Beberapa tahun lepas, bila anak sulung lambat bercakap, kami ada hantar ke speech therapy.
Oklah, company cover, peace of mind.
Mmg jadi rutin utk ke terapi setiap minggu. Best juga.
Diorang ajar macam mana kita patut interact dengan anak kita supaya anak rasa motivated untuk bercakap..
Tak ada la asyik nak body language atau bubbling ja.
Bila umur dia 3 tahun +, kami hantar ke sekolah tadika. Dok sebulan tak sampai, kena panggil dengan cikgu.
Diorang rasa anak kami tak sesuai kt situ.
Bukan pasal kacau orang, tapi entahlah diorang aspect budak 3 tahun lebih dah paham bahasa dan boleh follow arahan..
My aspectation pula nak learning through play and have a lot of fun.
Masa ni memang menangis la.. Sebab anak kita tak sama level dengan anak orangkan, kena reject tapi bengang jugalah dengan sekolah tu. Wek
:P ( macam bagus sgtkan.. huhuhu )
Bila bawa jumpa Pakar Kanak-Kanak di SJMC masa tu, diorang suggest WQPark, Special School for Rehab. Bila pi survey, yurannya beribu-ribu lemon..
Jadinya kami yg reject sekolah tu.. Haha, sebab tak mampu.. tapi rezeki dan perancangan Allah luas..
Ada rezeki yang Allah beri buat anak sulung kami supaya dapat juga belajar di sana.
Budget very tight. Masa ni memang syukur sebab bisnes yang sekarang ni, bisnes on the go.
Tak perlu nak minta unpaid leave, tak perlu nak hire driver. Masa menunggu anak memang fully utililized utk bisnes online.
Time flies, anak saya Alhamdulillah so far perkembangan baik. Sekolah aliran biasa ja.
Ada saya support juga dengan multivitamin, Mealshakes dan supplemen utk otak, Omega. Saban tahun, prestasi meningkat dan dapat naik kelas.
Aturan Allah dah cantik jadi kami hanya cuba buat yang terbaik juga.
Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
Assalamualaikum... Hampir sebulan balik dari Seoul, masih lagi seronok dan rasa nak pi lagi.. Sebelum terlupa moments yang best ni juga untuk tatapan anak-anak bila pandai berblog nanti, ibu kongsikan memory kita.
 |
Nampak steady tapi hakikatnya.......
|
Ni kali kedua Nuh Iman naik kapal terbang. Iman ni memang peminat no.1 aeroplane.Masa mula naik baik ja, excited ja. Masalah bermula bila Iman tak nak pakai seat belt. Lepas tu, asyik2 tukar tempat. Last2 ibu yang duduk sebelah Iman sampailah kita landing. Selamat abang Nazhan dan kakak Iris follow ja, peel adik sorang ni.
 |
Lega..akhirnya Iman surrender juga.
|
Flight kita pukul 11 + malam. Mula-mula ibu risau juga kalau anak-anak tak nak tidur sebab layan movie. Mujurlah terlelap juga semua orang selepas separuh perjalanan. Cerah la dalam flight ni, tak bawa pula eye cover, selalunya dapat ja.
Iman la best, siap berselubung dan boleh angkat kaki atas seat. Pukul 4 ++ pagi diorang dah serve breakfast, sebab kami landing 6.20 pagi. Perjalanan ambil masa 6 jam ja. Breakfast in flight pun anak-anak tak makan. So stewardess dengan baik hatinya tapaukan untuk kita. Rezeki rezeki....
 |
| Yeah, touch down dengan selamat di Incheon. |
Waktu kami touch down 6.20 pagi tu suhu 6 degree. Semua orang pakat keluarkan hand luggage yang berisi jaket winter walaupun masih autumn. Iman ja masih tegar berseliper dan bersweater sahaja. Lepas-lepas imegresen dan ambil beg, terus ja keluar dari pintu ketibaan. Melilau cari information center.
 |
| Tourist Information Center di balai ketibaan |
Kat Tourist Information Centre, jangan lupa ambil segala map yang berguna in English. Masa di Malaysia tak dapat lagi peta-peta yang detail. Peta Seoul boleh dapat di sini dan peta-peta lebih detail berkenaan tempat menarik akan ada di Information Center yang ada di kebanyakan lokasi tarikan pelancong.
 |
Naik Arex untuk ke Gongdeok Apartment
|
Oleh sebab apartment kami bersambung terus dengan Arex train jadi kami pilih nak naik ni ja. Ada kupon less 15% dari
booklet Travel Korea untuk naik ni tapi kalau direct ke Seoul Station la. Oleh sebab Gongdeok stesen tak sampai Seoul Station lagi, jadi kami kena pilih naik Arex yang banyak stop bukan direct dan beli tiket di Ticket Vending Machine.
 |
| Mesin ni boleh reload juga rupanya. |
Kami dah dapat T-Money card sejak di Malaysia lepas register di Korea Tourism. Sebenarnya kami tak perlu pun beli tiket single journey masa naik Arex tu. Boleh ja guna mesin yang sama untuk reload money dalam kad tu sebab duit yang ada dalam t-money tu masih tak cukup untuk sampai ke destinasi kami tapi biasalah baru 1st time sampai, banyaklah try and error dan lesson learn.
 |
| Ini tiket untuk single journey naik Arex tu. |
 |
| Arex |
Seat dalam Arex sama macam LRT atau MRT di Malaysia ja. Kalau Arex yang direct tu ada seat macam Keretapi Tanah Melayu. Seat yang abah duduk tu, tempat untuk ibu pregnant dan parent dengan anak kecil. Ibu dan Nazhan kena berdiri. Orang tua pun kadang-kadang bagi kat parents yang dukung anak atau budak kecil duduk walaupun diorang sebenarnya dah dapat seat.
 |
| Pemandangan dari dalam Arex |
Alhamdulillah sampai juga ke rumah sewa kami sepanjang 6 hari di Seoul. Apartment ni bersambung terus dengan stesen subway Gongdeok. So manyak senang woo.
 |
| Rumah Kami |
Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
Antara khidmat sukarela saya adalah konsult parent yg ada anak speech delay dan kenal pasti tanda2 awal anak autistic, selain dari Pengedar Shaklee yang sah.
.
Percaya ka? .
.
.
Tak ada tauliah pun. Nantilah ada kerajinan kita p sambung belajar. Ini cuma sedikit pengalaman saya.
.
Cara - cara nak hadiri speech dan occupational therapy untuk anak.
.
1. Bawa anak ke klinik, nyatakan concern anda dan minta surat reference ke hospital.
2. Jumpa pakar kanak-kanak hospital & mereka akan refer ke therapist plk.
3. Kalau hospital ada speech & occupational therapy, akan ada quentiore utk parents isi utk kenal pasti ciri-ciri anak macam di Sime Darby Medical Center, Subang Jaya.
4. Kalau mmg ada speech delay & hanya ada speech therapy ja di hospital tu, terus la set appointment mcm di DEMC, Shah Alam.
5. Hospital kerajaan maybe dpt sebulan sekali & selebihnya kena rajin apply di rumah.
6. Hospital swasta bayaran mungkin sekitar > 90 ke atas persesi. Call utk cek sama ada hospital tu ada terapi tak sebab tak semua hospital ada. So pilih hospital yg ada pakar kanak-kanak & terapi utk dirujuk sejak di klinik lagi. Ada company insurans yg cover terapi kanak-kanak, so tanyalah dulu.
7. Sesi terapi selalunya parents akan join utk belajar sama dan apply di rumah. 1 sesi selalunya sejam.
.
All the best !
" Early Intervention Makes a Huge Difference for Autistic Children "
Ibu,
Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com
Mesti ramai yang plan bercuti cuti Malaysia cuti sekolah ni dan Pulau Pangkor antara destinasi menarik yang orang paling suka.
Banyak ka tempat best untuk melawat ? Berbaloi ka ke sana?
Pendapat saya, Pulau Pangkor adalah destinasi budget yang orang Malaysia mampu dan patut pi. Untuk ulang kali kedua dan seterusnya tu terpulang tapi yang tak pernah pi patut pi la.
Naik bot pun kejap ja 20 minit. Sehari ja dah boleh round 1 pulau dengan shopping sekali. Makanan dan barang pun tak mahal. Kalau malas nak angkut barang shopping, boleh ja beli di Lumut.
Ini peta untuk rujukan para pelancong ke Pulau Pangkor. Ada masa pergi dan balik ke Lumut-Pulau Pangkor juga senarai tempat menarik di Pulau Pangkor.
Di sana nanti boleh sewa van, kereta atau motor. Malas nak drive, naik teksi ja.
 |
| Peta serba guna di Pulau Pangkor |
Tempat menarik di Pangkor tu korang boleh tengok lambang i : Must Visit.
1. Kota Belanda
2. Batu Bersurat
3. Kilang Satay dan Produk Laut
4. Foo Leng Kong Temple tu ada Tembok Besar China yang miniture.
5. Tempat buat kapal ( ushar gitu-gitu ja)
6. Waterfront temple tu.. boleh tengok dari atas bot.
7. Snorkeling di Pulau Giam
8. Makan - makan di Teluk Nipah.
9. Kalau naik bot ke Pulau Giam, first time bolehlah kalau nak tengok batu-batu yang kena hakisan dan membentuk seperti penyu, buaya dan etc. Untuk kali kedua ketiga, terus ja pergi snorkeling ! Jimat masa boleh berendam lama2.
10. Aktiviti sukan pantai boleh ja buat di Teluk Nipah.
Ida Khairani
www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com ( Pengedar Shaklee )
www.sarawakauthentc.blogspot.com ( Pengedar Tikar Sarawak )