Buat blog ala-ala status fb boleh tak?

11:37 AM ida ahmad 0 Comments

Kenapa blog ni sangat jarang diupdate sedangkan aktiviti banyak boleh diceritakan. Buat blog ala-ala status fb boleh..'Boleh boleh'..ohh..sendiri tanya, sendiri jawab.

At 11.32 am, masih taktau nak masak apa..anak demand nasi ayam tapi ayam pun tak ada.. kesian pula nk hadap telur untuknya. Plan nak buat masak lemak ikan masin. Hmm..perlukah makan di luar? Sempatkah nak packing-packing barang2 untuk dipos sebelum keluar nanti.. Kena solat sekali di luar..sebab kalau keluar tu, macam nak melencong jauh ja..ambil cinch vanila, order dari mama haziq..nazhan pun ada minta mainan angry bird. Ingat nak bagi budak2 main kat luar juga. So, haruslah sekali harung semua..

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Rajinnyaaa..

4:25 PM ida ahmad 0 Comments

Tu title entry untuk ibu... Haha!!! Kalau ibu rajin, anak-anak rajinlah.. Kalau ibu malas, anak-anak pun buku tak nampak.. Ngadap kartun, game dan sebagainya.. Betul tak?











- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Kebaikan Sedekah

11:16 AM ida ahmad 0 Comments



Sejak buat Shaklee as my main income ni, Alhamdulillah terasa lebih lapang. Bimbingan dari senior lebih bersifat islamic. Jadi, sedikit sebanyak baik saya kongsikan dengan yang lain.

Pernah satu ketika, saya frust sangat dengan layanan yang diberikan oleh seseorang. Oleh kerana frust menonggeng itu, saya telah belanja ibu saya dengan sesuka hati. Sebelum ni agak berkira. Haha!! Kerana nasihat daripada seseorang, kalau ada kesempitan tu, berbuat baiklah dan hadiahkan kegembiraan buat ibu bapa.

Alhamdulillah sejak dari itu rezeki bertambah. Begitu juga dengan sedekah kepada orang lain. Kalau kita rasa sangat berat nak dapat rezeki lebih, kalau yg berniaga pula, beratnya nak masuk sales, perbanyakkanlah sedekah. Kerana sedekah membuka lebih banyak pintu rezeki. Ia umpama, akar yang kian menjalar dan benih yang bercambah. Hasilnya, pokok makin kuat dengan membuahkan hasil yang semakin banyak dari setiap cabangnya.

Yang lagi best, pahala pun dapat. Semoga kebaikkan yang diberi dengan ikhlas itu mendapat ganjaran dari Allah dan kita sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak baik.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Aktiviti di Cameron Highlands

2:50 PM ida ahmad 2 Comments

Akhirnya penantian abah balik dari offshore tiba juga.. Jangan salah faham, ini masih mood flashback. Kisah 2 bulan yg lepas.

Kami book hotel online dan tinggal di Heritage Hotel. Hotel not bad la. Risau juga sebab masa baca review xberapa nak best. Mungkin masa kami pergi dah upgrade banyak.




Testing katil di Heritage Hotel.
Ok, PASS!!!


Antara tempat wajib adalah Ladang Boh. Dulu-dulu masa pergi tak perasan ada cafe untuk minum teh dekat kilang teh tu. Best, bolehlah order and test dulu rasa teh apa nak sebelum borong di kedai Boh.




Nazhan suka ambil gambar dan bolehlah diharap untuk mengambil gambar. Suka ibu. Bolehlah ibu posing. Kalau tidak, asyik ibu ja tukang ambil gambar.



My princess Iris



Oh.. Terasa nikmat teacino ni. Kalau tak bolayan ja.




Selain tu kami ke Strawberry
park. Ibu xda chance nak pick sendiri sebab Iris tidur dan laluan sempit nak bawa stroller.




Namun, hasilnya lumayan. Fresh strawberry yang besar-besar belaka hasil tuaian
Nazhan dan abah. Kalau xnak pick sendiri, ada banyak lagi yang fresh yang sudah siap dipack.

Apa lagi boleh buat di Cameron Highlands?

boleh makan steamboat
boleh pergi pasar malam di Brinchang tp hari Sabtu sahaja
ada honey bee park, boleh beli fresh madu
Ada ladang sayur, bunga
Boleh bergambar dengan permandangan yang sangat cantik dan replika buah-buahan besar
Shopping bantal strawbery, buah, sayur, bunga

Ha.. Silalah cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands!!!

