknya telah dimaklumkan pada minggu lalu me­ngenai desakan beberapa pihak dalam Jabatan Keselamatan Negara (DHS) agar CVE difokuskan semula daripada usaha membanteras semua ideologi keganasan kepada hanya pelampau Islam.

“Ini membimbangkan kami kerana mereka menyasarkan kumpulan agama dan menyenaraikan kumpulan ini di bawah kumpulan yang disyaki,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahkamah Persekutuan Los Angeles mengarahkan pentadbiran Trump membenarkan kumpulan pendatang dari tujuh negara berkenaan yang mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki AS.
Keputusan oleh Hakim Andre Birotte Jr. itu menyusul selepas keputusan yang sama dibuat hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di empat negeri yang turut mengehadkan pelaksanaan perintah eksekutif Trump itu.

Mahkamah Persekutuan Los Angeles memberi perincian terhadap penduduk negara-negara terlibat iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen yang berada di luar AS dan cuba memasuki negara ini namun keputusan itu tidak meliputi pelancong, penuntut atau ahli perniagaan yang tidak mempu­nyai visa pendatang.

Berdasarkan perintah sementara mahkamah itu, Birotte memerintahkan pegawai-pegawai AS dihalang daripada ‘memindah, menahan atau menghalang kemasukan plaintif (pendatang) atau mana-mana individu yang mempunyai visa pendatang sah’ yang tiba dari negara terlibat.

Dalam pada itu, Trump memberitahu akan mengkaji semula ‘perjanjian bodoh’ dengan Australia untuk menerima beratus-ratus pemohon suaka.
Menurut laporan Wa­shington Post, pemimpin AS itu dikatakan telah ‘memaki hamun’ Perdana Menteri Australia, Malcom Turnbull dan secara tiba-tiba menamatkan perbualan di telefon.

Trump menyifatkan perbualan antaranya dengan Turnbull adalah ‘yang terburuk setakat ini’.
Berhubung penghantaran ten­tera ke Mexico, kedua-dua kerajaan menafikan wujud laporan yang menyebut Trump akan menghantar pasukan tentera ke negara itu bagi menyelesaikan isu kartel dadah kerana pasukan tentera Mexico tidak melaksanakan tugas dengan baik.
Namun Mexico dan White House menafikan laporan itu.
Sementara itu, Senat AS me­ngesahkan bekas Ketua Eksekutif ExxonMobil, Rex Tillerson dilantik sebagai Setiausaha Negara AS yang baharu melalui 56 undian menyokong berbanding 43 undian menentang.

Tillerson, 64, sering dikritik anggota Demokrat yang memberi amaran pendekatan perniagaan dan kekurangan pengalamannya dalam pentadbiran akan menggugat kredibiliti AS di dunia.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan Florida memerintahkan kelab golf milik Trump membayar hampir AS$6 juta (RM26.6 juta) kepada bekas ah­linya yang menuntut pembayaran balik deposit masing-masing.

SUMBER

0 comments: