Shaklee Convention 2014 Long Beach, California naikkan nama Malaysia

3:00 PM ida ahmad 1 Comments

Pertama kali jejakkan kaki ke International Convention Shaklee dan rasa sangat berbangga. Feeling dia lain. Sebelum ni berprasangka mesti borrriinngg & awkward. Namun hakikatnya sangat berbeza! Oleh kerana deligasi Malaysia sangat besar, kami memang 'sesuatu'. Confident level tinggi dan kami dihormati & sering ditegur mesra. Ini tak lain dan tak bukan sebab penangan market Malaysia yang meningkat sebanyak 300%. Leader saya, Kak Ann dan Kak Cery turut dijadikan bahan cerita CEO Shaklee, Roger Barnett ketika berucap di atas pentas International Conference Shaklee yang bertempat di Long Beach Conference Centre, L.A



IMG_4078.jpg

Kami berada di LA selama seminggu. 2 hari saja kami join conference sebab hari lain kami p jalan-jalan LA. Hari pertama kami join adalah hari pembukaan dan hari akhir di mana kebanyakkan award diberikan. Saya turut 2x naik turun pentas antarabangsa tersebut!



IMG_4079.JPG

Ok, saya teruja sangat nak share apa yang saya feel di sana.

Masa first day ni, ada beberapa presenter yang terdiri dari top management Shaklee. Yang saya sangat rasa perbezaan presentation mereka ni, mereka akan mula dengan kisah keluarga sendiri. Cerita pasal anak-anak.. Diorang adalah family man. Jarangkan kita nak dengar kisah keluarga dan anak-anak, bila bos kita berucap. Di Shaklee, keluarga comes first. Sebab itu mereka dan kami happy dan nak orang lain juga happy dan enjoy semasa bekerja. Biar duit yang jadi hamba kita, bukan kita yang jadi hamba duit.



Spencer<br/>Barneet shaklee

Kami turut dihidangkan dengan petikan gitar dari anak CEO Shaklee, Spencer Barneet yang namanya terlekat di bilik CEO bukan nama bapaknya. How cool is that !


br />
IMG_2889.JPG

Gambar atas ni namanya Tasha Starr. Beliau adalah new Master Coordinator Shaklee. Nampak transformation yang beliau perolehi?. Selepas tersedar tentang lifestyle yang tidak sihat serta obese, mereka suami isteri gigih lakukan perubahan dengan Shaklee. Transformation mereka ternyata disedari oleh jiran dan penduduk di kawasan town mereka dan telah menjadikan Shaklee suatu fenomena. Mereka bukan menjual sahaja, tetapi paling penting membantu lebih ramai utk jalani cara hidup sihat yang mereka sendiri jalani! Hebatkan transformation Tasha Starr. Dah la sihat, slim... Cantik pulak tu!

Selain tu, kami diperkenalkan dengan produk baru, MindWork. Awesome gilaaa!!! Memang sangat teruja nak cuba! Sebab memang untuk saya yg asyik pelupa dan kurang fokus ni! Sayangnya mesti ambil masa setahun dua lagi sebelum nak masuk Malaysia.


Testimonial shaklee

Best gila baca testimonial MindWorks! Ini semua antara testimonial orang terawal yang shaklee bagi cuba MindWorks sebelum officially launch!

Banyak sangat pengisian di hari pertama convention shaklee. Saya terkesan dan insyaAllah akan ambil sebagai impak positif darinya. Korang macam mana pula?


Ida Khairani
Ibu anak-anak syurga,
Shaklee Independent Distributor
846056
013 488 2382

1 comments:

Travel ke US : Persediaan & Cara buat stok Susu ibu & training untuksusu botol

7:52 PM ida ahmad 1 Comments

Ibu sekarang dalam perjalanan ke US, insyaAllah untuk 10 hari lg. Buat pertama kali ibu tinggalkan anak-anak bawah penjagaan abah sepenuhnya.. Sedih, weird, risau, excited suam-suam.. It my me-time for the 1st time ever.. Never dream n never plan. Ini adalah reward dr bisnes shaklee sepanjang setahun. Cycle akan datang bakal ke Italy pula. InsyaAllah semoga next year, dapat bawa keluarga sekali.

Pertama kali berpisah dgn Nuh Iman yg berusia 7 bulan +, perlukan ibu buat stok susu sepanjang ibu tak ada. So apa yang ibu beli untuk tujuan membuat stok susu sepanjang 10 hari berjauhan ni adalah:

1. Plastik storage bag


Plastik storage untuk simpan susu yang diperah. Plastik storage ni lebih murah berbanding botol & tak makan space dalam frezer. Ibu beli brand Autumn rm12.50 untuk 25 keping & brand 'lupa nama' untuk harga rm10 ++ 25 keping. Disebabkan banyak stok EBM kena prepare , ibu habiskan semua bahan mentah sebelum fly ke US. So abah & tuk makan tapau ja la sepanjang ibu melancong. Kurang sikit tutup buka freezer.

