5 Tip Mudah Hidangan Sihat untuk Anak

8:01 PM ida ahmad 0 Comments

Pemakanan yang seimbang dan lengkap membantu anak kita membesar dan belajar dengan berkesan. Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaikkan atau sekurang-kurangnya berusaha ke arah itu. Resepi yang sihat lagi berkhasiat membantu mencegah anak kita dari obesiti dan penyakit berkaitan dengan berat badan.


Di bawah adalah panduan yang boleh membantu ibu-ibu dalam memberikan zat makanan sempurna kepada anak-anak.




1. Sediakan 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari. Hmm.. Kalau ibu x berapa nak rajin, letak dalam peti ais dan senang dilihat. Jadi, anak kita sendiri baru minta sendiri atau yang perlu dipotong bolehlah kita sediakan bila ada tukang minta.

2. Pilihlah sumber protein yang sihat, misalnya dari daging tanpa lemak, kekacang dan telur. Anak kecil biasanya suka sangat makan telur. Tak susahkan nak rebus telus? Kalau goreng, pastikan hanya sedikit saja minyak.

3. Hidangkan bijirin penuh kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi. Cuba cari yang tak manis.

4. Rebus, bakar atau steam makanan, kurangkan menggoreng. Sebenarnya steam lagi mudah, xperlu nak tunggu dan jaga seperti menggoreng. Saya sangat suka rebus dan stim makanan dengan pemanggang ajaib. Multipurpise sungguh. Jangan lupa set alarm supaya air tak kering dan kita refill balik air jika masakan belum empuk dan cukup masak.



Ikan Bakar sempoi

5. Hadkan atau lebih baik elakkan makanan segera dan makanan rapu. Apa kata ambil buah, jus, susu coklat dan roti untuk snack time.



Sebaiknya ibu mengambil tahu dan mempelajari tentang keperluan nutrisi anak-anak. Sesetengah nutrien bertambah keperluannya mengikut umur anak, misalnya kalsium dan zat besi.

Di zaman serba serbi tercemar ini, saya bekalkan anak-anak dengan Meal Shakes Shaklee untuk tampung jika ada kekurangan. Berikan anak-anak anda Meal Shakes bagi membantu mereka memenuhi keperluan nutrien.

Resepi kegemaran yang mudah dan anak-anak saya suka adalah sotong rebus dengan serai dan asam keping, nasi ayam, telur rebus atau telur dadar. Ini makanan kegemaran, menu lain pun diorang makan juga cuma yang si abang tak makan pedas langsung. Adik lebih adventure. Kalau pedas-pedas sikit dia minum air ja.

Masakan steam jadi pilihan saya bukan saja mudah tapi sebab rasanya yang lebih lazat dan mengekalkan nutrisi asal dengan lebih banyak.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

0 comments:

Ada apa di GM Klang ?

3:07 AM ida ahmad 0 Comments

Ada apa di GM Klang? Macam-macam ada !! Antara barang yang hot di GM Klang adalah jubah, baju wanita, baju kanak-kanak, mainan kanak-kanak, barangan bayi, tudung, manik, gadget telefon, spek, brooch, reben budak dan party pack & goodies.

IMG_4827.JPG

Setelah sekian lama tak ke GM Klang, hari ni bawa mak mertua ke sana sempena beliau datang bertandang di rumah di Bandar Bukit Raja. Kalau dulu, mesti target utama adalah beli baju anak-anak. Sekarang mereka dah besar so, saiz pun dah tak berapa nak ada di GM Klang. Baju untuk baby Nuh Iman pun boleh di recycle dari abang dan kakak. So, save jugalah kunjungan ke GM Klang kali ni.

Kenapa GM Klang sangat HOT dan tumpuan orang? Harga dia murahlah. Harga borong tapi haruslah beli secara borong. Tak perlu nak beli banyak sangat sangat untuk murah. Contohnya beli 1 normal price, beli 3- harga borong sudah tapi less tak banyak, beli 6 atau 12 lagi murah. Ikutlah apa yang kedai tu offer.

Original tak barang di GM? Kalau mainan & baby gadget tu rasanya tak ori ya. Harga memang murah. Ergo fake tu kat sini berlambak. Harga RM 90 ja. So walaupun murah, produk yang boleh bahayakan keselamatan tak perlu beli di sini. Go for safety first!

Kedai makan pun banyak. No worry. Semalam kami makan dulu di Satay Kajang Samuri. Rupanya ada jual nasi ayam juga di sini. Kedainya di deretan kedai sebelum Shell yang dekat GM tu. Dalam bangunan GM pun ada banyak pilihan. Lepas dah shopping, kami makan roti bakar & pau mamaku di OLD ROAD Kopitiam. Kalau tak salah begitulah namanya. Ada halal JAKIM.

Parking banyak. Baru ni kami parking di open space depan GM lama dan free. Dulu basement pun free sekarang tak pasti. GM lama ada jual langsir, boleh tempah juga. GM lama tu yg setinggat. GM baru yang bertingkat-tingkat.

Jadi, kalau korang ada berdekatan Klang dan nak cari barang pada harga lebih murah atau borong, silalah ke GM Klang, berada di Bandar Botani Klang, dekat Aeon Bukit Tinggi.



Shaklee Independent Distributor 846056

Ida Khairani

013 488 2382

0 comments:

7 cara didik dan asuh anak tanpa pukul

12:47 AM ida ahmad 0 Comments

Kebelakangan ini, mood ibu agak kucar-kacir. Walau mood ibu abah ke laut, sedaya upaya jangan dilepaskan pada anak2. Didik dan asuh dengan berikan contoh yang baik buat mereka. Kalau kita sudah mula pukul, berkali-kali, imej tu akan ditanam dengan kotak fikiran anak.
Ibu ada baca tip yang sangat berguna dalam buku 7 habits of Effective Person dan rupanya Prof. Muhaya juga sering terapkan konsep ini, iaitu skrip kehidupan. Kita boleh cuba.. Bayangkan anak kita buat perangai dan bayangkan reaksi positif kita terhadap perbuatan anak itu. Contohnya, bertenang, senyum, respond dengan baik. Bayangkan dengan detail. Dari banyangan sebagai penonton sahaja, lama2 ia akan diserap dan kita akan respond seperti mana kita sudah sering bayangkan.

Tip Didik dan Asuh Anak tanpa perlu marah atau pukul


Hari ni saya baca lagi tip di internet tentang cara didik an asuh anak tanpa perlu pukul. So bolehlah kita apply supaya kita menjadi ibu bapa yang lebih baik. Saya kongsikan 7 tip cara didik dan asuk anak tanpa pukul dari blog Sirap Limau






1. Jauhi perkataan ‘Jangan’


Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, janganpukul adik!”.

Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?

Bukankah ibu-bapa guru dan ‘role-model’ pada anak-anak. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.






2. Elakkan pukul anak


Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.






3. Puji anak depan orang lain


Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.




3. Pelajari ilmu ‘child development’ dan ‘parenting’


Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas parenting jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.






4. Gunakan ‘Reward System’


Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611″. 






5. Guna kaedah ‘Distraction’ untuk alihkan tumpuan anak


Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.






6. Ajarkan kaedah ‘Logical Consequences’


Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.






7. Guna teknik ‘Positive Discipline’


Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah”(Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.

Kesimpulan

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.

Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

Boleh kata kesemua tip, ibu dah apply. Hehe... Kena konsistenkan dan banyak2 doa supaya anak kita membesar menjadi anak yang soleh solehah. Kalau nak marahkan, bayangkan ada cctv dok rakam kita. Malu tak? Buruk tak? Kemudian fikir lagi nak ka anak kita kena tempias berperangai marah - marah sebab ikut contoh yang telah mereka dapat. Mesti tak nak kan. Semoga ibu abah lebih cool begitu juga pembaca lain juga. Jom didik dan asuh anak kita sehabis baik. Sayang sangat anak-anak ibu Nazhan, Iris dan Nuh Iman.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments:

Pengalaman Sebelum dan selepas Lasik

6:48 AM ida ahmad 1 Comments

Tiba masanya saya buat keputusan bersama suami untuk jalani Lasik pada Rabu, 16 hb Oktober yang lepas. Seperti biasa, tak rushing tak sah. Ini disebabkan suami masih lagi bekerja pada sebelah pagi. Kami hanya gerak ke Eye Centre Prof Muhaya bila suami pulang kerja separuh hari. Saya yang jalani Lasik dahulu. Hingga kini suami belum buat keputusan lagi bila nak buat Lasik kerana tunggu free dan full review dari saya, pengalaman sebelum dan selepas Lasik.

Walaupun tak cukup anggun, tanpa cermin mata, saya tetap buat keputusan untuk jalani Lasik. Kami telefon untuk temujanji pada hari Isnin dan confirm hari Selasa kerana menunggu reply dari agensi Umrah. Selasa petang baru dapat reply dari agensi Umrah untuk surat sokongan, terus forward ke Klinik Prof Muhaya. Kami plan untuk jadi patient pertama atau terakhir hari Rabu tu supaya suami tak perlu ambil cuti untuk bawa saya ke sana. Malangnya, Kami tak dapat untuk jadi first patient, appointment pukul 3 pm. First prosedur pun boleh pukul 10 am sebab mesin Lasik perlu ON selama sejam juga.

Kami bawa bersama dua orang anak Iris dan Iman. Iris dah tidur dalam kereta dan sepanjang prosedur. Nuh Iman, menangis sebaik saja saya tinggalkan dia bersama suami sebab dia baru ja terlelap masa dalam kereta. Nervous tak saya? Tak..sebab saya dah tonton video lasik malam sebelum prosedur. Jadi saya dah tau apa nak aspect. Bila kita dah tahu, kita lebih cool! Atau korang sebaliknya...  :D

Meh tonton video lasik ni ya.. Bukan saya..Nanti saya kongsi apa beza video ni dengan yang real dengan Prof Muhaya.



Sebelum Lasik


Sebelum lasik hingga ke pagi hari tu, adegan meminta tolong si suami dan anak2 mencari cermin mata adalah common. Kalilah ia akan kekal dalam ingatan sebagai pencarian terakhir insyaAllah. B-)

Antibiotik untuk lasik


Sehari sebelum prosedur kita kena pakai antibiotik. Antibiotik ni diberi selepas kita assesstment. Bila saya sampai, ada seorang patient tengah jalani Lasik. So masa ni saya banyak2 doa dan berzikir semoga tiada kesan sampingan selepas ni dan semoga dipermudahkan operation ni.

Semasa Lasik


Pengalaman sebelum dan selepas lasik

Bius untuk Lasik


Semasa prosedur Lasik saya dalam keadaan baring dan Prof ada 2 pembantu. Salah seorang ada titiskan cecair bius pada mata. Jadi, saya tak akan rasa sakit langsung. Kemudian saya dipusingkan ke satu mesin yang akan memotong korneo mata. Haha ngeri ya dengar!!! Bulu mata akan diseletip dan dibuka dengan alat supaya tak tutup2. Mata kita kena fokus pada lampu hijau sahaja. Korneo sebelah mata akan dipotong, kemudian baru bertukar ke sebelah lain. Cool ya, remain cool. InsyaAllah tak sakit. :D

Betulkan kedudukan imej di retina mata


Kemudian, mereka tolak saya ke mesin kedua. Di mesin ni, barulah power mata dikurangkan. Korneo yang dipotong tadi, diangkat. Laser akan point ke mata kita untuk membentuk korneo demi membantu imej difokuskan pada retina. (Mereka tinggalkan power 100 untuk saya). Ada dua cahaya, merah dan hijau. Kita kena fokus pada lampu hijau. Assistant Prof dok buat count down or up masa ni..Ada bau hangit. Hehe.. tapi tak sakit. Lapisan kornea yang dipotong tadi ditutup semula.

15 minit untuk presedur Lasik selesai


Mata masih tak sakit sebab masih ada bius. Ubat titis yang dapat masa assesstment kena bawa sebab kena pakaikan lepas Lasik. Saya tak bawa. Mujur mereka bagi 1 untuk bekalan balik ke rumah. Masa keluar klinik dan sepanjang jalan saya memang berkaca mata & pejam ja mata. Silau sangat. Orang lain ada yang boleh memandu dah.


Pengalaman Selepas Lasik


Semada tiba di rumah selepas prosedur Lasik, saya susah untuk buka mata. Balik rumah solat dan tidur. Badan tak penat pun. Mata yang berat nak buka. Esoknya makin ok dan makin siang makin ok. Hampir 24 jam selepas Lasik, saya boleh buka mata dengan lebih lama dan tanpa spek hitam dan pekerjaan memandu anak-anak ke sekolah kembali seperti biasa.

Kini selepas seminggu, mata saya sudah ok tanpa spek hitam dan cermin mata lama. Kita kena rajin titiskan ubat mata yang dibekalkan, lubricant dan antibiotik. Bila dah ok, mulalah nak ngelatkan. Akibatnya, kadang-kadang mata saya susah juga nak tengok komputer atau iphone yang terang, bila lampu bilik ditutup. InsyaAllah bila follow up saya akan check sama ada ini hanya sementara dan akan pulih sepenuhnya overtime atau inilah level yang terbaik Lasik boleh lakukan. Yang pasti saya nak konsisten ambil Carotomax Shaklee sebagai supplemen mata saya untuk kuatkan kornea mata yang dipotong semasa prosedur Lasik.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

013 488 2382

1 comments:

Assestment untuk tentukan Lasik sama ada boleh atau tidak

12:29 AM ida ahmad 2 Comments

Selepas berkira-kira dan duit cukup, ibu pun buat keputusan nak berLasik. Lasik ni pendeknya, operate mata supaya tak perlu lagi pakai cermin mata tapi mata dah jelas. Panjangnnya Lasik "Lasik (Laser-Assisted in situ Keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hypermetropia, and astigmatism. The LASIK surgery is performed by an ophthalmologist who uses a laser or microkeratome to reshape the eye's cornea in order to improve visual acuity", menurut wikipedia. Untuk nak jalani lasik, perlu assessment dahulu ya. Assessment ni ujian-ujian mata yang perlu kita jalani untuk tau mata kita sesuai untuk buat lasik tak. 16 ujian kesemuanya akan dilakukan semasa assestment untuk tahu kita layak lasik tak. Selalunya pakar mata, akan suruh nurse, assistant atau Optometrists lakukan. Jangka masa nak siap 2-4 jam juga.

Siapa yang layak untuk jalani Lasik ?


Kalau salah maaflah ya. Sila refer balik pada pusat perubatan mata pilihan korang atau klinik mata Prof. Muhaya.

- mereka yang berumur dari 18 hingga 67 tahun. Umur kurang dari 18 tahun tidak sesuai.

- power paling tinggi 1200 .

- astigmatisma paling tinggi 500 telah dilakukan.



Lasik ni tak lama macam operation lain. Prosidur ambil masa 15 minit sahaja dan boleh memandu selepas 4 jam, insyaAllah. In fact, boleh bekerja esok hari kalau rasa ok.

Tak semua orang boleh jalani Lasik . Hanya untuk mata yang sihat. Jika ada masalah retina , katarak atau masalah kornea lasik tidak dapat merawat. LAsik ni macam ganti speck.

Berapa kos nak buat lasik?


~ RM810 untuk assestment sahaja.
~ RM7000 untuk kedua belah mata.
~ Kalau ada promo atau dalam kumpulah 5 orang dapatlah kurang jadi RM6700.
~ Hingga hujung tahun 12/14 ni, di klinik Prof Muhaya ada promo untuk umrah. Maksudnya kalau kita nak p umrah, minta surat dari travel agent sebagai bukti, kita layak dapat harga promo RM 6700.
~ kalau selepas assestment kita memang layak dan nak jalani lasik, RM 810 tu akan ditolak dalam jumlah keseluruhan Lasik. Kalau tak layak, masih kena bayar RM 810 sahaja.

Prosedur Assestment dan Lasik untuk baiki rabun mata



Alamat untuk ke Eye Centre Prof Muhaya ni adalah :
PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE
S 29, GROUND FLOOR
PEARL AVENUE,
JALAN PASIR EMAS,
SG. CHUA,
43000 KAJANG, SELANGOR


Boleh hubungi mereka dahulu untuk temujanji dan pertanyaan dengan call atau sms 


Office hours (Isnin-Jumaat):03-87415138/017-8771819/016-3873282.
SMS bila-bila masa: 017-8771819 / 016-3873282



Sebenarnya, saya dan suami dah selamat buat assesstment untuk Lasik di klinik Prof Muhaya. Masa kami limited sangat sebab suami sering out station. Klinik prof pula tak buka hari sabtu dan ahad. Masa kami p tu, suami baru ja balik dari traveling. Set appointment dalam masa sejam sahaja. Pukul 1 call dan nurse cakap, paling lewat pukul 2 untuk assestment sebab klinik pukul 5 dah nak tutup. Assestment ambil masa kurang-kurang 4 jam katanya. Kami pun terus rushing ke Kajang dari rumah di Bandar Bukit Raja, Klang.



Alhamdulillah sampai dan masih lagi diberi ruang untuk jalani assesstment. Selepas register dalam pukul 2.15 kami beritahu, kami tak solat lagi. Dia minta kami solat dulu. Lega2. Prosedur pun tak jalan serentak. Suami buat dulu. Jadi, saya bolehlah jaga anak-anak. Ada 2 bilik yang kami kena masuk untuk buat assestment... Keputusannya, kedua kami mempunyai korneo yang nipis. Hampir2 gagal untuk buat Lasik dan dicadangkan untuk jalani SMILE, prosedur lebih terkini tapi lebih mahal. Namun, lepas buat calculation, Prof dan staff dia kata kami layak juga untuk Lasik. Alhamdulillah. So, masanya untuk set masa untuk Lasik.



Nak bebas cermin mata? Pasang niat yang betul. Kumpul duit dan setlah appointment untuk jalani assesment untuk tentukan anda sesuai untuk jalani Lasik atau tidak!



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

2 comments:

Kesudahan selepas penat asyik bertukar cermin mata

9:32 AM ida ahmad 0 Comments

Sebenarnya ibu dah lupa sejak bila ibu pakai spek. Yang pasti, masa masuk form 1 belum. Masa form 5 sudah. Study hebat sangatlahkan. Huahuahua :)).. Rajin sangatkah study zaman dulu tu. Kalau nak ingat- ingat balik zaman sekolah dulu, waktu study memang banyak diperuntukkan. Petang di kelas..cukup cahaya.. Malam di dewan makan..cukup cahaya juga. Untuk pelajar tahun peperiksaan, PMR dan SPM, ada study room..cukup cahaya juga.. Yang tak cukup cahaya, bila tak sempat nak study habis sebelum exam.. Mulalah menumpang lampu koridor di waktu tengah2 malam bila sudah 'light off'.

Selain dari tu, orang kata punca pakai spek ni, sebab suka study sambil baring. Ya ka?.... Kalau nak tau pakai spek dari form berapa, kena godek balik album lama-lama...sat nak p cari dari facebook..  Hoho..jumpa pulak tu.. Gambar form 2 pun dah pakai spek. So rasa sama ada form 1 atau form 2 dah mula pakai spek. Ohh..rajinnyaku study ! B-)





[caption id="attachment_981" align="aligncenter" width="604"]perlu tak lasik supaya tidak lagi pakai cermin mata Teka mana satu saya?[/caption]





Lama-lama bila rasa x berapa nak cun pakai spek, dah mula berjinak-jinak pakai contact lens. Masa tu dah lepas sekolah menengah. Kira hard core contact lens user la juga. Pakai pun dah terlebih 8 jam. Bila anak dah masuk 2 orang...kemalasan dah timbul. So dah kembali jadi hard core pemakai cermin mata.. Hinggalah, asyik bertukar spek ja sebab cermin asyik bercalar.



Kenapa cermin mata asyik bercalar? Sebabnya, hidung ibu ni tak cukup tinggi untuk jarakkan spek dan bulu mata pula panjang.. Jadi bulu matalah yang sering mencalarkan cermin hingga hilang coated yang tak bagi silau tu. Selalu orang buat spek high index sebab tak nak ada pantulan cahaya ni macam dalam gambar kat bawah ni tapi cermin mata ibu selalu tak kekal lama macam sebelah kanan. Lepas bercalar, dah jadi macam kiri tu. Frust la kan.. Kurang cunlahkan bila bergambar.



high index spek



Apa solusinya????? Bila complaint di facebook suatu masa dahulu, orang cadangkan 'Lasik laaaa... ' Oh apakah lasik tu? Baru nak berkenalan.. Baru nak fikir akan option tu... Perlukah? Patutkah??



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

0 comments:

Breakfast apa korang?

11:15 PM ida ahmad 0 Comments

Kalau wahm lain bangun pukul 4 pagi, saya bangun pukul 5 pagi ja tapi still tak menggoreng apa di pagi hari. Paling hebat pun masak roti telur ja. Memang, kami tak makan heavy2 dan dijangka akan lambat kalau nak makan nasi goreng pagi2...Kalau lunch pun makan setengah jam paling kurang, maklumlah kunyah 44 kali @ sampai lumat.



Alkisahnya breakfast kami anak beranak boleh kata selalunya adalah roti berintikan nuttela dengan abahnya sekali. Selain dari tu, ada jem strawberry, peanut butter atau susu pekat. Kadang2 kalau terpesona dengan aroma teh panas atau kopi susu panas, dibuat cicah sahaja. Selalu ibu makan ala kadar ja sebab nak tolong prepare anak-anak. Lately memang minum cinch shake mix untuk bagi kenyang.



roti kegemaran anak
( Gambar mr. google )

Anak-anak akan minum air susu + mealshakes juga dan bawa bekal plain water ja. Nazhan bawa bekal roti juga ke sekolah sebab sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu rehat. Kalau nasi lagi lambat. Roti pun pernah minta dikurangkan sebab takut tak sempat main.



Waktu hujung minggu bila semua orang breakfast agak lewat dan ada banyak masa, barulah ibu prepare makanan yang heavy. Kalau ibu nak masak, tak payah tanya nak makan apa kat anak2. Sebab kalau tanya, mesti nak makan roti canai ja. Kalau membeli di area Bandar Bukit Raja ni memang roti canai atau nasi lemak aja.



Cuma kelaianan untuk baby Iman ja. Dia ni pemakan. Nasi, roti, biskut, buah diawal pagi pun dia boleh. Kalau heavy breakfast, dia tidur lama juga. Kalau breakfast ala kadar ja, alamatnya, kejap2 jaga.. Kejap2 jaga. So, tips nak bagi baby tidur lama, harusnya tidur dalam kekenyangaan dengan suasana yang aman damai dihidangkan halwa telinga zikir asma ul husna atau zikir munajat.



makanan solid untuk bayi



Apa breakfast super pantas dan jadi favourite anak-anak korang ya?



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani



0 comments:

Pil Shaklee Multivitamin Vitalea

7:12 PM ida ahmad 1 Comments

Jawab soalan cepu emas berikut.. Adakah anda sering mengantuk dan penat gila selepas pulang dari kerja? Adakah anda yakin anda makan dengan lengkap dan cukup semasa makan tengah hari atau malam? Adakah anda terfikir, kenapa anda senang pening atau jatuh sakit dan MC berbanding rakan yang lain? Adakah anda seorang ibu yang penat menjaga rumah tangga dan anak-anak? Adakah anda menyusukan anak tapi khuatir akan kesihatan diri dan bayi yang sedang menyusu badan?

penat

Kalau nak tahu, anda bukan seorang. Ramai lagi yang mengalami masalah serupa dan saya juga salah seorang darinya. Jadi, saya terfikir apa yang boleh saya buat supaya rumah tangga saya tidak terabai, anak-anak saya tak selalu kena marah, saya maintain ceria dan tenang. Tujuan kita kerja adalah untuk hidup dengan lebih sempurna. Oleh itu, kehidupan selepas pulang bekerja haruslah selari dengan tujuan kita bekerja, iaitu untuk hidup lebih tenang dan bahagia. Bagaimana nak capai kalau otak dan badan penat tahap maksima?



Tahu tak, kemungkinan makanan seharian kita sahaja tidak memadai. Kita mungkin perlukan multivitamin yang bermutu yang boleh melengkapkan lopong-lopong kosong yang gagal kita dapat menu harian. Sehingga hari ini mesti anda pernah dengar Shaklee dan rangkaian produk yang banyak dan bermutu. Jadi dari mana nak mula? Jika anda seorang yang liat nak telan pil banyak2, mulakan dahulu dengan yang paling asas, optimum namun lengkap dan terbukti dapat membantu anda!


Saya cadangkan Vitalea, multivitamin Shaklee ! Antara manfaat dan kebaikan utama vitalea adalah




  •  Vitalea ni merupakan multivitamin Shaklee. Dalam vitalea adalah vit d,e,c, asid folik, vitamin b1, b2, b3, b6, b12, biotin, b5, kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, copper dan zink.



  • Jika kita flat, penat dan tak larat, vitalea yang mengandungi rangkaian vitamin b membantu menjadi tenaga. Hasilnya kita lebih cegas, mental lebih kuat. Kesannya memori lebih kuat dan kita mudah fokus terhadap kerja dan pelajaran.



  • Kadang- kadang, diet kita ni kurang vitamin sebab makan sayur layu atau tak makan sayur langsung. Makanan pulak overcook hingga zat semakin berkurangan. Akibatnya makan banyak pun tapi mudah dapat sakit, darah tak cukup, kena pulak anemia. Jadi, vitalea ni bantu cover kekurangan vitamin dan mineral ni la.



  • Bantu sistem produktif  .. penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

vitamin anak mealshakes

  • Bantu metabolisme.. saya suka ni tau. Ada orang makan banyak tapi slim ja kan sebab kadar metabolisme dia tinggi. Macam saya, memang kena boost kadar metabolisme. Supaya apa yang dimakan dijana menjadi tenaga. Dan yang bestnya Vitalea dapat membantu! Yippie!! Barulah ibu cergas ;)



  • Vitamin ni umpama makanan sel. Bila dah cukup vitamin, sel pun kuat dan powerlah. Vitalea bantu sediakan asas nutrisi yang menyumbang pada sel terus hidup, pertumbuhan sel baru, galakkan proses pembesaran dan pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Sebab makanan sel telah kita lengkapkan dengan pengambilan VITALEA !



  • Dalam masa sama, kita dan bantu lindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati juga jika kita jaga pemakanan dengan tambahan vitalea pelengkap.


Sudah bersedia untuk amalkan multivitamin terunggul Shaklee sejak 1915 !


harga_vitalea_shaklee_ida


Tip dan petua nak makan vitalea supaya berkesan, senang nak telan dan 



  • makan vitalea dengan air oren atau air ribena supaya zat besi lebih mudah diserap kerana air ini tinggi vitamin c

  • makan vitalea dengan air sejuk bagi yang susah nak telan pil agak besar

  • ambil selepas makan yang lengkap kerana ada orang yang rasa loya2 jika ambil dengan makanan ringan2

  • ambil 2 biji bagi yang alami low bp, rendah hemoglobin kerana mengandungi cukup zat besi yang bantu membina hemoglobin

  • jadual vitalea adalah fleksibel bagi orang yang memang fleksibel



Pantang larang Vitalea


→ tak sesuai untuk pesakit thalasemia kerana mengandungi zat besi

→ mengandungi alfalfa. Orang yang alergik alfalfa dan pesakit auto imun perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Info Vitalea


√ Sebotol Vitalea mengandungi 120 biji multivitamin.

√ Jadi, boleh tahan 2 bulan jika mengambil 2 biji sehari atau bertahan selama 4 bulan jika ambil 1 biji sehari dan berbulan-bulan kalau asyik terbabas makan :D. Hehe

√ Harga sebotol vitala adalah RM88.75. Kalau anda bijak, join ahli dan dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah. Yuran keahlian adalah rm65 sepanjang hayat. Lepas tu, boleh juga dapatkan dari saya di Bandar Bukit Raja, Setia Alam atau Shah Alam. Pihak Shaklee dan saya juga membuat penghantaran melalui courier ke seluruh Malaysia dan free postage jika anda membeli pada harga retail kami walau di mana anda berada.



cars order shaklee Email admin untuk pertanyaan Cara mudah jadi ahli shaklee





Bertindak sekarang untuk hidup yang lebih sihat. Hargailah pemberian Allah ini.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani 013 488 2382

1 comments:

Pencuci organik pilihan ramai yang murah dan berkesan mencuci denganbersih dan selamat untuk anak - anak

7:59 AM ida ahmad 0 Comments

Pencuci organik pilihan ramai ibu yang pentingkan soal keselamatan anak dan mesra alam pastinya Basic H. Harga Basic H, percuci organik serba guna yang glamur ni adalah RM 46 sebotol. 1 botol Basic H bersaiz 16 oz.  

Kenapa Basic H sangat bagus dan terbaik adalah ia tidak bertoksik dan membersih secara semulajadi. Kalau nak tahu, CEO Shaklee juga, mula berminat dengan Shaklee adalah kerana Basic H dan rangkaian produk isi rumah yang tidak bertoksin dan organik. Beliau dan isteri mula mencari pencuci semulajadi  yang selamat dan tidak bertoksin kerana anak mereka ada ASMA dan dipertermukan dengan Shaklee Basic H dan terus jatuh cinta sampai beli company Shaklee !!! . Korang tahukan, antara perkara yang boleh trigger ASMA attack adalah pencuci dan produk harian kita yang mengandungi toksin. Kalau korang juga nak jatuh cinta dan beli company Shaklee, apa kata beli dan cuba pencuci serba guna organik Basic H ni sekarang juga! :D



[caption id="attachment_836" align="aligncenter" width="199"]Basic H Basic H[/caption]

Sebelum jatuh cinta, apa kata kenali Basic H yang hebat ni. Harganya jauh lebih murah berbanding kualiti dan kehebatannya tau.

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.



Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah

  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak

  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan



Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

  • Dinding

  • Permukaan dapur, jubin dan lantai

  • Peralatan

  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk

  • Tingkap dan cermin

  • Perkakas

  • Benda-benda diperbuat daripada kayu

  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)



Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.





Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean



Periuk, besen dan pinggan mangkuk 

Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air



Tingkap dan cermin

Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean



Lantai

Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air



Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi

Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam



Perbezaan Shaklee 

Selamat

  • Tidak bertoksik

  • Tanpa gas beracun

  • Tanpa bahan kimia berbahaya

  • Tanpa bahan pewangi

  • Lembut pada tangan

  • pH seimbang

  • Tanpa klorin



Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak

  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air

  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama



Mesra Alam



  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa

  • Biorosot

  • Tanpa fosfat

  • Bungkusan yang boleh kitar semula

  • Tanpa bahan pewarna

  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan



Sumber 



Tambahan kegunaan Basic H berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah mencuba :

  • Basic H boleh digunakan sebagai first aid utk keringkan darah akibat terluka

  • Turunkan suhu semasa demam ( disponge dan dibuat mandian - 1 ke 2 titik dlm baldi berisi air /  botol spray / cebuk )

  • Basuh botol susu, cloth dyper.

  • Sila tambah senarai kegunaan Basic H anda.. anda bebas untuk mencubanya!



HARGA BASIC H adalah RM46 dengan penghantaran PERCUMA. Jangan lupa sertai kami sebagai ahli eksklusif Shaklee untuk dapatkan harga istimewa kami!



Ida Khairani

012 488 2382

Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments:

Speech Therapy dan Playgroup yang sangat membantu untuk speech delay

8:00 PM ida ahmad 0 Comments

Flash back balik apa yang saya ingat semasa Nazhan umur 2 tahun lebih.. Semasa pertama kali saya mulakan operasi bantu Nazhan secara all out. Kalau rajin boleh godek sendiri di blog ceriterakami.blogspot.com

Nazhan lahir di Miri. Bila tak ada perkataan baru dari umur setahun ke 2 tahun, saya dah risau tapi di Miri ketika tu, tak ada speech therapy. Jadi sebaik saja kami pindah ke Semenanjung saya tak tunggu lagi. Masa tu suami di KLCC, kami di rumah mak di Bukit Mertajam, sementara nak tunggu rumah di Bandar Bukit Raja siap.

Bila ke KPJ Perda yang masih baru, xada speech therapy lagi. Jadi, saya pun ulang alik bawa baby Iris masa tu yang baru beberapa bulan usia dengan Nazhan di usia 2 tahun lebih ke Loh Guan Lye, Penang. Iris memang sentiasa follow setiap speech therapy yang Nazhan jalani. Advantage la untuk diakan. Sebab tu, Alhamdulillah Iris cakap lebih lancar.

Di Speech Therapy ni, antara tip yang saya boleh recall :
- cakap slow-slow dan jelas dengan anak
- cakap dengan aksi sekali
- ulang banyak kali
- ajak anak repeat apa yang kita sebut baru beri apa dia nak

Adeh, apahal sikit sangat yang boleh recall ni. Maaflah ya. Ada jugalah saya kongsikan di blog lama saya tu.

Oleh kerana saya tahu, Nazhan ni suka tengok video. Jadi, saya rakamkan video dengan suara saya sendiri pengganti flash card. Macam gambar telephone, saya sebut telephone. Walaupun banyak ja video yang dah ada di youtube, tapi dengan suara kita sendiri tu, anak lebih berminat nak meniru. Kalau tengok youtube aja, macam one way communication. Ini dengar pula suara ibu yang merdu, excited la sikitkan.

Pada masa ni juga, saya google dan join BOLD, satu badan ngo yang bagi Playgroup untuk special kids. Di Playgroup ni, ada aktiviti pegang pensel dan follow dot-dot, masukkan bongkah kayu berlubang dalam tali, memancing, susun objek ikut warna, susun objek ikut bentuk, bersukaneka, makan bersama seni, nyanyi dan menari, relax dan calm session.. Syok dan enjoy! Kumpulan dalam 2-3 orang budak ja. Kalau speech therapy 1 to 1.



terapi_aids





Masa ni saya baru buat Shaklee. So rutin saya memang sibuk ke hulu ke hilir bawa anak-anak ke speech therapy, join Playgroup, update blog, ambil stok di branch Shaklee, packing, dan pos barang!

Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan seorang ibu! Lepas ni cerita speech therapy SDMC pulak!



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
SID 846056
013 488 2382

0 comments:

Anak lambat cakap.. Risau tak?

7:47 AM ida ahmad 2 Comments

Assalamualaikum.. Mau tak risau kalau anak lambat cakap. Mungkin kita tak rasa sangat kalau kita tak jumpa langsung anak-anak baya anak kita. Namun, kalau anak-anak jiran atau anak2 sedara ramai yg sebaya petah ya amat, kita akan sedar, sama ada anak kita lambat cakap atau tidak. Mesti terdetik sikit kerisauan. Ok, jadi ibu abah kena bertindak cepat. Aktiviti di rumah sangat mempengaruhi perkembangan pertuturan anak. Ibu abah boleh bawa anak untuk ikut speech therapy dan banyakkan latihan dan aktiviti di rumah supaya anak cepat bercakap.


Kalau korang jumpa anak-anak saya sekarang ni memanglah speaking aja. Antara punca yang mereka ni speaking aja ni.. Sebab..


Pertama masa baby memang kami dok cakap English dengan dia. Tujuannya nak anak pandai cakap BI la. Namun, sesama kami laki bini cakap BM. Jadi, ini mungkin jadi salah satu sebab dia keliru dan lambat cakap.

Kedua, masa dia baby tu, kami ada ipod touch. Selalu juga bagi anak layan video nursery rhymes kat ipod touch yang sekarang dah dalam kenangan.

Ketiga, bila saya dah rasa anak lambat cakap.. Kami ada p speech therapy yang guna medium english. Jadinya dah pandai cakap pun, english la yang keluar.

Oh, sebenarnya nak cerita pasal speech delay ni. Korang mungkin tak perlu melaluinya jika korang rajin cakap dengan anak 1 bahasa sahaja sampai anak petah barulah masuk bahasa kedua. Korang juga tak perlu melaluinya jika mengawal masa anak-anak guna gadget dan tonton tv. Anak saya ni, bila dah masuk 2 tahun, perkataan dia cuma abah. Jadi, saya dah mulakan ikhtiar cara saya.

Ok, apa yang perlu dibuat bila ibu bapa perasan anaknya lambat cakap. Ini berdasarkan pengalaman saya dululah.


Tip ikuti speech therapy


1. Mula-mula, bawa ke klinik.
Kalau kita ada insurans company cover, bawalah ke klinik panel. Ceritalah pada doktor apa yang kita risaukan dan minta surat rujukan ke pakar di hospital. Cari hospital siap2 dan nama doktor sekali pakar kanak-kanak. Cari hospital yang ada program Speech Therapy tau.

2. Di hospital tu, pakar kanak-kanak akan refer pada ENT (Ear, nose and throat). Anak kita kena uji pendengaran sebab nak tahu punca lambat cakap, sebab sakit telinga ka? Anak saya ditidurkan waktu ni dan bacaan signal otak diambil. Keputusannya ok. Pendengaran tak ada masalah.

3. Sebab telinga tak ada masalah, adalah sebab lainkan menyebabkan anak lambat cakap. Ibu bapa mungkin akan diberi questionare @ assignment untuk dijawab. Kalau di SDMC dia buat gini. Di Loh Guan Lye, Penang dia bagi test kat budak, tengok respond macam mana. Lepas tu, teruslah jalani speech therapy untuk bantu percakapan.



Tip ikut speech therapy dan aktiviti latih anak cepat bercakap



4. Speech therapy ni ikutlah ibu bapa nak bila. Seminggu sekali atau sebulan sekali. Kalau di DEMC Shah Alam, sabtu ja ada. Kisah beberapa tahun lepas ni. Sekarang tak pasti. Bayaran untuk speech therapy untuk 1 sesi 1 jam RM90 - RM100 di hospital swasta. Di hospital kerajaan pun ada tapi giliran panjang jadi kena Q sebab ramai. Jadi untuk tunggu sesi kita berulang tu mungkin ambil masa 1 ke 2 bulan. Latihan di rumah perlu kerap dan jangan lupa segala tip latih anak bercakap dan segala aktiviti yang kita buat bersama di speech therapy, ulang - ulang di rumah.

5. Ibu bapa juga boleh enroll anak-anak ke sekolah swasta atau kerajaan. Kami dulu hantar ke WQ Park, Kelana Jaya.


Itulah alkisahnya sampailah anak kita pandai dan lancar cakap.


Speech therapy ni bukan ja untuk anak tapi sebenarnya untuk mak bapak yang hadir juga. Apa yang diajar tu, kita kenalah apply dan buat sungguh-sungguh di rumah. Korang juga boleh bawa terus ke CDC di HUKM untuk tujuan sama.

InsyaAllah, nanti saya cerita apsal banyak sangat tempat saya pi untuk terapi pertuturan anak saya & juga gambar serta video yang saya buat. Buat masa ni, jemput baca 10 tip aktiviti anak di rumah yang boleh kita apply, hasil perkongsingan blogger parenting Ajlah.

Korang boleh hubungi saya juga kalau nak tanya pendapat apa2. Sikit2 tu saya bolehlah share hasil pengalaman lama. By the way, sekarang anak saya dah darjah 1 di sekolah kebangsaan biasa, Alhamdulillah.

Lebih lanjut tentang speech therapy dan kelas yang anak saya join ketika di Penang klik sini



Ibu anak-anak syurga,
ida Khairani
013 488 2382

2 comments:

Harga ESP Shaklee yang berbaloi - baloi dan tidak boleh dilepaskan

6:35 PM ida ahmad 1 Comments

Harga ESP Shaklee adalah RM150 satu canister bersaiz 850 g. Harga ESP Shaklee adalah sama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Menarikkan? Lebih istimewa untuk ahli, harga ESP Shaklee adalah jauh lebih rendah, iaitu diskaun > 23%. Nak tahu lagi pasal harga ESP Shaklee? Pada bulan promosi buy 6 free 1, harganya menjadi berganda-ganda murah. Tawaran ini khas untuk ahli Shaklee yang berdaftar sahaja. Kalau anda berminat pada harga istimewa ni, hubungi saya dan sertai kami sebagai ahli Shaklee. Harga yang jauh lebih murah hanya satu daripada keistimewaan yang ahli Shaklee akan dapat. Kebetulan pada bulan Oktober 2014, adalah bulan promo Energizing Soy Protein Shaklee.



[caption id="attachment_810" align="aligncenter" width="293"]harga-esp-shaklee-ordershaklee Klik sini untuk order ESP online dan jika ingin membayar secara credit card atau debit card.[/caption]





Saiz ESP Shaklee ini adalah lebih besar dari saiz canister Shake Herbalife. Kandungannya 850 gram.  Saja nak cakap, sebab ada customer yang terkejut bila tengok saiz ESP yang besar. Kalau anak anda minum Pediasure, saiz tong ESP, besar begitullah. Kebaikkan ESP Shaklee ni memang banyak termasuk untuk kesuburan dan untuk breasfeeding a.k.a penyusuan susu ibu! Senarainya panjang lagi. Pelanggan selalu akan dapat kesan sampingan yang membuatkan mereka tersenyum gembira dengan kelebihan ESP Shaklee ni.







Harga ESP Shaklee


10 keunikkan, kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee yang membuatkan kenapa anda patut cubanya hari ini adalah :




1. ESP mempunyai ciri-ciri terbaik dan oleh kerana ini dapat membantu dalam memberikan faedah berikut :

  • Awet muda dan kulit remaja - kerana asid amino membantu bina otot, kulit, rambut, organ dan antibodi.. Kalau badan terima protin yang mencukupi malah yang berkualiti dan lengkap asid amino, seseorang itu akan awet muda!  Kalau korang jumpa orang2 lama Shaklee, korang mesti salah teka umur mereka? Percayalah! Gambar pengguna ESP yang semakin muda dan cantik juga ada di sini.







  • Merangsang susu ibu - Oleh kerana susu ibu terdiri dari protein, pengambilan ESP Shaklee sangat membantu para ibu mendapat susu yang banyak dengan syarat supply vs demand diamalkan. Set penyusuan lebih lengkap No. 1 di sini.





  • Kulit lebih sihat dan pigmentasi berkurangan !



2. ESP Shaklee adalah Non-GMO ! Soya yang digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. Kebanyakkan produk yang diubah secara genetik mempunyai kesan jangka masa panjang dan lebih murah, Soya ESP adalah premium dan terjamin kualitinya dan diuji secara klinikal.



3. IPP ! Identified Preserved Program adalah pensijilan khas untuk ESP Shaklee. IPP ni menjamin bahawa soya yang tak ada perubahan genetik bermula dari PEMBENIHAN hingga pada PENGELUARAN. Hebat! Dengan ini apa yang orang war-warkan pasal kebaikkan soya, akan kekal ada pada end product iaitu ESP Shaklee. Korang yakin ka selama ni kita dapat segala kebaikan soya dari minum air kotak soya yang jual kat stesen minyak dan supermarket tu?



4. TIADA KOLESTROL. Jadi anda boleh menikmati soya tanpa takut GEMUK. ESP bukan punca anda berselera makan tetapi ESP sedang membakar makanan secara efektif. Tip : Minum banyak air kosong dan makan buah! Pasti anda lebih cepat menurunkan berat badan!



5. Rendah indeks G.I iaitu 39. Jika glisemik index rendah dari 55, suatu makanan itu dikira rendah GI. Makanan rendah GI mengambil masa lebih lama untuk menukarkan gula pada glukosa membuatkan kita kenyang lebih lama dan bertenaga berpanjangan. Kalau indeks GI tinggi, lepas makan hyper, kuat, bersemangat tapi lepas tu lemau dan mengantuk cepat.



6. Isoflavon dikekalkan. ESP Shaklee diproses dengan AIR bukan ALKOHOL. Bila soya diproses dengan alkohol seperti kebanyakan produk lain dipasaran, isoflavon penting disingkirkan, Isoflavon ni sangat bagus dan dapat bantu mengekalkan kesihatan jantung, kencing manis, melawan kanser.



7. 9 asid amino perlu terkandung dalam ESP Shaklee ! Sangat penting dan kritikal tau, sumber protin kita ada 9 asid amino perlu ni. Kalau minuman protein kita tak cukup asid amino, fungsinya akan terjejas. Badan kita yang menerima asid amino yang tidak lengkap pun dapat fully utilise segala kebaikan protein.



8. Oleh kerana sumber soya ESP Shaklee dibasuh dengan AIR sahaja,  bukan alkohol, makanya GENISTEIN dan DAIDZEIN yang wujud padanya dikekalkan. Bestnya kelebihan GENISTEIN ni, ia mampu mengekang pertumbuhan dan penyebaran SEL KANSER! Caranya.. ia musnahkan radikal bebas. Radikal bebas yang wujud di persekitan kita sekarang yang tercemar, boleh menukarkan SEL DNA normal kita pada sel KANSER. So, jangan terkejut kalau muda2 dah dapat kanser!.. Kalau tak ada keterunan, tapi dapat kanser. Zaman kita sekarang ni memang banyak pencemaran udara (asap rokok, asap kereta, asap kilang) dan air. Jadi, radikal bebas dah banyak. Sebab tu langkah awal pengcegahan perlu ada. Salah satu darinya ambil ESP Shaklee dan supplemen anti oksida!. Semoga saya dan kalian dijauhkan dari penyakit merbahaya ini!



esp-shaklee-lawan-radikal-bebas



9. 1 canister ESP bersaiz 850 gram berasal dari 30 KG kacang soya asli. Sebab tu kami dapat menjamin setiap 3 sudu penuh ESP bersamaan 28g menyumbang pada 14 g protein.



10.  Yang lebih best, dalam ESP turun dilengkapi 5 jenis vitamin B dan kalsium. Kedua sumber vitamin dan mineral ni bersama protein ESP berisoflavon mengawal selia hormon terutama semasa pre-menopause untuk wanita. Gabungan ini turut merangsang  pertumbuhan anak-anak kita. Makanya, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 1 tahun lagi.









faedah dan kebaikan esp shaklee





Jika anda MAHU KeCANTIKkan, TENAGA, SUSU yang BANYAK, awet muda..begitu juga untuk anak-anak, suami juga orang tua, Wait No More. Mulakan regimen kesihatan dan kecantikan sekarang juga. Jangan tunggu bila disahkan doktor ada macam-macam penyakit baru nak mula.. Oh tidak. Pencegahan lebih baik dari mengubati !

cars order shaklee



Untuk dapat harga jauh lebih murah, sertai kami sekarang !
Email admin untuk pertanyaan



Sebarang pertanyaan atau NAK ORDER terus, boleh isi form ini ya!

[contact-form][contact-field label='Name' type='name' required='1'/][contact-field label='Email' type='email' required='1'/][contact-field label='Phone No' type='text'/][contact-field label='Alamat ' type='textarea'/][contact-field label='Order ESP' type='select' options='1,2,3,4,5,6,Buy 6 Free 1,'/][contact-field label='Pertanyaan jika ada' type='textarea'/][/contact-form]



Do it NOW !



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

1 comments: