Resepi Kek Batik

Jom buat kek batik nak! Salin resepi siap2 sebagai pembakar semangat.. Fuuhh!!!

Bahan-bahan :
1 cawan air
2 cawan milo
1/2 butter
1/2 cawan susu pekat
2 biji telor
dan semestinya 1 1/2 peket biskut marrie

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air, milo ke dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukan butter dan susu pekat. Kacau lagi sehingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam bancuhan dan kacau lagi dengan api perlahan...
3. Kemudian masukkan biskut marrie yang telah dipatah-patahkan. Kacau sekejap sehingga bersalut semua biskut tadi.
4. Akhir sekali, masukkan kedalam loyang atau bekas plastik. Tekan-tekan bancuhan tadi supaya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Ha, mudah bukan, selamat mencuba....

Credit to PERMATA HATIKU

Dah lama ibu tak buat kek batik. Masa kat Miri rajin juga buat kek dan testing buat kuih raya sebab ada oven. Kek batik boleh la cuba sebab tak payah guna oven. Percaya tak kek tiramisu yg sedap, delicious tu pun tak payah pakai oven. So alasan ja la kalau ibu kata tak ada oven, tak ada kek. Hahaha!!

Sudahkah anda melihat Promosi Bulan Mei. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Pump Modu dan Avent juga!

Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual di mana-mana cawangan Shaklee. Promosi dan tawaran istimewa hanya untuk pelanggan Shaklee2u dan kumpulan Euphoria Shaklee yang menyertai sahaja.

Ida Khairani

2 comments:

mutiara hati said...

Ida...
Saya pun tak ada oven tulah nak buat kek yang senang2 cam ni aje... kek kukus ke...boleh jugak kan... anak2 pun suka...

atulhani said...

salam.. baru buat kelmarin.. tapi saya nyer resepi tak letak telur.. hehehehe. apa2pun kek batik ni memang senang je nak buat kan ida kan.. hehe