Saya buat ni sebab saya sayangkan keluarga saya

3:47 PM ida ahmad 1 Comments

Jika seorang bertanya pada seorang isteri..."Kenapa anda melakukan kerja rumah..kerja ofis dan segala mcm kerja?..kalau jawapannya "ooo sbb dah tanggungjwab saya.".. hmm..bahaya jawapan mcm ni..kene gi kaunseling..tp kalau dia jawab.. "OOo..semua ni saya buat sebab saya sayangkan suami saya..saya sayang kan tugasan saya..saya sayang anak saya."...sejuk dengar jawapan mcm ni..

Bukanlah nak kata yang semua tu bukan tanggungjawab ..mmgla ianya amanah,tanggungjwab seorg wanita...tapi kalau ianya datang kerana rasa kasih cinta.. takkan timbul soal penat..penat letih...Walaupun stress..penat..tu semua normal...tipu kalau kata tak pernah penat atau tak pernah stress sedangkan anakanda Rasullullah sendiri pernah mengadu kepada Baginda.."Siti Fatimah mengadu kat Nabi SAW, yang dia keletihan serta tapak tangan dah kasar kerana mengisar gandum lantas memohon seorang khadam dari Baginda SAW.

Nabi SAW memujuk anak kesayangannya dengan menganjur membaca SubhanAllah 33x, Alhamdullillah 33x dan AllahuAkbar 33x dan 1xLa Illahaillallahu wah dahulaa syarikallah...hingga akhir untuk menghilangkan letih sebelum tidur".Dan kalau istiqamah mengamalnya...pasti badan sihat dan hati tenang...

InsyaAllah...dan bagi saya berdoa lah agar diberi kekuatan...amalkan yerr setiap wanita berbeza..setiap dari kita ada kekuatan masing2..tiada sapa yg boleh dabik dada kata dia je yg susah... jika sedang dilanda kerisauan...tension...atau keletihan yang amat dgn tanggungjwb yang dipikul..atau sedih dgn apa yang dihadapi.. ..

Saya nak anda luangkan 5 minit dan lakukan ini..
~Pejam kan mata dan bayangkan~~~~
~bayangkan jika anda ditimpa musibah atau kesusahan yg lebih buruk dari apa yang anda sedang alami
~~~~bayangkan org lain yang kesusahannya lebih besar dari apa yg kita alami..
~~~~ingat satu persatu nikmat yang anda ada tetapi ianya bukan dah lagi milik anda..anak..suami..ibu ayah..pancaindera..kasih sayang.
.bla bla.....huhuhmmm...
dah buat dah??
... buka mata dan apa yang anda rasa?

Pasti anda bersyukur amat dgn kehidupan yang anda lalui sekarang dan takkan sekali sekali mengeluh.. mengeluh ni hanya akan menjauhkan kita dari rezeki ..dari rahmat Allah..dari kasih sayang Allah.....Bersyukur lah... Kadangkala kita rasa apa yang org lain lalui itu lebih baik..tapi hakikatnya apa yang kita ada..itu lebih baik utk kita..

Credit

1 comments:

saya ada buat artikel tentang isteri2 yg kepenatan buat keja umah tau.. cuba jenguk sini boleh kongsi2 jugak

http://kokoadik.blogspot.com/2011/02/sinar-fmustazah-nor-bahyah-mahamood-isu.html