Ucapkan Bismillah dan basahi lidah dengan zikrullah

1:00 PM ida ahmad 0 Comments

Mulakan setiap amalan seharian dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. Apabila semua langkah kita dengan Bismillah, insyaALLAH, ALLAH memberi kita tempat di sisiNYA. Rata-rata manusia hanya mengingati ALLAH bila terdesak ataupun tersepit.

Maka jangan kita tergolong dalam manusia yang jauh dari rahmat ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH sangat suka pada hambaNYA yang sentiasa berzikir memujiNYA. ALLAH sangat suka pada hambaNYA yang banyak berselawat pada RasulNYA Nabi Muhammad s.a.w.
Allah suka pada hambaNYA yang berusaha menjadi lebih baik. Jauhkan sifat putus asa sebaliknya terus berusaha. Moga kita adalah tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat ALLAH.

Apakah zikir yang terbaik...paling mudah untuk diamalkan iaitu selawat nabi. Sesungguhnya ALLAH amat kasihkan Muhammad rasullah s.a.w....maka barangsiapa yang banyak berselawat nescaya wajahnya juga berseri-seri ibarat bulan purnama kata abah saya.

Zikir adalah makanan hati. Tanpa zikir hati menjadi kosong dan jika ini berlaku nafsu akan bermaharajalela.
Malas akan berlaku apabila hati dan jiwa kosong ...tiada nur dari nama2 ALLAH. Nauzubillah. Moga ALLAH menjadikan kita dan ahli keluarga kita sadalah antara golongan yang sentiasa mengingati ALLAH dan rasulnya.

Percayalah, apabila kita rajin membasahkan lidah dengan zikrullah, Allah membukakan banyak pintu rahmat buat kita. Bukan sekadar untuk rezeki, tetapi kasih sayang, ketenangan, kekayaan, kesihatan dan banyak lagi yang tak mampu saya nyatakan dalam bentuk kata-kata kecuali perasaan nikmat apabila kalian sendiri melaluinya.

Sekian dulu....sesungguhnya yang baik dari ALLAH dan segala kekurangan itu dari saya jua.

Moga kita menjadi umat nabi Muhammad yang dinaungi kasih ALLAH sentiasa. Ameen.
 

Ingatan untuk diri sendiri dan pada yang membaca.

Credit

0 comments: