Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

5:16 PM ida ahmad 0 Comments




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


P/s: Nazhan go crazy about this song! Iris pun sudah belaja sikit2x.


Jika anda berminat dengan produk Shaklee, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.

0 comments:

Diet Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak

8:45 AM ida ahmad 0 Comments

Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.



The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

 

Source dan credit . Gambar dari google image


0 comments:

Penat oo jadi fulltime housewife

11:54 PM ida ahmad 8 Comments

Pada sapa2 yg terasa jeles dgn stay at home mom or working at home mom macam aku, fikirkan sekali lagi.. Kalau tak ada org kat rumah siang, rumah pun tak la semakkan..



Pemandangan biasa lepas Iris makan..

Main ja lebih, berapa ketul ja masuk mulut. Penat ibu kemas setiap kali lepas makan. Kalau tak teruk, lap dgn kain basah ja. Kalau teruk mcm ni kena vacum dan mop.

Petang, abg pula tumpahkan susu. Mop seround lagi. Selamat makan b complex utk menenangkan dan kalsium supaya menjadi gagah perkasa. Kalau dulu, patah riuk pinggang ibu. Hangin pun hangin jgk.

Alhamdulillah dimurahkan rezeki dan dapat mengambil makanan tambahan. Untuk sustain tekanan di rumah. Ibu ni kurang kesabaran sebenarnya. Asyik nak marah ja kalau penat. Sekarang boleh controllah. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki lagi.

P/S:Teringin nak jadi mak dlm no ordinary family- super fast. Boleh buat mcm2 lagi..


- Posted using BlogPress from my iPhone

8 comments:

Masa untuk anak-anak

1:00 PM ida ahmad 0 Comments

Anak anugerah Allah. Ibu-ibu moden dan well-educated sekarang ni lebih tinggi awareness tentang pentingnya didikan dan belaian ibu bapa sendiri. Jadi ramai walaupun bekerjaya masih berusaha membekalkan susu ibu dan meluangkan masa berkualiti selepas pulang bekerja.

Suapkanlah anak dgn tangan sendiri jika kita sering membeli sahaja juadah harian kepada keluarga kerana ingin memberi mereka nikmat hasil tangan ibu. Mungkin ramai yg dah asuh atau cuba asuh anak makan sendiri. Baguslah. Jadi, apa kata masak pada hujung minggu atau suapkan mereka buah-buahan, jadi dapatlah juga mereka merasa air tangan ibu. Bukan apa, amalan yg kecil ini besar hikmahnya. InsyaAllah dpt membuatkan anak kita lebih mendengar nasihat dan tidak melawan kata-kata kita bila besar nanti.

Masa anak sulung saya kecil dahulu, harapan saya adalah nak latih dia independent dan semaikan ilmu sejak dari kecil. Apa yg saya buat? Semasa saya melakukan kerja-kerja rumah, saya biarkan dia bermain sendirian. Bila menangis atau sudah tidak mahu lagi bermain sendirian walaupun selepas diberi susu, saya letakkam dia berdekatan dengan saya. Contohnya di dapur. Saya berikan dia peralatan memasak yg betul dan tidak bahaya. Sambil memasak, saya akan bercakap apa yg saya buat. Mungkin ini dapat mententeramkan anak kita kerana rasa lebih selamat dan enjoy bermain kerana dpt toys yg lebih real dan "mak pn guna benda yg sama, yippie".

Ketika saya keluar jemur baju, ada pasu bunga berdekatan. Dia memang suka main tanah. Tension la juga tengok, nampak comot. Jadi, saya sapukan dettol hand sanitizer dan main la dia puas-puas. Lepas saya sudah, saya akan bersihkan tangan dan kakinya dgn air sabun. Mesti ramai budak yg melalak, sbb tak puas mainkan. Jadi bila dah masuk rumah, kita distract la dengan main dgn dia toys lain sekejap. Kita pun boleh duduk berehat selepas penat berdiri jemur bajukan. Ini boleh buat kalau anak dah rety jalan ja atau letak dlm walker kalau xrety jalan lagi.

Macam Iris, anak kedua saya, belum boleh berjalan. Keseronakan dpt keluar rumah pn memadai utk buat dia tenang. Jadi, saya letak dia dlm stroller atau walker sahaja semasa saya berkebun di luar rumah waktu petang. Dia pun buatlah observation dan capai apa yg tercapai tangannya.