Pada plastik storage bag ibu tulis tarikh dan jumlah susu dalam oz supaya bila nak minum, guna yang awal dulu. Kebanyakkan ibu prepare 3oz untuk Iman guna 1 sesi. Ada juga yang 1oz-2oz. Kalau Iman minum setiap 3 jam sekali 3oz, sehari akan ada 8 sesi. 8 x 3 x 10 hari = 240 pek EBM berisi 3 oz.

2. Warmer elektrik


Warmer elektrik untuk mudahkan abah nak hangatkan susu untuk Iman. Susu frozen ( EBM ) kena dicairkan dulu. So utk kegunaan esok, kena bawa turun dulu EBM tu dari freezer ke bahagian bawah peti ais. Susu yang masih sejuk dan dah cair / defroze, baru dipindahkan dari plastik storage ke botol susu untuk dipanaskan guna warmer elektrik. Ibu guna brand little bean, harga less 20% masa beli tu.



Warmer Little Bean



Macam mana nak guna warmer little bean? Dalam warmer kita isi air dan pusing ke gambar botol . Masukkan botol yang dah diisi susu. Lampu akan nyala. Bila suhu tu dah sampai 40 degree, dia akan auto off. Kita test la tengok susu tu dah suam ka belum sebelum bagi baby minum. Untuk makanan, pilih suhu yang ada icon bowl.

3. Breast pump


Breast pump ibu guna brand Avent. Memang dah beli sejak dari anak pertama, Nazhan. Masa beli pump elektrik dapat manual sekali. Selepas 6 tahun, yang pump elektrik tu dah rosak so ibu guna manual pump dan marmet ja la untuk purpose kumpul stok ni.

4. Streallizer


Microwave Steam Streallizer murah anakku

Streallizer pun memang dah ada. Ibu guna microwave steam streallizer brand Anakku Disney. Masa tertinggal streallizer ni di kampung, nak cari baru dah tak ada. Tak tahu la masih jual lagi tak. Memang best strealizer ni. Lepas basuh letak ja semu botol, pump, puting dalam tu, isi sikit air pada dasar dan masuk dalam microwave untuk 4 minit. Masa 2 hari tanpa streallizer, ibu just masukkan botol, puting dalam air sedang dimasak guna periuk atas api.

Ini hasil perahan susu ibu untuk Nuh Iman. Semoga susu ibu sentiasa cukup untuk anakku.

stok susu ibu banyak

Training menyusu botol, transition dari fully direct ke botol susu.

Ibu plan seminggu sebelum fly nak buat training utk Nuh Iman, tapi Nuh Iman tak sihat lepas raya & abah tak cuti. So sambil2 direct feeding & membuat stok, ibu sendiri bagi susu fresh pada Nuh Iman guna botol. Memang tak jalan langsung. Nuh main-main ja dengan puting tu. Hati ibu memang gelisah betul.. Dah tak excited nak ke US masa ni. Macam nak cancel pun ada.

Bila abah cuti sabtu, ahad terakhir tu, itu ja training yang betul2 tanpa ibu. Syukurrrrr sangat Iman nak minum bila abah bagi. Terima kasih Nuh Iman sebab sanggup mencuba dan sudi minum guna botol. Sayang Nuh Iman ketat-ketat tau.

Nuh Iman berjaya menyusu dengan botol selepas training yang sekejap

Masa malam waktu tidur tu, dalam 4 kali Iman jaga, 2 kali abah bagi guna susu botol. Iman layan Alhamdulillah. Bila Iman nak minum meniarap tu susah sikit untul botol. Tu yang dia boleh terjaga tu & nangis2. Takpa, insyaAllah nanti Iman akan biasa sebab anak kita ni pandai dan cepat adapt.

So hari ni, adalah masanya. Masa ibu tulis draft entry ni, ibu atas flight dah. Pagi tadi, Nuh Iman and abah hantar ibu ke airport KLIA. Abang Nazhan & Kak Iris tidur di rumah dengan tuk yang sampai semalam. Ibu sempat direct feeding Iman banyak dalam kereta masa hantar hero-hero ibu ke kereta dan sempat marmet untuk fresh EBM untuk sayang Nuh Iman. Syahdu sikit bila menyusu dan pesan-pesan kat Iman.

Pagi ni flight ibu ke LA guna Silk Airline (Regional Singapore Airline). Berlepas pukul 7.40 am lewat 10 minit, sampai Singapore 8.40. Teruss bergerak tanpa duduk pun di airport tu ke terminal 3, Changi Airport. Jauh berjalan & kena naik skytrain. Kalau yang tak larat jalan, silalah naik kerusi roda biar orang tolakan. Sampai di pintu A10 pukul 9.20am, terus masuk kapal yang dah sedia. Kami akan ke LA melalui Jepun. Kena stop isi minyak di Narita Airport, Tokyo. So, nak p Los Angeles, US ni, merasa la ibu airport singapore dan airport jepun. Oklah tu, sebelum holiday betul-betul dengan family ke Singapore dan Jepun.



travel tampa bayi yang mash menus



InsyaAllah kami sampai LA pukul 1.30 pm, selepas 19 jam perjalanan. KL-Singapore 45 minit, Singapore-Jepun 7 jam, Jepun-LA , 12 jam. Total atas flight saja dekat 20 jam! Suka tak??? Takpa movie banyak atas flight ni. Buku bawa banyak2 boleh baca. Tadi dah layan cita hindustan Chennai Express. Best!

Semoga pengembaraan ibu dengan geng Shaklee membawa rahmat, faedah dan motivasi buat diri dan anak-anak Shaklee Sxtraordinary Team. Terima kasih Allah atas peluang ni, TQ abang sebab bagi kebenaran dan full support.

Ibu anak-anak syurga,
Ida khairani
Shaklee independent distributor 846056
013 488 2382

1 comments:

Sekitar hari raya pertama 2014

6:24 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah, dapat merasa kemeriahan raya tahun ni. Pertama kali buat Nuh Iman. Tahun lepas masih pregnant. Raya tahun ni, selain dari baju raya kuning gold sedondon ni, anak-anak beli t-shirt baru. Seluar guna apa yang ada ja. Dari Nazhan turun ke Iris kemudian ke Iman. So, tak salah beli seluar jeans elok2, sbb memang boleh tahan lama.

Raya kami setiap tahun di Pulau Pinang sebab memang both Penang mali. Sehari tu memang boleh ronda rumah mak, mak mertua dengan tuk sekali.

SOlat hari raya dukung anak

Pertama kali juga Iman dapat solat hari raya dengan ibu. Pertama kali juga ibu solat dukung Iman sepenuhnya sebab Iman cranky pagi ni. Sebab xnak mengganggu jemaah lain dan safety purpose, ibu decide nak solat dukung Iman. Masa di masjid baru google camna rupa org solat dukung anak. Masa bulan puasa pun, sekali ja dapat terawih di masjid. Malam2 lain, Iman tidur awal sebelum sempat ke masjid. Sebab tu, Iman x biasa lagi kot.

Shaklee Ida Khairani Shah Alam dan Bukit Mertajam

Gambar diambil guna iphone dan monopod. Cun jugakan. Tak payah soh orang pegangkan dah. Trend sekarang selfie dan monopod. GoPro belum sampai seru lagi. Tudung Iris tu rembat ja mana yang ada, siap tudung sekolah tadika lagi. Sempoi!. Same with my tudung, tudung lama. Beli online dari kawan, labuh dan besar di bahagian belakang.. bidang besar. Tengah dok cari matching tudung, cuba yang tu masuk plk. Both my kak ipar, pakai tudung Bokitta. Gambar kat bawah ni.

Keluarga ida Khairani hari raya 2014





Masa jumpa tudung Bokitta tu di booth rasa tak berbaloinya beli, harga Rm1++ , end up macam shawl ja pun.
Harga shawl rm10 ja kot. Tapi bila tengok diorang pakai, cun jugalah. Ka sebab diorang yang cun. Haha!! Korang nampak tudung diorang serupakan .. tapi tak sama tau. Selamat.. Kang dah jadi boria Pulau Pinang. Corak sama tapi lilit2 tu tak sama. Tudung Bokitta ni mcm tudung express serlup ja tapi dah dililit dan dijahit siap2. Sesuai utk mak2 yg teringin berlilit - lilit tudung tapi anak suka menarik-narik tudung emaknya.

tudung<br /> bokitta close up

Kasi close up bagi yang nak cari tudung Bokitta! Kalau terjumpa orang jual ni, terjebak juga haku. Ya, dalam gambar tu, muka saya ja coklat, melayu asli. Maklumlah aktif sukan. Kuang kuang kuang !!!

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Ingat Shaklee, ingat Ida Khairani Ahmad

Ibu anak-anak syurga

0 comments:

6 Tip hamil cepat dan fungsi GLA untuk kesuburan

9:54 AM ida ahmad 0 Comments

Assalamualaikum .. :) GLA adalah singkatan untuk gamma linolenik asid. GLA terdapat dari pelbagai sumber dan yang glamurnya dari minyak biji benih evening primose, borage dan black currant. GLA atau gamma linolenik asid ni adalah asid lemak omega 6 dan asid lemak omega 6 GLA ni banyak faedah kesihatannya. GLA Complex Shaklee  dari sumber borage oil membantu dalam meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil, mencantikkan kulit, mengecutkan cyst, mengurangkan masalah jerawat dan jeragat serta mengurangkan simptom PMS, arthritis dan kencing manis.





Bagaimana GLA membantu kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil?




Kebanyakkan pasangan yang belum mempunyai zuriat dan mengalami masalah kesuburan adalah berpunca dari ketidak stabilan hormon. Terdapat pelbagai lagi kemungkinan lain. GLA membantu menstabilkan hormon. Jika wanita yang mengambilnya dan mengalami kecelaruan kitaran haid, GLA membantu menyusun atur kitaran haid wanita. Untuk memudahkan merancang kehamilan, kitaran haid yang tetap sangat penting untuk mengenal pasti waktu subur. Jadi, peluang untuk hamil lebih tinggi.



Selain itu, GLA turut mempengaruhi cecair faraj atau cervical mucus. Cecair faraj yang lebih likat membantu memanjangkan usia sperma. Cecair faraj atau serviks kelihatan seperti telur putih @ raw egg white, membantu kesuburan dengan menyediakan persekitaran yang sihat untuk sperma. Ini kerana dengan adanya cecair faraj yang sempurna, sperma lebih mudah meluncur laju dan berenang ke dalam vagina dan ke uterus seterusnya melakukan persenyawaan di tiub falopio. Jadi, keberangkalian dan peluang untuk hamil adalah lebih tinggi.







Jangan bimbang! Tidaklah semua kita perlu menitik beratkan pasal keadaan cecair faraj masing2 baru hendak melakukan persetubuhan. Ramai ja yang berjaya mendapatkan anak. Namun, ada pasangan yang mungkin perlu lebih prihatin dan mengambil tahu secara terperinci demi meningkatkan peluang mendapat anak. Ini kerana ada kemungkinan wanita tidak mempunyai cecair faraj atau keadaan cecair faraj yang terlalu kering. Ini menyukarkan pergerakan sperma. Jika cecair faraj terlampau banyak, over production, abundant, kemungkinan juga sperma sukar untuk menembusi cervix. Keadaan cecair faraj yang terlalu berasid juga tidak membantu sperma.



Jadi, apa lagi yang boleh kita buat untuk hamil cepat?


√  Minum air banyak. Ini kerana kandungan cecair faraj adalah 80-90% adalah air. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Jika suuusaaahh sangat, ada altenatif. Ramai penggemar teh hijau mendapati cecair faraj mereka bertambah. Namun, still tak ada kajian yang membuktikannya.


Nikmati jus anggur segelas setiap hari seminggu sebelum hari subur.  Jus anggur ni bersifat alkali. Persekitaran yang beralkali, lebih digemari sperma dan memudahkan pergerakannya.  Keadaan cecair faraj juga lebih nipis untuk membantu sperma menembusi cervix.



Makan sayur hijau! Selain sayur hijau, bawang, almond dan buah termasuk buah-buahan sitrus yang tinggi nilai PH atau bersifat alkali akan mempengaruhi badan kita. Jadi, secara tak langsung cecair faraj kita juga akan bersifat alkali. Dalam masa sama, limitkan intake makanan berasid seperi makanan diproses, tenusu dan daging. Bukan tak boleh makan, tapi MODERATE ! Terutama apabila mendekati waktu subur.



Makan bawang putih! Bagi wanita yang hadapi tak ada cecair serviks, makanlah bawang putih. Ajak suami juga makan. Bukan saja bawang putih bersifat antibiotik semulajadi yang membantu persekitaran faraj yang sihat, malah bawang putih turut membantu penghasilan cecair serviks. Nak order supplemen bawang putih, Shaklee ada.



√ Jangan lupa supplemen, GLA Complex Shaklee anda! Kerana badan menukarkan GLA kepada protagladins  di mana protaglandins ini meningkatkan pengeluaran cecair faraj yang sangat penting untuk persekitaran mesra sperma dan meningkatkan peluang dapat anak. Dengan persekitaran yang mesra sperma ni, kitaran hidup sperma dipanjangkan. Sekaligus meningkatkan kesuburan.



Kenal pasti waktu subur dan cuba sebaik mungkin!



[caption id="attachment_716" align="aligncenter" width="497"]keadaan-cervical-mucus Kenal pasti ciri-ciri cecair faraj @ cecair sekviks @ cervical mucus untuk kesuburan[/caption]






Lagi tip untuk hamil cepat di sini.



Selain tu, saya share juga benefit GLA yang bakal kita perolehi. Memang tak sia-sia GLA ni.. Banyak sangat kebaikan baik untuk lelaki dan perempuan.



Bagaimana GLA membantu mencantikkan kulit yang bermasalah?




Minyak borage yang berkepatan tinggi bagus dan memberi kelegaan untuk membantu masalah irritasi dan kekeringan. Individu yang ada masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis sangat digalakkan mengambil supplemen GLA untuk membantu masalah kulit mereka.



GLA juga adalh regimen kecantikan untuk kulit wajah lebih berseri!




Bagaimana GLA membantu mengecutkan cyst?




Antara punca utama cyst boleh wujud adalah hormon yang tidak stabil. Pengambilan GLA secara konsisten membantu menstabilkan hormon seterusnya memberi kesan pengecutan cyst dengan izin Allah.




Bagaimana GLA membantu mengurangkan jerawat dan jeragat?


Dalam GLA Complex Shaklee, terdapat juga Vitamin E. GLA membantu menstabilkan hormon yang sering menjadi punca jerawat. Vitamin E pula adalah anti oksida yang bertindak melindungi kulit dari radikal bebas, antara punca jeragat. Pengambilan gabungan Vitamin E dalam GLA membantu kesihatan kulit dengan mengurangkan jerawat, mencerahkan parut jerawat dan menurunkan risiko jeragat.




Apa kandungan GLA Complex Shaklee yang berbeza dari yang lain hingga banyak faedah dan kebaikannya?


Jika banyak supplemen GLA Omega 6 lain bersumberkan Evening Primose Oil, GLA Complex Shaklee adalah bersumberkan Borage Oil. Kami memilih Borage Oil kerana kualiti dan peratusan GLA dalam Borage Oil adalah lebih tinggi.


Berapa harga GLA Complex Shaklee?


Harga retail GLA Complex adalah RM91.25.



Nantikan review dan testimonial GLA Shaklee yang membantu kesuburan  !



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

cars order shaklee






Email admin untuk pertanyaan

Cara mudah jadi ahli shaklee

0 comments:

Baju Batik Sutera di Pusat Kraftangan Malaysia

6:30 PM ida ahmad 0 Comments

Masa bulan puasa baru-baru ni, kami ada berbuka puasa di Pusat Kraf Tangan Malaysia di Jalan Conlay, KL. Sebab sampai awal, kami ronda la dulu. Ada kuih raya, kraf tangan dan paling banyak adalah baju sutera batik. Saya memang old school sikit. Saya suka baju batik utk hari raya. Selalu setahun sekali saya belilah baju batik.

Dulu-dulu ada tailor yang akan jahitkan utk saya. Tailor saya di Bukit Mertajam tu semakin uzur sampai sekarang saya xdapat pengganti tailor. So dah banyak tahun, beli baju ready made ja.

Saya tak aspect or plan pun nak beli baju raya di Pusat Kraf Tangan sebab saya rasa harganya pasti mahal. Selalu jumpa di butik Shah Alam, macam PKNS or even di Terengganu baju kurung ready made batik sutera harga rm300 paling murah dan
boleh cecah rm400-500 kalau design cantik atau ada manik.

Tak disangka-sangka di Pusat Kraf Tangan ni saya boleh dapat lagi murah. Tak tahu la offer raya, stok lama or org dah tak minatkan.. Haha!! Janji saya minat lagi & cantik di mata saya. Dapatlah baju kurung raya sepasang ikut taste saya iaitu batik & tak ikut shape body. First time baju batik saya ada manik2. Saya dapat pada harga rm270. Ada kedai yang dapat rm250, ada juga yang rendah lagi tapi tak ada size. Yang lagi mahal pun ada tapi budget saya range tu ja.

baju kurung batik sutera ready made

Paling rambang mata tengok jubah batik tapi sebab tak nursing friendly tak dapatlah beli. Jadi, kalau korang peminat batik sutera Malaysia silalah ke Pusat Kraf Tangan Jalan Conlay tu. Pilihan sangat-sangatlah banyak.

Kalau nak pergi ni alamatnya Pusat Kraf / Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Sebelah dengan Hotel Royale Chulan.

baju kurung batik raya 2014

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382

0 comments: