Berbaloi tak menginap di Hotel Avallion, Port Dickson

1:45 PM ida ahmad 0 Comments

Kalau pergi bercuti di Port Dickson, ramai juga yang search untuk private pool. Private pool boleh pilih ke Hotel Grand Lexis atau Lexis. Di Hotel Avallion ni, tak ada private pool, private bath tub dan balkoni ja. Hehe. Yang bestnya, Hotel Avallion ada chalet atas air. Selain tu, ada petting zoo juga.
Memang exercise berjalan aja

Ready to go to swimming pool

Ada Petting Zoo, ngam-ngam lepas berendam 
Petting Zoo percuma ja masuk tapi kena check jadual juga. Perjalanan untuk ke bilik agak jauh kalau ada yang sakit kaki. Kami tak nampak buggy car dok masuk keluar hantar guest. Kami pun jalan dan angkut sendiri ja beg-beg sebab masa kami pi agak ramai orang dan ia tidaklah mudah. Ada tangga- tangga pendek yang kena angkat beg troli dan stroller yang kurang family friendly.


Private Bath Tub.. Jaga2 orang boleh skoding juga tau.

Layan juga !
Pengalaman di Hotel Avallion ni bolehlah. Ada part yang super best dan yang biasa2 ja. Swimming pool memang best. Swimming pool kanak-kanak ada slide. Nuh Iman pun boleh naik dengan ditemani ibu dan tak takut langsung. Ibu pun ada chance rasa naik slide. Kakaka !!!

Iman memang tak boleh resist ice cream.

Makanan pula, breakfast walaupun ulang2 menu sama masih ok dan Alhamdulillah. Ada kawan yang order room servise kata tak sedap. Hehe.. Kami agak malas nak cari makan waktu malam so lunch di luar dan tapau siap2 kundapan untuk makan.


Bila air pasang

Suasana bila air surut.. Boleh nampak juga kapal terbang take off. PD dekat ja dengan KLIA

Still looking forward to stay at this hotel.

Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Kedai Parabot Murah di Shah Alam

11:40 AM ida ahmad 0 Comments

Tahun lepas kami nak masukkan perabot di rumah sewa. Tak la banyak sebab ada yang kami ambil pa yang sedia ada.
.
Kedai Perabot Haji Faiz Sdn. Bhd.

Cuma kami mencari katil dua tingkat, almari kembar berkunci, tilam, meja makan dan rak tv. 

Bayar-bayar

.
Kami dapat dari kedai ni di Seksyen 7, Shah Alam. Bolehlah sesiapa nak pi borong. Kami tak survey banyak kedai cuma 3 dan ini yang termurah, mungkin juga ada kedai boleh offer lagi best.

0 comments:

Aktiviti & Tip yang membantu anak-anak lambat bercakap, menulis dan hyper.

11:17 AM ida ahmad 0 Comments

Tips untuk murid bermasalah saya dapat dari wassap. Ada antara pernah dengar dan baca. Saya tak pasti tentang kajian yang dibuat. Cuma occupational therapy untuk speech delay dan kanak-kanak autism ada antaranya seperti aktiviti - aktiviti yang disyorkan ni. Jadi, pasti ada faedah dan kesan positif kalau kita rajin apply pada anak-anak. Tak rugi cuba !

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:
1)  Lambat menulis:

 Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat: 

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu  murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.

Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Boleh cuba.

Betul ka lakonan semata tu?


#justsharing

0 comments:

Kunjungan ke Petrosains KLCC sangat berbaloi

12:26 PM ida ahmad 0 Comments

Cuti sekolah yang lepas, saya bawa anak-anak ke Petrosains. Banyak tempat yang berlegar di kepala untuk bawa anak-anak ni memandangkan kami tak bercuti ke luar KL / Selangor selain masa awal cuti sekolah.
.

Syok habis !


Suami pun kerja. Jadi saya kena selektif pilih tempat yang berfaedah, selamat dan saya mampu kawal anak-anak yang 3 orang ni seorang diri. Kalau pi Kidzania, ngamuk pula Nuh Iman tak dapat join. Kalau p trampolin pun, bawah 3 tahun tak lepas.
Spooky pun ada
Ala ketot astronot ni

.
Jadinya Petrosains jadi pilihan yang sangat ideal untuk kami. Pertama kali pergi kami mula masuk lepas Zohor, beratur naik kenderaan angkasa untuk ke  stesen pertama. Line tak panjang sangat oklah. 
Lakonan Abang Nazhan memang tip top

.
Oh, harga tiket pun mampu beli dan sangat berbaloi. Nuh Iman free lagi.
.
Bilik tidur abah dan uncle2 di pelantar minyak

Ya Allah banyak sangat aktiviti dan stesen demi stesen untuk belajar, enjoy dan explore! Nazhan, Iris dan Iman sangat happy, aktif dan excited. Sebab excited sangat, kami spend banyak masa di satu-satu stesen.
Permainan kaut2 ni memang menjadi rebutan kanak-kanak. Kunjungan kedua, baru dapat main.

Akhirnya kami tak sempat cover dan enjoy semua stesen. Bila sampai di stesen Pelantar Petronas, kami dan cepat2. Same goes to stesen2 lepas tu. Sebabnya ibu belum Asar dan hari tu hari bekerja dan tak nak jam dengan orang balik kerja.
.
Si kecil ni memang tak kasi chance

Memanglah jem juga masa balik tu sebab terpaksa singgah beli makanan sikit sebab dah kebulur. Namun, berhajat nak datang balik dan sambung bahagian yang kami pass dengan laju-laju tadi.
.
Terpaksa minta bantuan Iris untuk menekan minyak !

Jadinya kami pun datang balik selepas seminggu. Hehe. Kali ni line masuk lebih panjang nak naik transport ke stesen pertama. Jadi, kami minta budi bicara untuk ambil shortcut dan tak nak naik pun kenderaan tu. 
.
Masa ni ibu tengah breastfeeding Iman sampai lena


Alhamdulillah, hajat termakbul. Kami dibawa masuk jalan staff. Lepas dah masuk, kami terus masuk bahagian yang paling best dan tak sempat nak enjoy lama2 hari tu.
.

Pendapat ibu, memang kena 2 hari lawatan baru puas hati dapat spend time lama2 & explore semua gadget yang Petrosains ada.

0 comments: