5 Tip Mudah Hidangan Sihat untuk Anak

8:01 PM ida ahmad 0 Comments

Pemakanan yang seimbang dan lengkap membantu anak kita membesar dan belajar dengan berkesan. Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaikkan atau sekurang-kurangnya berusaha ke arah itu. Resepi yang sihat lagi berkhasiat membantu mencegah anak kita dari obesiti dan penyakit berkaitan dengan berat badan.


Di bawah adalah panduan yang boleh membantu ibu-ibu dalam memberikan zat makanan sempurna kepada anak-anak.




1. Sediakan 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari. Hmm.. Kalau ibu x berapa nak rajin, letak dalam peti ais dan senang dilihat. Jadi, anak kita sendiri baru minta sendiri atau yang perlu dipotong bolehlah kita sediakan bila ada tukang minta.

2. Pilihlah sumber protein yang sihat, misalnya dari daging tanpa lemak, kekacang dan telur. Anak kecil biasanya suka sangat makan telur. Tak susahkan nak rebus telus? Kalau goreng, pastikan hanya sedikit saja minyak.

3. Hidangkan bijirin penuh kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi. Cuba cari yang tak manis.

4. Rebus, bakar atau steam makanan, kurangkan menggoreng. Sebenarnya steam lagi mudah, xperlu nak tunggu dan jaga seperti menggoreng. Saya sangat suka rebus dan stim makanan dengan pemanggang ajaib. Multipurpise sungguh. Jangan lupa set alarm supaya air tak kering dan kita refill balik air jika masakan belum empuk dan cukup masak.



Ikan Bakar sempoi

5. Hadkan atau lebih baik elakkan makanan segera dan makanan rapu. Apa kata ambil buah, jus, susu coklat dan roti untuk snack time.



Sebaiknya ibu mengambil tahu dan mempelajari tentang keperluan nutrisi anak-anak. Sesetengah nutrien bertambah keperluannya mengikut umur anak, misalnya kalsium dan zat besi.

Di zaman serba serbi tercemar ini, saya bekalkan anak-anak dengan Meal Shakes Shaklee untuk tampung jika ada kekurangan. Berikan anak-anak anda Meal Shakes bagi membantu mereka memenuhi keperluan nutrien.

Resepi kegemaran yang mudah dan anak-anak saya suka adalah sotong rebus dengan serai dan asam keping, nasi ayam, telur rebus atau telur dadar. Ini makanan kegemaran, menu lain pun diorang makan juga cuma yang si abang tak makan pedas langsung. Adik lebih adventure. Kalau pedas-pedas sikit dia minum air ja.

Masakan steam jadi pilihan saya bukan saja mudah tapi sebab rasanya yang lebih lazat dan mengekalkan nutrisi asal dengan lebih banyak.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

0 comments: