Pagi-pagi di Cameron Highlands memang sejuk. Malam pun sama. Selain dari itu, suhu biasa aja. Boleh pakai baju biasa saja. Sebenarnya, kalau tahan pagi dan malam pun tak payah pakai baju sejuk tapi ibu tak tahan. Haha!! Masa bercuti ni, ibu ja pakai baju sejuk. Hehe..
Kami bertolak dari Bandar Bukit Raja, hari Rabu. Sampai Cameron Highlands check in di Brinchang. Pertama kali sampai Brinchang. Happening juga. Ada pasar malam tapi tak membeli belah lagi. Masih awal. Hari Khamis ada pasar malam juga. So plan esok datang lagi. Malam Rabu kami buat berbeku di Apartment Agrohighlands. Rupanya nak api cepat besar, taruk planta sikit. Baru api besar. Sulingan..
Hari Khamis, lepas sarapan di apartment baru keluar jalan-jalan. Selalu kalau datang kami-kami ja dan stay hotel..memang over la makan. Buffet breakfast hotelkan. Apartment ni tak ada dapur, so tak boleh nak masak. Macam rajinkan.. So kami breakfast alas perut ja. Strawberry wajib. Cameron Highlands kan... Yummy gila!
Ladang Teh Boh
Lepas tu, kami gerak ke Ladang Boh. Ibu ingatkan semua orang datang mesti sampai di sini. Maklumlah dari sekolah rendah datang Cameron dengan rombongan pun, ada sesi kat atas ni. Rupanya keluarga pak mertua ku tak pernah sampai ke puncak ni.
Selain minum-minum di Ladang Teh Boh, kami melawat kilang teh juga. Ni 2nd time masuk. Dah berkarat dah ingatan dulu. So kita kasi fresh balik. Kali ni simple ja lawatannya sebab dah ada cermin.. Tengok 1 proses ke 1 proses dari luar cermin. Dulu.. zoom in depan mata.
Yang ni pertama kali. Dekat dengan Ladang Teh Boh ni, ada 1 lagi puncak bukit.. yang kita boleh hiking naik. Berjaya juga kami naik ke puncak. Nazhan naik paling laju dengan pakcik dia. Adakah ini bakat terpendamnya.. mendaki gunung??? :D
Bee Farm
Lepas dah settle, kami singgah di Bee Farm. Suamiku memang suka madu. Harap kutak dimadukan sudah. Alhamdulillah, Iman pun suka ja. Jadi satu keluarga tak ada yang alergik dengan madu. Cuma Nazhan tu 1 sudu oklah. Iman dan Iris boleh ulang2 makan. Mahal ni..
Dekat sini juga ada sedikit sayur, strawberry dan bunga. Sayur sawi dia jual RM10 - 1 kg tak salah.
Ladang Teh Bharaat @ Cameroon Valley Teh
Yang ni pertama kali juga singgah. Pak mertua suka teh limaunya. Kiranya stok di rumah tak pernah miss la. Asal ada ja orang ke Cameron Highlands dia akan pesan. Maknanya setiap kali kami ke rumahnya, memang dia hidang teh tu. Apsal selama ni aku tak perasan pun :p
Mengambil kesempatan untuk ke toiet, paling hebat adalah pemandangan ke luar toilet paling cantik aku pernah tengok. Sampaikan diorang buat open toilet ok. Pintu ada tapi kat dalam jamban tu open.. Ko kencing dan beraklah sambil menikmati kehijauan ladang teh. Jaga2 bila berdiri dan nak pakai seluar ya. Kena tunduk2 sikit.
Lunch di Brinchang
Selepas tu, kami cari kedai makan di Brinchang. Alhamdulillah jumpa kedai makan dan makanannya sangatlah marvelous. Semua tip top termasuklah harganya. :D Tak ada gambar, makanan sampai terus ngap.
Lepas lunch kami balik apartment... Then abah dan Iris keluar cuci kereta. Kami ke Cameron Highlands dengan kereta ya.. malu la pada pak mertua yang sangat menjaga kereta. :D. Kuang kuang kuang.
Ibu plan nak keluar lewat petang untuk ke pasar malam tu. Dekat ja 5 minit ja jaraknya. Plan tak bawak anak sebab banyak cobaannya nanti. Kang serba serbi berkenan. Cukuplah ibu ja tergoda. Abah pun pergi juga ke Pasar Malam cari keychain. Ingatkan ada beli bunga untukku tapi berangan ja la.. Padahal dah bagi hint dah tau.
Pasar Malam Brinchang
Macam-macam ada.. bunga, sayur, buah, teh, t-shirt, keychain antara hot items yang banyak gerai jual. Niat nak cari sambal strawberry tapi tak jumpa. Ibu beli sayur, fridge magnet dan sepokok bunga yang entahlah berapa lama boleh tahan. Kundapan beli ubi dan jagung rebus.. Sedap2. Strawberry abah dah beli. Harga strawberry boleh dapat 2 kg = RM20. Gitu-gitulah.. Murah? Tengah musim rasanya.
Dinner di Food Court Brinchang
Malam ni kami keluar dinner. Ibu order jus strawberry dan nasi goreng ikan masin. Jus SEDAP tapi nasi so-so ja.! Airnya lainlah dari yang kita order di kedai makan sini an. Itu guna flavour and berapa ketul strawberry ja kot jika ada. Ni memang rasa umph la. Ibu memang tak lekat di meja makan tu menunggu sebab sempat merayap lagi. Ada banyak gerai juga. Ibu beli t-shirt Cameron Highlands buat kami anak beranak. Murahlah.. RM15-20 untuk kain cotton yang sangat sedap.
Kedai Mamak
Esoknya, kami breakfast di Restoran Nasi Kandar sebelum bergerak pulak. Dah check out siap2. Kami nak balik ke utara jadi akan ke arah Ipoh, exit apa tah sebelum Ipoh. Roti canai dia sedap. Bertambah-tambah jugalah handirin sekalian ni order. Ibu share maggi goreng dengan Nuh Iman ja.
Banyak gila one two stop shopping
Sepanjang jalan turun dari Brinchang ke arah utara, banyak sangat kedai dan stall yang jual strawberry, bunga dan kaktus. Kalau nak banding harga bunga dan kaktus, harga sini lagi murah berbanding pasar malam. Strawberry tak pasti sebab tempat yang kami singgah banyak jual bunga dan kaktus ja. Gerai2 sepanjang jalan lain ada jual bantal dan stawberry juga tapi kami tak singgah. Jalan turun ni agak jem masa tu. Taktau la standard memang macam tu sebab banyak gerai tepi jalan or ada something hari tu.
Aku sukalah short vacation di Cameron Highlands ni. Cuaca dia best, nyaman dan tenang ja. Makanan pun best. Part yang tak best adalah perjalanan naik dan turun. Kalau ada heli or kabel car menarik juga. Berani ka nak naik tu? :D
Selamat Bercuti!
0 comments:
Post a Comment