Puasa pertama beranak 3
Dah pukul 6 petang.. Alhamdulillah, lagi sikit ja lagi nak complete puasa hari pertama.Disebabkan Iris masih beransur pulih dari demam, sebaik ja Nazhan pulih sepenuhnya, so ibu hanya terawih di rumah semalam. Tidur selepas terawih & tuam2 Iris sampai pukul 1 lebih, jaga untuk sahur pukul 5 pagi. Ibu memang tak masak time sahur, cuma perangat balik ja. Sahur pertama makan nasi arab, abah dan tuk minum performance drink dan ibu esp+mealshakes. Tak sempat nak pow performance drink tu. Ngam2 ja tengok jam pukul 5.45, air ibu pun tak sempat habiskan. First day selalu gitulah... Hehe.. Apapun Alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana nikmat dan rahmatMu.
Elok ja selamat sahur, Nuh Iman terus buka bekalan pertama pukul 6 pagi. Seterusnya pukul 9 pagi dan ibu sambung mengepam untuk bekalan Nuh Iman bila ibu ke US nanti. Dapat 3oz. Hari ni dahaga lebih sebab semalam ibu tak minum air banyak... Huhu.. Dengan cuaca mcm ni, memang tekak kering ja tapi Alhamdulillah tak lapar dan tak penat. Cuma pagi tu memang kalut sebab nak bagi makan Iris tapi bila dia minum ja muntah.. Kesian.. Dah tak mahu makan. Macam dah puasa ja Iris hari ni kecuali ubat demam ja masuk.
Petang, ibu tak plan nak masak hari ni. Abah p market borong sakan bahan mentah so ibu aim kalau boleh tak nak beli juadah kat pasar Ramadhan.
Akan kugagahi masak menu yang sedap2 aja Ramadhan ni. Ehek!! Tapi bukan hari ni, hari pertama harus perabih semua makanan yang masih ada di peti ais. Tak nak dah reheat berhari or membazir ke tong sampah. So sama macam menu sahur, nasi arab for berbuka.
Sebab dah siap menu utama, ibu buat kuih. Kuih pun yang senang dan cukup2 bahan.
Namanya: Ubi bakar dengan daging dan cheese @ baked potato with meat and cheese. Nanti ibu share resepi sebab baru pertama kali buat dan belum tahu lagi apa rasanya, hopefully sedap. Merata bedak kat orang ni. Haha!!
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
1 comments:
[…] Kenyang lebih lama.. bagus untuk yang nak berdiet, berpuasa dan jimat lagi ! Kalau bersahur, minumlah waktu sahur tu supaya tidaklah baru pkl 12 tgh hari dah lapar. […]
Post a Comment