Resepi mee sanggul goreng simple

Mee sanggul goreng ni adalah favourite ibu ni.. 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee sanggul direndam & ditos
3 cili hidup/merah di tumbuk separuh halus
1 peket kecil udang kering ditumbuk separuh halus
1 genggam kucai dipotong
3 ulas bawang kecil dipotong
2 ulas bawang putih dilenyek/ketuk
Sedikit garam secukup rasa



Cara- cara buat mee sanggul goreng
1. Tumis bawang kecil dan bawang putih
2. Bila garing & naik bau, masukkan cabai yang telah ditumbuk
3. Bila agak sudah hilang pedas @ cabai masak, masukkan udang kering
4. Agak-agak udang dan lembut, masukkan mee sanggul & gaul rata.
5. Tambah garam & kucai. Garam tak perlu banyak kerana udang kering dah masin. Siap!


Ikhlas dari:
Chef Ibu Ida Khairani
http://www.ceriterakami.com
http://www.mysupervitamins.com - Vitamin Shaklee kita
http://www.sarawakauthentic.com - Tikar Segak Emas

Baby no 3, life in Terengganu & travelling with kids to Penang

Salam & Hi All,

Ampun dan maaf sempena hari raya yg mulia dan kerana berkurun tak update blog. Vacuum jap sawang.. Haa.. Bersinar kembali. Banyak sangat perkara yg jadi tapi entah kenapa tak terupdate. Ya aah..salah satu sebabnya adalah kerana kami akan menyambut ahli ke-5 @ anak ke-3 dalam keluarga kami. Mengikut history, kalau pregnant ja memang internet sickness akan muncul. Alhamdulillah, kini baby dah 23 minggu, healthy and kicking !

Selain tu, kami dah merantau ke Pantai Timur sejak sebelum raya kerana follow abahnya out station. Cuma sementara waktu sahaja tapi lama jugalah anak-anak terpaksa tuang sekolah. Jadi, lepas cuti sekolah sempena raya, ibu pun ke hulu ke hilir cari sekolah sementara & Alhamdulillah ketemu sekolah yg sudi menerima kami.

Swimming Pool kanak-kanak di Resort World Hotel, Kijal, Terengganu yg awesome !

Bertempat di Little Khalif, Paka anak-anak ibu akan sambung menimba ilmu. Budak2 yg biasa bersekolah, bermain dan bersosial tak tahan lama bercuti. Anak-anakkulah. Sejak minggu akhir cuti raya lagi semasa di Hotel Awana @ Resort World, bangun pagi kata nak p sekolah, soh send video pada aunty Dira & nak bawak itu ini ke sekolah utk show off. Haha!! Kidsss..

Kami akan stay di Rumbia Villa Resort, Paka dengan jasa baik kawan husband yg sudi berpindah keluar & stay di Residence Paka disebabkan Rumbia fully booked. Mahal2 pun fully booked, ok. Mungkin ada event kot bulan 8 & 9, sambutan merdeka di Terengganu ka tahun ni?

Bersedia untuk sekolah dengan berpakain raya sempena Jamuan Aidilfitri

Tak sampai seminggu sekolah, terpaksa pula mohon cuti kerana ada urusan di
kampung halaman. Permintaan ayahanda, serba salah tak tunaikan. Flight khamis lepas sekolah pkl 3.30 dari Kuantan direct ke Penang. Kami sampai pkl 3.20 di airport hasil pecutan sebaik saja keluar rumah. Memang jadi last passanger. Terima kasih pada Fire Fly kerana consider kami & tak tinggalkan kami 3 beranak yg dah buat web check in. Paling syukur, anak2 behave very well walaupun Nazhan xsihat & Iris pun bagus ja. So, ibu pun relax dan calm traveling with 2 kids and a baby in my belly..  :)

Now in Penang !

Resepi kerabu perut

Resepi yang bakal dicuba. Hopefully jadi kali ni. Sebelum ni 2 percubaan jadi tapi tak sama macam yang dikehendaki.
Yang diidamkan sama dengan makan di satu restoran tu. Kalau jadi, nanti bakal kutempek gambar ya. Bukanlah hari ni.. Soon... Aktiviti bila pergi ke market, akan breakfast sambil google resepi cum buat senarai barang. Punyalah last minute..