Pada yg penat pulang bekerja, tension la dgr anak-anak menangiskan. Kesian.. Saya tahu tangisan budak-budak mmg boleh buat org tua stress. Banyakkan istiqfar, tenangkan diri. Pejamkan mata, istiqfar, bilang 1-5, sebelum p mengadap anak. Jgn lepaskan kemarahan pada mereka tanpa usul periksa. Dah tenang baru tanya kenapa. Lepas dah lepak2 kejap, main2 kejap, penat pn dh ilang, boleh la buat kerja kalau nk buatlah. Hehe.. Kalau dia xnak berenggang, bawak la dia tgk sekali apa yg kita buat. Tak payah dukung, penat. Kalau nk baby wearing ok la juga. Sebab tu la bibik2, pakai benda tu. Kita yg moden ni, cari la lawa-lawa skt, nk pakai pun terasa lawa dan anggun.

Setkan priority dan buat jadual utk mengurus masa dengan baik. Bukan zaman sekolah ja kena jadual, jadi parent pn saya buat jadual sebab time management saya agak fail kalau saya xnampak depan mata.

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Resepi Pasta Spiral Carbonara

7:50 AM ida ahmad 0 Comments

Bahan-bahan:




Sos Spageti Prego carbonara cendawan
Pasta spiral
Bawang putih yg dicincang
Daging cincang

Cara-cara:

1)Didihkan air dan masukkan spiral carbonara dgn sedikit minyak dan garam. Biarkan sehingga kembang lebih kurang 7-10minit. Lepas kembang,tapis utk buang air.

2) Panaskan minyak dan goreng daging cincang.
3) Bila daging sudah masak, masukkan bawang putih pula utk ditumis sekali.
4) Masukkan kuah prego carbonara dan *tambah air secawan/setin.(*optional)
5) Bila kuah dh mendidih dan pekat sedikit, tutupkan api.
6) Potongkan daun sup halus-halus utk dimakan bersama.






Senangkan, mcm masak sardin ja. Daging tak tambah pn xapa cuma nanti tak ada lauk pula.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh masa: 10 minit

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Shaklee2u.com: Testimonial Set Penyusuan Shaklee : Penyusuan susu...

12:15 PM ida ahmad 4 Comments

Hari ni saya nak berkongsi cerita seorang ibu yang tabah dan beristiqamah dalam usahanya memberikan susu badan buat kedua anak kembarnya. Allah pasti memberi ganjaran kepada hambaNya yang berusaha, berdoa dan bertawakal. Semua ini adalah asas bukan saja dalam penyusuan malah aktiviti harian yang lain. Semoga anda juga mendapat motivasi dan terbuka hati untuk mencuba vitamin Shaklee ini sebagai salah satu usaha anda.

Credit to Ina

Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 17bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa"Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..


Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?
Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe


Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?
Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinngalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makan berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?
Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT...

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?
Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .Jawapan kak N,Ina ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa

Selepas 12 hari....

Susu perahan 10 am = 4 oz



Susu perahan 3 pm = 9 oz



Susu perahan 11.10 pm = 10 oz

Apa kata N: Tahniah,itulah berkat kesabaran
Saya berusaha,bersabar,dan saya perlu istiqamah dan teruskan berdoa..Saya juga ingin berkongsi dan bersedia untuk membantu anda

Sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan 3 perkara yang selalu ibu ingatkan iaitu :
1. Sesi perahan yang konsisten iaitu perah setiap 3 jam.

2. Minum minima 3 liter air sehari. Perlu ada satu indicator memastikan pengambilan air yang cukup.

3. DOA yang berterusan. Ini adalah untuk kepentingan rohani. Roh yang sakit adalah ROH yang sentiasa tidak sabar, pemarah, merungut, tidak redha dengan aturan ALLAH serta TIDAK YAKIN dengan ALLAH. Maka DOA ini bukan sekadar menadah tangan ke langit dan meminta...ia perlulah dengan iringan solat sunat, zikrullah serta amalan2 yang baik. Renung2kanlah.

Credit

Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.

4 comments:

Shaklee2u.com: Susu Merudum ada penyelesaian

Alhamdulillah, semakin ramai ibu yang berjaya dan terus berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Bagi yang belum berjaya, jadikan kisah-kisah ibu yang lain sebagai pembakar semangat supaya anda tidak mudah putus asa. Kebanyakkan kegagalan penyusuan susu ibu adalah kerana kurangnya ilmu bukan kerana susu tidak ada atau susu merudum. Jadi, tambahkan ilmu di dada dan jangan malu bertanya. Jom ikuti kisah ibu hebat ini yang bangkit semula selepas susu merudum.




Assalamualaikum wrt,

Saya nak sambung entry tentang penemuan yang menyelesaikan masalah susu merundum saya beberapa bulan dulu..

Bila susu mula berkurang, baru la terhegeh-hegeh nak bukak balik forum susuibu.com. Dulu memang rajin jengah forum tu. Gali punya gali, terjumpa la blog AnakkuWiraku. Saya tertarik sebab first time dapat tau ada supplement yang dapat menambah susu ibu. Saya fikir, lebih baik amik supplement. Selain untuk banyakkan susu, dapat juga perbaiki kesihatan badan. So tanpa berlengah, saya pun order Trial Pack Set B untuk ibu menyusu.