P/S: Jalan ke sana kalau dari
Tapah sangat lengkang lengkok. Selamat husband gagah perkasa yg drive. Mengikut kata family in law, jalan dari Simpang Pulai(or utaralah) lagi ok untuk ke Cameron. Kurang lengkak lengkoknya.

Saya sangat suka holiday!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Go Kart at Shah Alam Circuit

8:31 AM ida ahmad 0 Comments

Nanti kita sambung refresh event yang berlaku dalam 2 bulan sepanjang x berapa rajin nak update blog tu.. Hari ni nak share aktiviti cuti 3 hari sempena cuti Hari Malaysia.

Hari Sabtu kami ke Damansara selepas mengambil stok vivix di Shaklee. Pergi berkunjung rumah ke rumah Haziq, best friend Nazhan semasa di WQ Park sempenan birthday adiknya, Wafiq.





Best.. Lama xjumpa ibu-ibu yang sering berkongsi cerita anak-anak sewaktu sekolah lama Nazhan. Haziq pun dah ke sekolah baru. Irfan lagi seorang kawan yang datang juga tapi masih sekolah itu pun menunjukkan peningkatan. Great!!!. Makanan pun best. Tq Sida, mama Haziq sebab jemput kami.

Iris tidur lama even dah sampai sana dan ditidurkan di bilik yang ramai budak-budak sedang bermain. Penat sangatlah, malam sebelum tu tidur lewat dan pagi bangun awal.

Ahad kami tinggal di rumah saja sebab abah puasa. Last day of Syawal dan last day of his puasa 6. Ibu ada keluar sekejap untuk cod set penyusuan di Macdonald, Klang Central pada Puan Wati. Malam baru pergi berbuka dan beli barang dapur di shopping mall.


Semoga Wati berjaya dalam perjalanan penyusuan kali ke -4 ini. Semua anak-anaknya(4 orang) mendapat nikmat susu ibu dan bijak-bijak belaka.




Layan motor di shopping mall

Isnin masih cuti. Heaven... Byk juga aktiviti nak dibuat hari ni. Tiba-tiba teringin nak main go kart. So kami ke Shah Alam. Alamak.. Tak dapat nak cerita panjang la, dah lewat nak hantar anak-anak ni. Layan gambar ja la.



Safety First




Drama Queen

Alkisahnya, ibu xdapat naik Go Kart even tiket dah beli sebab Princess Iris sedang berdrama. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Trial school

9:07 PM ida ahmad 0 Comments

Akhir Jun, Nazhan grad( suka hati grad sendiri) dari WQ Park, Jadi Julai Nazhan join sekolah Genius Aulad untuk 1 bulan trial. Baguslah sekolah benarkan trial. Cuma bayar yuran 1 bulan tanpa perlu bayar registration fee dan kos lain. Tambah duit untuk uniform dan buku bacaan.




Bila petang lepas ambil Nazhan, singgah minum petang di luar kalau rasa teringin apa2. Selalunya balik terus. Nazhan join sesi petang. Kadang2, kesian Iris. Sebab waktu nak ambil Nazhan balik, dia masih tidur. So terpaksalah angkat masuk kereta walaupun tidur.





Selepas sebulan, rasanya nak try di tempat lain pula. Sekolah ni bagus cuma ibu percaya Nazhan lebih enjoy dan sesuai learn through play and fun activity.



- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Leadersip Class.. latihan mendidik anak-anak Shaklee

8:24 AM ida ahmad 0 Comments

Sepanjang serius berniaga Shaklee ni, pantang ada kelas dan ada berkesempatan, ibu mesti join. Ilmu tu penting. Masa Jun lepas ada kelas di Sri Petaling. K Ann datang dari Miri dan peluang mendapat ilmu ni tidak harus dilepaskan. Lagipun kelas leadership, tak pernah ada kelas begini lagi. Anak-anak Shaklee pun dah ramai dan mungkin ibu juga perlukan suntikan baru tentang cara mendidik mereka supaya boleh sama-sama berjaya dalam bisness Shaklee kita ni.

Since abah masih belum balik dan tak nak lambat sampai pagi tu, last minute ibu decide nak tidur di hotel Sri Petaling ja, tempat event berlangsung. Alhamdulillah, rezeki lebih ada untuk tanggung sendiri  stay hotel tu. Lagi bagus, sepupu ibu, makngah Lina balik bercuti dari USM. Terus ambil makngah di Klang Central dan gerak p hotel sehari sebelum event.



Alhamdulillah, Iris dan Nazhan memang tak ada masalah nak stay dengan mak ngah di bilik.




Euphoria Leadership Class.. Masa ni baru naik senior supervisor. Memang perlukan leadership class ni sebab anak-anak Shaklee makin ramai dan mereka perlukan bimbingan. Kelas-kelas Shaklee kami memang free and easy. Anak-anak memang boleh dibawa bersama. Barisan hadapan itulah kekuatan ibu-ibu untuk mencari rezeki.



Lepas balik dari hotel yang tidak ada swimming pool itu, mandi di swimming pool rumah sahaja. Yeah!

P/S : Berminat nak cari peluang bekerja dari rumah atau side income lumayan, email admin[@]mysupervitamins[.]com. Shaklee main biz adalah supplemen semulajadi termasuklah vitamin c yang glamur itu, vitamin-vitamin untuk sihat, cantik, ibu menyusu dan pelbagai lagi.

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com


0 comments:

Train and Pink Obsession

8:02 AM ida ahmad 0 Comments

Tahun ni, beberapa kali abah terpaksa meninggalkan kita untuk bekerja. Kalau tanpa abah, memang berat sikit la ibu nak masuk kedai mainan. Merbahaya.. Semua nak diangkut Iris dan Nazhan. (Oh..rasa macam nak buka kedai mainan sahaja suatu hari nanti.. )

Kalau buat perangai kang, jenuh pula nak mententeramkan kalau dah masuk kedai mainan. Sekali sekali tu adalah. Terapi and reward.. sudahlah rindu abah yang berada di perantauankan..



Kalau dulu kecil2 memang rajin bawa dan boleh main for freee.... Bila dah besar, dah pandai minta.. mulalah, ibu abah pun malas nak masuk kedai mainan.. Mesti ada yang sangkut.. Tak kiralah walau di rumah tu, mainan sudah 1 kontena. Yang baru, mesti nak angkut juga. Oh my kids..



Iris pantang nampak pink..semua nak.  Berjaya juga menukarkan Lego 1 container tu dengan DVD Super Why, salah satu favourite series Iris dan Nazhan.

@ Toys R Us, Empire Subang. Date: Jun 2012. :D

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Demi Masa

7:23 AM ida ahmad 0 Comments

Errr...2 bulan membiarkan ceriterakami tersadai..errrr..kesian dia..asyik jaga mysupervitamins ja.. jap ya nak upload event2 yang berlaku..
Dah seperti status fb pulak ni..no idea nak tulis panjang-panjang, layan gambar k..

Demi Masa..



Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

1st Sport Day Nazhan

10:09 AM ida ahmad 2 Comments

Sport Nazhan sekolah Nazhan cool. Bertemakan Thomas and Friends sebab ramai ex schoolmates Nazhan ni peminat Thomas so cikgu2 pun faham.





Nazhan team merah, James. Lawakan semua khemas tapi team merah yang menang khemas tercantik. Yeah!! Congrates to teachers yang kreatif menghias.




Acara 1st, roll big ball.




Acara 2nd: Lari bawa batton berhalangan.



Acara ketiga: Lari bawa puzzle dan yang last person akan susun puzzle. Yang ni team Merah no 1.




Acara sampingan: Iris mengambil
kesempatan yang ada.




Acara ke-4: Isi air dalam bekas dengan menggunakan span.




Acara bebas bermain dengan adik.




The champion!




Teachers terima hadiah untuk khemas tercantik @ No 2 secara keseluruhan acara sukan.


Sangat happy. Perubahan yang
nampak dari sebelum acara sukan ni adalah Nazhan dah tahu nak cepat skt. Kalau tak, dia tak kisah pun slow. Even ibu kata fast is good. Dia jawab, No, Slow is good.

Bila dah ada training sukan di sekolah, barulah Nazhan kisah pasal nak superfast. Nak siap cepat. Nak buat kerja cepat. Baru nak bertindak bila ibu cakap dia superslow :P

Tapi superfast dia no 4. Dia tak suka no 1. Huhu camna tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

My Shaklee Biz - Mysupervitamins

8:14 AM ida ahmad 2 Comments

Impian setiap orang tak sama. Impian aku sejak dulu, mmg nak bekerja dari rumah sebab tu amik degree multimedia. Tak sangka lepas grad terus tercapai impian tu walaupun tidak dikejar. Haha!! Percaya tak, walaupun ada ijazah dan first class honors, kerja di opis tak sampai 3 bulan, tu pun gaji sebulan kena bayar balik sebab tak bagi notis berhenti sebulan.

Dan sejak itu bekerja dari rumah. Masa awal kahwin aku terus ikut suami tinggal di Miri, so aku pun ambil kesempatan untuk biz Sarawak Kraf. Oklah, pos order hanya pada setiap sabtu. Dapat juga rm500 sebulan. 2 tahun lepas bila pindah semenanjung, tiba-tiba kena bayar balik biasiswa YTM RM500 sebulan sebab syaratnya kena bayar dalam tempoh 9 tahun. Belajar di MMU memakan belanja 70K. Kalau aku tau, aku amik PTPTN ja dulu, at least first class, pinjaman dia wave. Takpalah, itu yang tertulis walaupun masa peringkat awal nak bayar tu, mak yang sponsor. Baik hati mak i.. :X

Ok, cerita pasal biz Shaklee yang telah menjadi kerja hakiki sejak 2 tahun lepas, mmg senang dan enjoy. Ya lah, tak perlu nk apply cuti dan boleh shopping on weekdays dengan anak-anak. Masa yang diperuntukan untuk Biz pula sama dengan masa org lain berulang alik ke tempat kerja iaitu hanya 2-3jam sehari. Itu yang heaven tu. The rest adalah kerja rumah dan driver pada anak-anak. Yang ni ganjaran syurganya di akhirat kelak.

Bila tanya Nazhan, bila besar nak kerja apa..dia jawab engineer.. macam abahnya. Lepas tu cucuk balik, tak nak bisnes ka? Boleh duduk rumah macam ibu. Dah la sekolah sekerat hari pun tak nak pergikan. :D. Nak juga kerja engineer. So, kenalah rajin ke sekolah. Dulu ibu dan abah pun pergi sekolah. :D Sebab tu abah boleh kerja engineer. Then naik airoplane, naik boat pergi offshore. HUWAAA :(( Saiko anak dan husband sendiri.

Siapa yang taknak berjauhan dari keluarga tu, silalah apply untuk jadi downline saya k. Haha!! Kena apply dulu walaupun confirm dapat. Sebab tak ada allocate berapa post yang kosong. Biz ni biz sendirian berhad. Even dah jadi downline, saya hanya boleh membantu dengan memberi coaching personal, online dan offline, dan ada provide kelas secara berjemaah on request. Yang harus bersedia dan tekad adalah anda sendiri.




Sambil mengendong anak pun boleh memberi talk - my coach




Shaklee mengeratkan hubungan


Yang paling best, selepas 2 tahun, dah tak perlu nak pikir kerja opis. Dulu rasa Shaklee ni sementara ja sebelum bersedia untuk bekerja di opis kembali. Namun selepas dapat pegang 10kali ganda dari jual Sarawak Kraf dulu, sudah confident untuk lebih fokus dan menyahut cabaran :D and go for 5 angka pula.




Supports just around us


Kalau 2 tahun lepas, liat dan pikir 10 kali untuk bersedekah, sekarang sudah faham sedekah tu kunci untuk murah rezeki. Alhamdulillah, sekarang lebih ikhlas untuk memberi dan mencari jalan untuk lebih memberi. Seronokkan.. ini rupanya keseronakan orang kaya yang sentiasa memberi dan bertambah tambah kaya dengan rezeki dari Allah.




Bapak-bapak dan suami-suami yang memberi full support. Suami zaman sekarang memang lebih terbuka dan understanding.


Semoga kita semua dapat mencapai impian kita dan mencari redha Ilahi.

Ida Khairani
www.mysupervitamins.com
www.ceriterakami.blogspot.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com

2 comments:

Hadiah Hari Bapa dari Nazhan & Iris

4:59 PM ida ahmad 0 Comments

Hadiah hari bapa tapi beli di Toys r Us. Boleh??











- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Good Bye Friends

9:56 AM ida ahmad 0 Comments

Nazhan akan ke sekolah baru buka sekolah nanti. Reason, untuk bagi pendedahan yang lebih, pembelajaran yang lebih mencabar dan persediaan untuk ke sekolah rendah.

Semalam buat farewell party di sekolah. Nazhan dan best friend dia, Haziq akan move forward. Haziq akan tukar dari 5 days ke 3 days. Nazhan akan trial 1 month di sekolah lain dan hanya continue untuk speech dan occupational therapy di sekolah ni. Ini supaya graf Nazhan tak turun sebab prestasi Nazhan up and down.

Tq teachers, staffs and kids at WQ Park. You all are so awesome!!!







Thank you & farewell cake






Nazhan, ibu, Iris and Teacher Wani. Tq teacher. You done well.





Best buddy, Nazhan & Haziq
Iris: " Stop.."






Iris "Janganlah.."






Sweetkan..
Iris: Ish ish.. Ingat iris jeles ka?





Hadiah dan kad perpisahan dari teachers


For the record, Nazhan ni speech delay. So selain pergi terapi pertuturan, kami masukkan dia special school ni start dari 10/2011 - 5/2012, 8 bulan. Alhamdulillah, banyak perubahan positif and its time to move forward!




- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Sekitar hari ibu

11:43 AM ida ahmad 0 Comments

Sebenarnya tak plan apa2 pun. Anak-anak kecil lagi. Abahnya pun buat dek ja. Sian ibu. Huhu..

Sekali tuk nak datang. Tuklang pun nak datang. So teruslah buat plan simple. Makan2 ja. Punya la unplan sampai market pun tak pi. Sebab time tu dah pukul 10pagi.

So decide beli ja semua. Lagipun kata hari ibukan. Haruslah ibu tak masak. Haha!! Kita minta abahnya sponsor sebab sapa soh dia xplan apa2 kan.

Bila malam..



Anak-anak dah ready dulu.




Penghibur lara




Yang dirai- cewah..




Lauk pauk

Tq abang sebab meraikan. Tq anak-anak sebab sayang ibu selama ini walaupun ibu garang macam siang. Kadang-kadang ja. Hehe. Selalu ibu lembut macam bidadari. Kekeke..

Tq my mom for all your love and care for me. Sayang mak:X


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Istimewa tak hari ibu. Yes for me :X

1:24 PM ida ahmad 1 Comments

Memanglah kita patut meraikan setiap hari untuk ibu kita. Namun, kita sering lupa dan kita sendiri sibuk dan tak sempat untuk diraikan atai meraikan.

Hari ibu hanya hari yang membuatkan kita sedar kita disayangi dan dihargai. Hari ibu juga membuatkan kita berfikir adakah kita dah melakukan amanah yang Allah berikan sebaiknya sebagai seorang ibu atau anak.




Hadiah hari ibu dari Nazhan.





Rantai atau crown sebenarnya yang dibuat Nazhan ni? Hanya Iris yang muat.

Kasih sayang yang diberikan Iris dan Nazhan serta suami membuatkan hari - hari ibu lebih bermakna, dipenuhi dan penuh dengan keceriaan dan tangisan. (Tangisan anak-anak)

Lets cherish our love and keep moving forward.




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comments:

Resepi mee goreng mamak

1:36 PM ida ahmad 0 Comments





Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning, dibasuh dan ditos

Ayam, daging atau fish cake dipotong dan sebanyak mana yang suka

1 biji bawang besar dikisar

2 biji bawang putih dikisar

Cilibo sesudu besar atau cili kering dikisar

1 sudu serbuk kari dibancuh

1 sudu kicap pekat

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram / sos tomato

2 biji telur

Sayuran mengikut citarasa seperti sawi, taugeh

Garam secukup rasa


Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sekejap & kemudian cilibo

2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air

3. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam, daging atau fish cake dan gaulkan sehingga masak.

4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram/tomato. Taburkan garam secukup rasa.

5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak.

6. Kemudian besarkan api serta pecahkan telur di tengah-tengah kuali dan kacau telur. Apabila telur dan agak masak, gaulkan dengan mee.

6. Masukan sayur dan gaul lagi sekejap dan padamkan api.

7. Untuk hidangkan boleh taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

8. Sedia untuk dimakan. Yum yum!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: