Kesudahan selepas penat asyik bertukar cermin mata
Sebenarnya ibu dah lupa sejak bila ibu pakai spek. Yang pasti, masa masuk form 1 belum. Masa form 5 sudah. Study hebat sangatlahkan. Huahuahua :)).. Rajin sangatkah study zaman dulu tu. Kalau nak ingat- ingat balik zaman sekolah dulu, waktu study memang banyak diperuntukkan. Petang di kelas..cukup cahaya.. Malam di dewan makan..cukup cahaya juga. Untuk pelajar tahun peperiksaan, PMR dan SPM, ada study room..cukup cahaya juga.. Yang tak cukup cahaya, bila tak sempat nak study habis sebelum exam.. Mulalah menumpang lampu koridor di waktu tengah2 malam bila sudah 'light off'.Selain dari tu, orang kata punca pakai spek ni, sebab suka study sambil baring. Ya ka?.... Kalau nak tau pakai spek dari form berapa, kena godek balik album lama-lama...sat nak p cari dari facebook.. Hoho..jumpa pulak tu.. Gambar form 2 pun dah pakai spek. So rasa sama ada form 1 atau form 2 dah mula pakai spek. Ohh..rajinnyaku study ! B-)
[caption id="attachment_981" align="aligncenter" width="604"] Teka mana satu saya?[/caption]
Lama-lama bila rasa x berapa nak cun pakai spek, dah mula berjinak-jinak pakai contact lens. Masa tu dah lepas sekolah menengah. Kira hard core contact lens user la juga. Pakai pun dah terlebih 8 jam. Bila anak dah masuk 2 orang...kemalasan dah timbul. So dah kembali jadi hard core pemakai cermin mata.. Hinggalah, asyik bertukar spek ja sebab cermin asyik bercalar.
Kenapa cermin mata asyik bercalar? Sebabnya, hidung ibu ni tak cukup tinggi untuk jarakkan spek dan bulu mata pula panjang.. Jadi bulu matalah yang sering mencalarkan cermin hingga hilang coated yang tak bagi silau tu. Selalu orang buat spek high index sebab tak nak ada pantulan cahaya ni macam dalam gambar kat bawah ni tapi cermin mata ibu selalu tak kekal lama macam sebelah kanan. Lepas bercalar, dah jadi macam kiri tu. Frust la kan.. Kurang cunlahkan bila bergambar.
Apa solusinya????? Bila complaint di facebook suatu masa dahulu, orang cadangkan 'Lasik laaaa... ' Oh apakah lasik tu? Baru nak berkenalan.. Baru nak fikir akan option tu... Perlukah? Patutkah??
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
013 488 2382
0 comments:
Post a Comment