Pembetulan pembetulan.. Sesi fardhu ain ada ya
Pada entry yang lepas, ibu bercerita pasal keputusan kami nak tukarkan Nazhan ke sesi separuh hari. Hasilnya ada la perubahan sikit. Nazhan tak la kelihatan sedih sangat masa nak dihantar ke sekolah selama beberapa hari tapi hari ni dah buat pula.Kalau anak orang lain boleh dia mengadu apa yang dia rasa tapi Nazhan dia tak pandai menyusun kata lagi atau kami yang gagal nak faham apa yang dikata. Apa lagi cikgu di sekolah yang baru kenal dia. Ibu harap cikgu-cikgu dapat membantunya dan Nazhan sendiri dapat belajar dari kawan-kawan. Ibu tak la menaruh harapan tinggi. Tujuan pilihan dibuat untuk ke sekolah tersebut berbanding day care biasa sebab kelebihan ada sesi belajar. Cukup sekadar Nazhan membiasakan diri dengan sesi pengajaran. Mudah-mudahan selepas selalu mendengar dan berlatih, Nazhan akan minat untuk belajar. Bukan sebaliknya.
Kalau terjadi sebaliknya, memang kami telah tersalah langkah. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk belajar. Semuanya perlu menyenangkan supaya mereka sendiri berminat dan merasakan belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kerana proses pembelajaran masih panjang lagi. Kalau pada peringkat awal sudah ada faktor penolok, dikhuatiri otaknya akan menganggap belajar adalah sesuatu yang tidak best dan dia terus menolak.
Selepas menulis entry tersebut dan dijumpai, cikgu or pihak pengurusan tadika telah datang berbincang untuk membuat pembetulan. Katanya, sesi petang memang ada fadhu ain dan revision. Mengikut pemerhatian beliau juga, Nazhan diberi perhatian lebih. Syukurlah jika semua itu benar. Uniform pun dah dapat sepasang. Terima kasih kerana membaca aduan rakyat ini. Hehe..
Sejak minggu ni, ibu memang hantar Nazhan halfday. Semalam nampak muka comot, sisa makanan rasanya. Makan kot dia hari ni. Bila ibu tanya, dia ulang balik ja. Takpa..absorb dulu..nanti dah digest keluar mcm pemidato ya. Yg sedihnya pampers tak ditukar. Basah lenjut Nazhan Iqbal. Bukan pertama kali terjadi walaupun sudah dipesan tapi mereka mungkin terlupa. Lagipun, mereka cikgu bukannya babysitter. Ibu nak toilet train Nazhan tp perkataan nak kencing pun tak keluar2 lagi. Berak pandailah cakap. Taktau la dia pernah berak di sekolah atau tidak.
Jika ada keluhan hati ibu yang tidak benar, maafkan saya. Semuanya berdasarkan pemerhatian dan hati naluri ibu. Tadika tersebut dengarnya berjaya melahirkan kanak-kanak yang pandai sebab tu la menjadi pilihan kami. Disebabkan itu, tak salah kalau mereka terus bekerja keras dan memperbaiki apa yang kurang supaya terus menerus berjaya dan di respect.
- Posted using BlogPress from my iPhone
0 comments:
Post a Comment