KERABU PERUT

250 gm perut
taugeh
kacang panjang
1/2 bwg besar
2 sudu udang kering
1 sudu kecil kerisik- optional
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/4 biji lemon (perah jus lemon)
5-10 biji cili padi
3 sudu besar kelapa kering digoreng kekuningan

cara:
1) rebus perut sehingga empuk bersama sedikit garam. Jika rebus menggunakan periuk tekanan, msk 30-40 minit.
2) kacang pancang dipotong kecil2. Taugeh dibuang ekor. bawang dimayang nipis2. potong cili kecil2.
3) tumbuk udang kering dan separuh bwg yg telah dimayang. tumbuk juga cili padi supaya rasa kepedasan cili sekata.
4) goreng kelapa kering hingga kekuningan.
5) campur kesemua bhn2 di atas. gaul hingga rata. masukkan garam, gula dan air perahan lemon. siap utk di mkn.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Percutian ke Gold Coast, Morib yang sempoi



2 Mac 2013


Hari ni Birthday aku yg ke 31. Oh.. Napa banyak sangat sedangkan aku masih muda remaja. Jiwa remajalah. Muka dah xberapa, begitu juga dgn body. Huhu. Kecuali ketinggian yg masih mcm budak form 2. Sadis.. tapi besday thn ni plg best la sejak jadi wife ni. Hehe..

Mlm birthday aku tu, Iris dah tidoq. So abang & Nazhan nyanyi lagu besday, bawa cup cake & card dr dlm bilik tidur. Aku dok tgk tv kat luar. Terharu & rasa best juga.. Time tu rasa aiseyman.. Aku x prepare apa2 pn kat dia.. Aku ada tanya nk beli apa dia kata nak buku. Buku2 ni haruslah beli sendiri,
Xkena dgn jiwa kang, berabuk ja.

Sabtu 2hb, aku baru nk packing brg utk ke Morib Gold Coast. Kami gerak pukul 12. Sempat singgah di GM Klang lunch dan cuci mata. Actually dah byk kali aku nak mai sebab nk cari hair clip Iris yg tinggal seketul2, xada pasangan masing2. Belilah berapa papan hair clip pun.. Lama2 habis juga. Kali ni aku beli 4 papan.. Mari kita tgk berapa lama bertahan.

Sampai Morib pkl 3pm. Ramai org tgh nk check in. Bila dapat kunci & sampai bilik, diorang tgh cuci. Biliknya boleh tahanlah.g cool la. Ikut pengalaman aku p tambun, hotelnya macam mcm hotel budget. Even
Hard Rock Hotel Penang yg bilik rm500 pun aku rasa mcm Tune hotel ja. Kekeke tapi bilik di Morib ni mmg oklah utk rate dia. Bilik besar dgn balkoni, katil besar, bilik mandi besar dgn jakuzi lagi.




Lepas solat, kami kejut Iris yg lena sejak dalam perjanalan. Steady ja dia bangun n nak terus mandi..Dah nak turun mandi. Aku pun dengan tak berapa malu, join sekaki mandi.. Bila nak insaf ni, umur dah 31 tahun.. Since semua nak terjun kolam, so kami sewa locker rm5 simpan kunci bilik & seliper. Seliper pun nak simpankan.. kekeke..






Theme park tutu pukul 7. Kami mandi dari pkl 5, lepas asaq. Puaslah.. selagi tak buang tagging tangan tu, esok boleh masuk lagi. So, esok seround lagi sebelum check out.








Malam kami google la nak dinner kat mana.. Jumpa 1 blog tu katanya 20 minit dari hotel ada tempat makan best.. aku pun dah lupa nama tempatnya..Tanjung Sepat kot..tapi dekat dengan Sepang Gold Coast n sesungguhnya perjalanan bukanlah 20 minit tetapi dekat 45 min ke sejam.. Dengan parking full and terpilih kedai yang hampeh..kami balik hotel dekat pukul 11 malam dengan makanan yg ta berapa nak sedap...half tapau sebab kesian kat anak dan aku yg kena gigit nyamuk. adeh..tragis2..




Anak2 yg dah penat seharian berjalan dan bermandi manda memang dah mengantuk gila masa tunggu makanan tapi masa on the way balik tu, kami singgah beli roti di kedai minyak terus segar bugar.. Last2 aku yg lena dulu malam tu.


3 Mac 2013



Hari ni birthday husband aku pula..Oh..aku tak ada surprise untuk dia.. Usaha aku yg terakhir untuk beli kek dan kad tak berhasil sebab tak jumpa2 kedai yg jual kad & misi yg perlu cover line dari dia..Huh Agak impossible.. Last2 masa tunggu makanan semalam, aku edit gambar kami ja guna iphone n email kat dia di ambang birthday dia. " Happy Birthay, abang, XOXO"








Breakfast hari ni included and makanan banyak sama juga dengan orangnya. Oh..kami beli pakej ni di Adudu  Website...Eh, Agoda ! Sebab last minute..Even dah lama plan, masa tu website Gold Coast sendiri dah Sold Out dan bila call reservation pun bagitau dah Sold Out. Diorang dah peruntukan untuk Agodakan.. 

Masa breakfast, panjang line and dibuat di tempat open tepi pantai.. sebab ramai sgt orang masa weekend tak muat nak berBuffet dalam restoran diorang...Best ja. Lepas makan, kami terus main pasir di pantai. Geram tengok orang main bola tampar. Rasa nak ja buat muka tak malu join sekali. Huhu.. tapi husband aku pemalu orangnya, so kesian pula nanti kalau dia malu dengan bini dia yang mcm bagus ja main volley ball. So, abaikan ja la.. 







Lepas main pasir n laut yg tak berapa sesuai nak bermandi manda tu, anak2 and husband sambung mandi di Theme Park. Aku pula naik bilik jalankan tugas hakiki seorang isteri, iron baju dan packing barang. Huhu...pukul 12 nak check out dah kan.. ..Ops..pukul 11.15 ke pukul 11.30 sempat lagi aku turun water theme park untuk rendaman terakhir. 




....tapi nasihat aku..kalau pergi weekend ni, tak perlu nak kelam kabut checkout pukul 12, sebab line nak check out berjela jela.. Aku rasa pukul 3 baru kami selamat check out kot( or awal sikit tak ingat sebenarnya).. Sempatlah budak berdua ni cari kawan dan bergambar2.






4 Mac 2013

Aku minta husband cuti sebab nak dating berdua ja half day. First time buat kerja gini. Menarik juga!!!


Lepas ni mana pula ya..maybe Kerteh or Kuantan? Aku sangat suka berjalan jalan !!!



Ida Khairani


www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Buat blog ala-ala status fb boleh tak?

Kenapa blog ni sangat jarang diupdate sedangkan aktiviti banyak boleh diceritakan. Buat blog ala-ala status fb boleh..'Boleh boleh'..ohh..sendiri tanya, sendiri jawab.

At 11.32 am, masih taktau nak masak apa..anak demand nasi ayam tapi ayam pun tak ada.. kesian pula nk hadap telur untuknya. Plan nak buat masak lemak ikan masin. Hmm..perlukah makan di luar? Sempatkah nak packing-packing barang2 untuk dipos sebelum keluar nanti.. Kena solat sekali di luar..sebab kalau keluar tu, macam nak melencong jauh ja..ambil cinch vanila, order dari mama haziq..nazhan pun ada minta mainan angry bird. Ingat nak bagi budak2 main kat luar juga. So, haruslah sekali harung semua..

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Rajinnyaaa..

Tu title entry untuk ibu... Haha!!! Kalau ibu rajin, anak-anak rajinlah.. Kalau ibu malas, anak-anak pun buku tak nampak.. Ngadap kartun, game dan sebagainya.. Betul tak?











- Posted using BlogPress from my iPhone

Kebaikan Sedekah



Sejak buat Shaklee as my main income ni, Alhamdulillah terasa lebih lapang. Bimbingan dari senior lebih bersifat islamic. Jadi, sedikit sebanyak baik saya kongsikan dengan yang lain.

Pernah satu ketika, saya frust sangat dengan layanan yang diberikan oleh seseorang. Oleh kerana frust menonggeng itu, saya telah belanja ibu saya dengan sesuka hati. Sebelum ni agak berkira. Haha!! Kerana nasihat daripada seseorang, kalau ada kesempitan tu, berbuat baiklah dan hadiahkan kegembiraan buat ibu bapa.

Alhamdulillah sejak dari itu rezeki bertambah. Begitu juga dengan sedekah kepada orang lain. Kalau kita rasa sangat berat nak dapat rezeki lebih, kalau yg berniaga pula, beratnya nak masuk sales, perbanyakkanlah sedekah. Kerana sedekah membuka lebih banyak pintu rezeki. Ia umpama, akar yang kian menjalar dan benih yang bercambah. Hasilnya, pokok makin kuat dengan membuahkan hasil yang semakin banyak dari setiap cabangnya.

Yang lagi best, pahala pun dapat. Semoga kebaikkan yang diberi dengan ikhlas itu mendapat ganjaran dari Allah dan kita sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak baik.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Aktiviti di Cameron Highlands

Akhirnya penantian abah balik dari offshore tiba juga.. Jangan salah faham, ini masih mood flashback. Kisah 2 bulan yg lepas.

Kami book hotel online dan tinggal di Heritage Hotel. Hotel not bad la. Risau juga sebab masa baca review xberapa nak best. Mungkin masa kami pergi dah upgrade banyak.




Testing katil di Heritage Hotel.
Ok, PASS!!!


Antara tempat wajib adalah Ladang Boh. Dulu-dulu masa pergi tak perasan ada cafe untuk minum teh dekat kilang teh tu. Best, bolehlah order and test dulu rasa teh apa nak sebelum borong di kedai Boh.




Nazhan suka ambil gambar dan bolehlah diharap untuk mengambil gambar. Suka ibu. Bolehlah ibu posing. Kalau tidak, asyik ibu ja tukang ambil gambar.



My princess Iris



Oh.. Terasa nikmat teacino ni. Kalau tak bolayan ja.




Selain tu kami ke Strawberry
park. Ibu xda chance nak pick sendiri sebab Iris tidur dan laluan sempit nak bawa stroller.




Namun, hasilnya lumayan. Fresh strawberry yang besar-besar belaka hasil tuaian
Nazhan dan abah. Kalau xnak pick sendiri, ada banyak lagi yang fresh yang sudah siap dipack.

Apa lagi boleh buat di Cameron Highlands?

boleh makan steamboat
boleh pergi pasar malam di Brinchang tp hari Sabtu sahaja
ada honey bee park, boleh beli fresh madu
Ada ladang sayur, bunga
Boleh bergambar dengan permandangan yang sangat cantik dan replika buah-buahan besar
Shopping bantal strawbery, buah, sayur, bunga

Ha.. Silalah cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands!!!

P/S: Jalan ke sana kalau dari
Tapah sangat lengkang lengkok. Selamat husband gagah perkasa yg drive. Mengikut kata family in law, jalan dari Simpang Pulai(or utaralah) lagi ok untuk ke Cameron. Kurang lengkak lengkoknya.

Saya sangat suka holiday!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Go Kart at Shah Alam Circuit

Nanti kita sambung refresh event yang berlaku dalam 2 bulan sepanjang x berapa rajin nak update blog tu.. Hari ni nak share aktiviti cuti 3 hari sempena cuti Hari Malaysia.

Hari Sabtu kami ke Damansara selepas mengambil stok vivix di Shaklee. Pergi berkunjung rumah ke rumah Haziq, best friend Nazhan semasa di WQ Park sempenan birthday adiknya, Wafiq.





Best.. Lama xjumpa ibu-ibu yang sering berkongsi cerita anak-anak sewaktu sekolah lama Nazhan. Haziq pun dah ke sekolah baru. Irfan lagi seorang kawan yang datang juga tapi masih sekolah itu pun menunjukkan peningkatan. Great!!!. Makanan pun best. Tq Sida, mama Haziq sebab jemput kami.

Iris tidur lama even dah sampai sana dan ditidurkan di bilik yang ramai budak-budak sedang bermain. Penat sangatlah, malam sebelum tu tidur lewat dan pagi bangun awal.

Ahad kami tinggal di rumah saja sebab abah puasa. Last day of Syawal dan last day of his puasa 6. Ibu ada keluar sekejap untuk cod set penyusuan di Macdonald, Klang Central pada Puan Wati. Malam baru pergi berbuka dan beli barang dapur di shopping mall.


Semoga Wati berjaya dalam perjalanan penyusuan kali ke -4 ini. Semua anak-anaknya(4 orang) mendapat nikmat susu ibu dan bijak-bijak belaka.




Layan motor di shopping mall

Isnin masih cuti. Heaven... Byk juga aktiviti nak dibuat hari ni. Tiba-tiba teringin nak main go kart. So kami ke Shah Alam. Alamak.. Tak dapat nak cerita panjang la, dah lewat nak hantar anak-anak ni. Layan gambar ja la.



Safety First




Drama Queen

Alkisahnya, ibu xdapat naik Go Kart even tiket dah beli sebab Princess Iris sedang berdrama. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Trial school

Akhir Jun, Nazhan grad( suka hati grad sendiri) dari WQ Park, Jadi Julai Nazhan join sekolah Genius Aulad untuk 1 bulan trial. Baguslah sekolah benarkan trial. Cuma bayar yuran 1 bulan tanpa perlu bayar registration fee dan kos lain. Tambah duit untuk uniform dan buku bacaan.




Bila petang lepas ambil Nazhan, singgah minum petang di luar kalau rasa teringin apa2. Selalunya balik terus. Nazhan join sesi petang. Kadang2, kesian Iris. Sebab waktu nak ambil Nazhan balik, dia masih tidur. So terpaksalah angkat masuk kereta walaupun tidur.





Selepas sebulan, rasanya nak try di tempat lain pula. Sekolah ni bagus cuma ibu percaya Nazhan lebih enjoy dan sesuai learn through play and fun activity.



- Posted using BlogPress from my iPhone