Vivix untuk ibu bapa dan penawar magik

11:48 AM ida ahmad 0 Comments

Hari nak sambung lagi berkenaan produk Shaklee yg umpama "magic potion" iaitu vivix...(so, terlebih dahulu credit buat iffa dan kak nadiah)....tp mmg membaca kebaikan vivix seolah2 satu harapan baru buat mereka yg memerlukan di luar sana...jom kita lihat apa itu vivix?

Vivix adalah produk terbaru Shaklee:
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Apakah fungsi dan kelebihan Vivix ini..


1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wine merah tapi Vivix ni HALAL ya. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

Mari kita lihat pula apa kata mereka yang telah mencuba vivix:

Testimoni 1~puan fiza (credit to fiza)

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan.

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee.
Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang.

Testimoni 2
nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia.

Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.

Hari ketiga saya ada majlis yaasin ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterimakasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar.



Testimonial 3

Baru2 ni makcik ibu, mamaNoy telah memberitahu bahawa wife kepada Uncle Bob di suspect mengidap lung cancer memandangkan doc telah mengesahkan beliau tidak mengidap Tibi. Untie Liza dikatakan mempunyai nanah di dalam paru2nya dan ini telah menyebabkan auntie Liza mengalami batuk selama hampir satu tahun lebih. Keadaan autie Liza kian lemah , tidak bermaya dan tidak berselera. Pada mulanya ibu mencadangkan auntie Liza mengambil vitamin antioksidan seperti ACE namun setelah mempertimbangkan keadaan di mana ibu merasakan bahawa pasti beliau sudah tidak larat hendak menelan pil2 termasuklah ubat doc. Maka ibu mencadangkan beliau mengambil Vivix untuk rawatan dirinya. Alhamdulillah kini auntie Liza tidak kelihatan pucat seperti dulu(sumber dari uncle Bob semasa ibu telefon petang tadi). Auntie Liza juga mengatakan beliau merasakan badannya sedikit ringan dan bertenaga. Suaranya juga sudah sedikit ceria berbanding semasa awal2 ibu menghubungi beliau. Syukur alhamdulillah. Semoga kesihatannya bertambah baik. Ibu akan update lagi setelah sebulan beliau mengambil Vivix sebagai makanan tambahan harian beliau.

Testimonial 4

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

Bestkan vivix ni...anda ingin mencuba???Ianya cuma RM 380.00 sebotol dan penghantaran adalah percuma...Hanya sesudu teh sehari dan anda sendiri rasai perbezaannya...Jika di bandingkan dengan rawatan atau special treatment di luar sana yang berharga beribu2 (of course bila dah terdesak duit bukan satu masalahkan)...apakata anda cuba sesuatu yang bersifat semulajadi dan mudah2an anda juga turut mendapat manfaatnya...

Thats all tentang kebaikkan dan testimonial Vivix for now. Vivix tak boleh diambil oleh ibu yang menyusu dan pregnant moms. Kalau berkemampuan, sulalah dapatkan untuk ibu bapa sulaya mereka juga boleh sihat sejahtera. Doa saya semoga kita diberi kelebihan untuk
memilikinya dan menghadiahkan kepada yang tersayang.

Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: