Resepi kerabu perut

9:27 AM ida ahmad 1 Comments

Resepi yang bakal dicuba. Hopefully jadi kali ni. Sebelum ni 2 percubaan jadi tapi tak sama macam yang dikehendaki.
Yang diidamkan sama dengan makan di satu restoran tu. Kalau jadi, nanti bakal kutempek gambar ya. Bukanlah hari ni.. Soon... Aktiviti bila pergi ke market, akan breakfast sambil google resepi cum buat senarai barang. Punyalah last minute..

KERABU PERUT

250 gm perut
taugeh
kacang panjang
1/2 bwg besar
2 sudu udang kering
1 sudu kecil kerisik- optional
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/4 biji lemon (perah jus lemon)
5-10 biji cili padi
3 sudu besar kelapa kering digoreng kekuningan

cara:
1) rebus perut sehingga empuk bersama sedikit garam. Jika rebus menggunakan periuk tekanan, msk 30-40 minit.
2) kacang pancang dipotong kecil2. Taugeh dibuang ekor. bawang dimayang nipis2. potong cili kecil2.
3) tumbuk udang kering dan separuh bwg yg telah dimayang. tumbuk juga cili padi supaya rasa kepedasan cili sekata.
4) goreng kelapa kering hingga kekuningan.
5) campur kesemua bhn2 di atas. gaul hingga rata. masukkan garam, gula dan air perahan lemon. siap utk di mkn.



- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comments:

Unknown said...

Nice blog...
Visit me http://papaytea.blogspot.com