First time consume, bila pam susu nampak berbezaan pada warna susu. Kekuningan. Seminggu saya makan set B .. susu still tak nampak peningkatan. Minum air banyak dah rasa... Tapi saya tak konsisten dalam mengepam. Kat ofis tu kadang-kadang meeting la, dan macam-macam. Jadi saya tak stick pada jadual mengepam saya. Kejap pam pukul 10, jam kol 11 jap kol 2. petang kejap kol 4, kejap kol 5... Agaknya susu tu nak keluar pun tak pasti bila sepatutnya nak keluar. haha..

Bila tengok hasil mengepam tiada perubahan ketara, mula la down.. makan vitamin pun mula tak konsisten. Tapi bila stok ebm mula merosot, saya sedar kembali. Saya belum mahu mengalah! Saya nak pastikan anak ke-3 saya dapat penyusuan penuh dari saya hingga sekurang-kurangnya 2 tahun!

Jadi lepas tu saya order pula ESP. Memandangkan dah belanja banyak, saya paksa juga diri supaya memenuhi syarat-syarat untuk memastikan pengeluaran susu bertambah:

1. Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari - saya buat sukatan. 2 x 1.5L tupperware.

2. Konsisten dengan jadual mengepam - pam jam 11 pagi, 4 petang, 9 malam dan pam sambil nenen pada waktu malam. Saya tak kerap pam di ofis sebab saya takut tak dapat nak menepati jadual. Saya rasa better 2x sahaja, tapi ikut jadual. Lepas tu bila susu dah konsisten baru saya pam 3x di ofis - 11 am, 2.30 ptg, 5.30 ptg. Alhamdulillah, so far dapat ikut jadual ni. :)

3. Sentiasa berdoa dan berdoa...

Alhamdulillah, dalam masa seminggu dah nampak peningkatan. Masa susu down, saya cuma dapat 2-3 oz sahaja sekali pam. Alhamdulillah, dapat upkan sehingga 5-6 oz sekali pam. Lagi best, dapat 2x let-down semasa pam. Saya ni pam guna Avent Manual je. Kira on each breast boleh dpt 1x let-down la pada satu sesi pam.

Oh ya! Lagi satu perkara yang saya perasan, hasil mengambil vitamin Shaklee... Sakit-sakit pinggang yang saya alami selepas habis berpantang dah hilang! Mula-mula tak perasan. Tapi tak lama tu baru perasan.. eh.. dah takde sakit pinggang la sekarang. Alhamdulillah.. :)

Terima kasih Kak N sebab memperkenalkan Shaklee kepada saya!


Set penyusuan Shaklee terdiri dari 4 jenis vitamin iaitu Vitamin C, B Complex, Vitelea(Multivitamin) dan Alfalfa. Kesemuanya membantu dalam menjaga kesihatan ibu secara menyeluruh dan menggalakkan pengeluaran susu ibu. Hanya 2 biji sehari untuk Alfalfa dan lain-lain 1biji sehari. Set trial pek didatangkan untuk penggunaan sebulan berharga RM80 bersama pos dan hadiah percuma. Ia dipek untuk memudahkan anda membawa ke mana sahaja. Jadi, tiada alasan lagi untuk teruskan penyusuan susu ibu yang berjaya walau di mana anda berada.



Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.

0 comments:

Gas habis..Petronas kan ada

9:00 AM ida ahmad 2 Comments

Aiyak, gas habis plk hari ni. Dekat 3 bulan guna. Kat Miri dulu, kami guna gas masak built it, murah ja. Masa nak install ja mahal tp bukan kami yg install pun. Murah la bulan2x, RM2 ja rasanya.

Bila gas habis ingat nak order Domino pizza sebab ada voucer percuma. Dapat voucer tu kerana diorang lambat deliver. Sekali expired 8hb Feb. Aduh, apsal la gas tak habis semalam. Tak perasan pulak expired date seawal itu. Ingatkan end of February.

Sebenarnya aku takut nak panggil lelaki datang rumah time husband tak ada walaupun anak2 ada. Sebabnya dulu ada drama kat tv yg dia kena rogol dengan orang yg hantar gas tu. Padahal dia kenal ja orang tu. Trauma juga aku. So, nama ja la aku dok rumah tp semua nak tunggu husband cuti or available, baru boleh settle. Macam nak report kerosakan apa2 kat rumah sementara ada warranty lagi ni, pun tak terpanggil-panggil.

So, since tak dapat nak masak lunch aku pun bawak la budak2 keluar makan di KFC, Setia Alam. Baru nak keluar, Nazhan dah melalak. Dia nk main game apatah, aku p buka game lain sementara nak siap. Melalak sampai la aku drive thru KFC tu. Dapat2 order aku terus sua, ngap terus fries. Lapar rupanya anak aku. Haha!!





Then aku parking. Hehe..nak makan kat situ ja tp saja drive thru. Kalau tak, macam mana aku nak p beli. Nazhan sah-sah melekat kat playground dia yg terletak sebelah luar KFC. Lepas parking, musykil juga macam mana aku nak usung 2 org budak dgn makanan yg 2-3 plastik ni. Stroller pula aku
Xbawa.





Ingat nak cancel dah tp dapat idea lari p letak kejap makanan atas meja and patah balik amik budak2x selepas usha line clear ja. Parking lot and tempat makan sekadar melintas jalan saja. Berbaloi juga la sebab Nazhan makan banyak juga. Mood makan dia 2-3 hari ni sangat mengujakan. Kalau tak, jumpa tempat main, makan dah lupa. Ni boleh datang sendiri kat meja, minta makanan. Bagus2x. Berkat aku buat solat Dhuha ni. Alhamdulillah..





Time nak balik dugaan jugalah. Selalu memang aku kena angkut Nazhan paksa rela. Ni tak cukup tanganlah. Aku dah riuh rendah bye-bye pun, dia dok berkeras juga. Last2x, aku hantar barang n adik dulu. Time tu, ada staff KFC kemas2 meja berdekatan, tak la dia sorang2x. Dah terlindung skt aku, baru Nazhan nak pakai kasut.





Akhirnya kami selamat pergi dan pulang. Perut pun dah kenyang. Alhamdulillah..



- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Ayam bakaq @ Jas Inn, Banggol Jas, Selama Perak

11:00 AM ida ahmad 0 Comments

Sempena cuti raya cina yg lalu, kami telah pulang ke kampung Selama Perak untuk menikmati ayam bakar makndak saya. Mari saya share resepi beliau.

Resepi chef Noor Zaini dari Jas Inn.

Ayam lumur dgn jintan manis, jintas putih, garam dan kunyit. Minyak sapu2x skt atas ayam masa nak bakaq tu utk taknak lekat saja.







Merenung ayam dari jauh.. Yang dlm perut pun dah masuk banyak..






Pandang sini ya hadirin..






Tu dia.. Chef Zaini






Masa untuk menyantap. Sila oh sila..




- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Jalan2 @ I-City Shah Alam

12:58 PM ida ahmad 1 Comments

I-city Shah Alam ni adalah tempat yg sangat menarik di waktu malam. Pokok-pokok asli dan tiruan dihiasi dengan lampu2 diod yg energy saving katanya. Replika2 binatang yg berkelip kelap juga ada. Kalau yang tak mampu berjalan jauh, sila bawa sendiri kerusi roda atau tumpang stroller budak. Hehe..




















I-city ni terletak di seksyen 7, Shah Alam. Bayaran nak masuk, RM10 satu kereta. Kupon parking kereta tu boleh redeem untuk masuk 2 parks, rumah salji atau makan2. Pilih salah satu ja. 2 parks tu Safari dan apa tah. Ada binatang2 yg dihiasi dgn lampu, boleh ja nak tengok dari luar, cuma nak ambil gambar close up kena masuk. RM2 ka RM2.50 mcm tu. So kalau tiket kereta RM10 tu, bolehlah 4 orang masuk.

Kalau xnak masuk, boleh dpt diskaun RM10 untuk makan di restoran dlm i-city tu. Boleh juga digunakan untuk masuk snow house yg tiketnya RM25, jadi RM15 seorang. Ni info yg aku ceduk dari kata-kata org yg jaga entry safari park.


Selain tu, di seksyen 7 Shah Alam juga ada Jekel, Butik Ariani(kalau xsalah), kedai makan Ani Sup Utara dan plaza perabot. Itu ja yg saya ingat, banyak lagi sebenarnya termasuklah Petronas yg ada A&W, jadi boleh solat disana. Bawa telekung sendiri ya sebab hari tu jam sebab telekung xcukup.

Sekian, laporan hari ini. Jangan tak pi pula. Penat aku story mory..


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comments:

Gathering MMU kliks

6:25 PM ida ahmad 0 Comments




Housewarming for my uni buddies




Celebrating Iris 1st Birthday as well.

Berjumpa dengan member U sangatlah seronok. Sebabnya aku boleh sembang banyak benda dengan diorang ni. How i wish i can meet them more often. Tapi baru 1st time datang diorang dh complain jauh. Haha!! Ya la Klangkan. All of them stay and leave in KL.

Travelling p oversea sakan, baru datang Klang dah sesat :P. Nanti aku kumpul duit banyak2, aku join korang holiday ok.
(even korang tak undang aku pun, haha)

Anyway, thanks sebab sudi pot luck di rumah aku.

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: