Day 0 : Seoul Autumn Adventure Bermula

12:21 AM ida ahmad 0 Comments

Assalamualaikum... Hampir sebulan balik dari Seoul, masih lagi seronok dan rasa nak pi lagi.. Sebelum terlupa moments yang best ni juga untuk tatapan anak-anak bila pandai berblog nanti, ibu kongsikan memory kita.


Nampak steady tapi hakikatnya.......



Ni kali kedua Nuh Iman naik kapal terbang. Iman ni memang peminat no.1 aeroplane.Masa mula naik baik ja, excited ja. Masalah bermula bila Iman tak nak pakai seat belt. Lepas tu, asyik2 tukar tempat. Last2 ibu yang duduk sebelah Iman sampailah kita landing. Selamat abang Nazhan dan kakak Iris follow ja, peel adik sorang ni.


Lega..akhirnya Iman surrender juga.

Flight kita pukul 11 + malam. Mula-mula ibu risau juga kalau anak-anak tak nak tidur sebab layan movie. Mujurlah terlelap juga semua orang selepas separuh perjalanan. Cerah la dalam flight ni, tak bawa pula eye cover, selalunya dapat ja.

Iman la best, siap berselubung dan boleh angkat kaki atas seat. Pukul 4 ++ pagi diorang dah serve breakfast, sebab kami landing 6.20 pagi. Perjalanan ambil masa 6 jam ja. Breakfast in flight pun anak-anak tak makan. So stewardess dengan baik hatinya tapaukan untuk kita. Rezeki rezeki....


Yeah, touch down dengan selamat di Incheon.



Waktu kami touch down 6.20 pagi tu suhu 6 degree. Semua orang pakat keluarkan hand luggage yang berisi jaket winter walaupun masih autumn. Iman ja masih tegar berseliper dan bersweater sahaja. Lepas-lepas imegresen dan ambil beg, terus ja keluar dari pintu ketibaan. Melilau cari information center.

Tourist Information Center di balai ketibaan

Kat Tourist Information Centre, jangan lupa ambil segala map yang berguna in English. Masa di Malaysia tak dapat lagi peta-peta yang detail. Peta Seoul boleh dapat di sini dan peta-peta lebih detail berkenaan tempat menarik akan ada di Information Center yang ada di kebanyakan lokasi tarikan pelancong.


Naik Arex untuk ke Gongdeok Apartment

Oleh sebab apartment kami bersambung terus dengan Arex train jadi kami pilih nak naik ni ja. Ada kupon less 15% dari booklet Travel Korea untuk naik ni tapi kalau direct ke Seoul Station la. Oleh sebab Gongdeok stesen tak sampai Seoul Station lagi, jadi kami kena pilih naik Arex yang banyak stop bukan direct dan beli tiket di Ticket Vending Machine.

Mesin ni boleh reload juga rupanya. 


Kami dah dapat T-Money card sejak di Malaysia lepas register di Korea Tourism. Sebenarnya kami tak perlu pun beli tiket single journey masa naik Arex tu. Boleh ja guna mesin yang sama untuk reload money dalam kad tu sebab duit yang ada dalam t-money tu masih tak cukup untuk sampai ke destinasi kami tapi biasalah baru 1st time sampai, banyaklah try and error dan lesson learn.

Ini tiket untuk single journey naik Arex tu.

Arex

Seat dalam Arex sama macam LRT atau MRT di Malaysia ja. Kalau Arex yang direct tu ada seat macam Keretapi Tanah Melayu. Seat yang abah duduk tu, tempat untuk ibu pregnant dan parent dengan anak kecil. Ibu dan Nazhan kena berdiri. Orang tua pun kadang-kadang bagi kat parents yang dukung anak atau budak kecil duduk walaupun diorang sebenarnya dah dapat seat.


Pemandangan dari dalam Arex

Alhamdulillah sampai juga ke rumah sewa kami sepanjang 6 hari di Seoul. Apartment ni bersambung terus dengan stesen subway Gongdeok. So manyak senang woo.

Rumah Kami

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: