10 Tempat Menarik dan Aktiviti Best di Pulau Pangkor

1:17 PM ida ahmad 3 Comments

Mesti ramai yang plan bercuti cuti Malaysia cuti sekolah ni dan Pulau Pangkor antara destinasi menarik yang orang paling suka.

Banyak ka tempat best untuk melawat ? Berbaloi ka ke sana?
Pendapat saya, Pulau Pangkor adalah destinasi budget yang orang Malaysia mampu dan patut pi. Untuk ulang kali kedua dan seterusnya tu terpulang tapi yang tak pernah pi patut pi la.

Naik bot pun kejap ja 20 minit. Sehari ja dah boleh round 1 pulau dengan shopping sekali. Makanan dan barang pun tak mahal. Kalau malas nak angkut barang shopping, boleh ja beli di Lumut.

Ini peta untuk rujukan para pelancong ke Pulau Pangkor. Ada masa pergi dan balik ke Lumut-Pulau Pangkor juga senarai tempat menarik di Pulau Pangkor.

Di sana nanti boleh sewa van, kereta atau motor. Malas nak drive, naik teksi ja.

Peta serba guna di Pulau Pangkor


Tempat menarik di Pangkor tu korang boleh tengok lambang i : Must Visit.

1. Kota Belanda
2. Batu Bersurat
3. Kilang Satay dan Produk Laut
4. Foo Leng Kong Temple tu ada Tembok Besar China yang miniture.
5. Tempat buat kapal ( ushar gitu-gitu ja)
6. Waterfront temple tu.. boleh tengok dari atas bot.
7. Snorkeling di Pulau Giam
8. Makan - makan di Teluk Nipah.
9. Kalau naik bot ke Pulau Giam, first time bolehlah kalau nak tengok batu-batu yang kena hakisan dan membentuk seperti penyu, buaya dan etc. Untuk kali kedua ketiga, terus ja pergi snorkeling ! Jimat masa boleh berendam lama2.
10. Aktiviti sukan pantai boleh ja buat di Teluk Nipah.

Selamat bercuti dan melancong ke Pulau Pangkor. Untuk nak budget kos ke Pulau Pangkor, boleh baca entry ni.


Ida Khairani

www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com ( Pengedar Shaklee )
www.sarawakauthentc.blogspot.com ( Pengedar Tikar Sarawak )

3 comments:

Kedai makan mee udang best di Penang

8:28 PM ida ahmad 0 Comments

Setiap kali balik kampung, mesti cari mee udang dan chow kueh teow. Rasa kow dan tak dapat kat tempat lain. Banyak juga kedai mee udang di Seberang Perai tapi yang saya selalu mai yg ni.

"Ida Mee Udang Sungai Dua "

Mana kedainya? Dekat dengan highway Utara Selatan Exit Sungai Dua. Boleh cari di waze "Ida Mee Udang Sungai Dua".

Bila buka ?


Setiap hari buka dari 12.30 tengah hari ke 12 pagi tapi hari Selasa tutup. Kalau nak calling2 dulu 012-4142827.

Menu apa ada selain mee udang? Yang rasa baca dan tahu ada satay, nasi ayam dan banyak lagi jenis mee macam mee gorang, mee sup dan mee hailam. So bolehlah anak-anak pun ikut taste mereka sendiri. Ada pilihan lain kalau yang tak suka mee udang.

Ni dia mee udang IDA, saya punya.


Hangpa pernah tengok kicap dan air ni ?


Zaman kanak-kanak legen air dan kicap ni.. Sekarang boleh nikmatinya di Mee Udang Ida Sungai Dua.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau pasang niat nak jalan-jalan cari makan di Penang, singgah la makan mee udang di sini.

Jemputlah ya !!!! Bagitau saya kawan owner.. Kuang kuang kuang !!!



0 comments: