Gila Kereta

9:58 PM ida ahmad 0 Comments

Macam macam dah jadi sejak kami pindah dari Miri. Sekarang kami di Penang. Ibu pun dah start bisnes baru. Dah tak jadi kerja opis. Tak sampai hati nak tinggal Iris la. Huhu.

Iris dah 3 bulan tapi badan dia umpph.. sedap dipeluk. Aunty Hafsah kata macam 5 bulan. Masa cucuk 3 bulan, dia terkejut sikit ja. Pujuk2 sikit, dah cool down. She is very tough girl. Serius cakap. Perut kembung pun maintain ja, tak nangis. Bangga ibu dengan Iris. Sekarang dah pandai gelak walaupun muka serius ja. Susah betul nak snap gambar Iris smiling.

Bila keluar rumah, Iris jarang nak tidur. Sibuk la perhati kiri kanan. Nak menyusu dalam keta pun taknak, sanggup la tahan lapar even masa before keluar tu, dah nangis2 lapar. Dah puas memerhati and kena paksa minum, baru la nak minum. Tak pa Iris, good for your brain. Mesti pandai anak ibu ni nanti.

Meanwhile Nazhan sangat happy masa kami transit di Shah Alam dulu. Ye lah, banyak member, sepupu2 dia tu. Seronok betul dia di sana. Balik ja abang Danial and Darwish dari school, dia pun nak ikut naik atas (bilik kami di tingkat bawah). Bukan main sekali pun, lepak sakali ja. Berbeza umur, mainan pun lain la. Budak2 tu main xbox, dia lebih kepada physical games. Main kejar2 ka, lompat2 ka. Tapi as long as ada bersama dia dah over excited dah. Walaupun, dia main sorang2 ja kat atas tu.



Sekarang kami di Penang. No sepupu around. Boring gila dia. Mengekor ja mana ibu pergi. Bila ibu masak, dia pun di dapur la. Berlegar di kaki ibu. Waaa, kesian jgk la. Saya sangat kesian bila Nazhan tak buat aktviti berfaedah. Rasa macam masa dia tak dimanfaatkan sepenuhnya. Ye lah otak budak tengah berkembang tapi tak fulfill dengan sebaiknya. Rugi2. Walaupun saya fully housewife, kualiti time dengan Nazhan sangat kurang.

Bila kerja rumah dah selesai, badan pun dah penat, adik nak menyusu lagi. Poor Nazhan. Dia masih tak pandai cakap bahasa melayu sejati tapi bahasa filipinanya power. Kalaulah ibu boleh berbahasa sama, bolehlah ibu faham and jadi translator.

Nazhan ni car lover. Dulu2 dia suka part tayar ja. Terbalikkan any transpot and dia akan spin la tayar tu sampai boring. Sampai tok wan dia kata, "nanti boleh bukak kedai tayar la" and "senang la beli tayar ja buat main". Sekarang dia suka sangat letak kereta kat meja, katil, lantai or pegang ja dan mata dia sama level dengan keta tu. Perhati la luar dalam, lama gila. Hopefully, he will be an expert in car one day. Boleh cerita kat ibu apa different on those cars. Bestnya bila ia terjadi...


0 comments: