Musim kenduri

11:59 AM ida ahmad 0 Comments

Errr, mission nk buat entry everyday tersasar. Week ni ibu busy sikit. Sabtu ada kenduri aqiqah dan besday Hayki, pak sedara yg sebaya Nazhan. Sempena dengan itu, depa jemput anak anak yatim dr Ipoh.

So, ibu pun nak clearkan baju2 lama dr dlm almari dan beg utk budak2 tu. Dpt la 2 kotak. Actually banyak lg tp telah disaring oleh cu dan maid baru ibuku.

First time dpt join kenduri mcm ni. Dok di Miri selalu tak balik kenduri. Harap raya ja. Since kenduri aqiqah, ada daging lembu dan kambing ja.

Hari ni kami p wedding Hizrat di Taman Koskam tp signboard kt depan taman tulis Taman Pokok Sena. Dah terlepas pun ke Irsyad, kena patah balik.

Mission ibu nak makan ayam masak merah tp tak dapat. Depa pun lauk daging jgk. Huaa:((. Harap2 next week kenduri Matfaq dan Gmon ada ayam masak merah yg sedap dan menjilat jari. Ibu buat sendiri tak sama la n tak feel.

Kami xdan jumpa pengantin sebab kena bergegas balik. Jumpa dengan Nik, Tibo, wife and baby Fatimah aja. Comel gilos and putih melepak lepak. Anyway, congratulation to Hizrat. Semoga berbahagia sepanjang hayat.

0 comments:

Playtime

2:08 PM ida ahmad 0 Comments

Last Saturday, I spent time here. It was an Art Craft Zone at Carrefour. I'm not sure what the correct name, but its definitely at Carrefour, Seberang Jaya. The girl next to me was an Arabic girl, an expert to the rocking horse and also so beautiful. I'm just a beginner. That why, I rock it slow motionly.By the way, all the games there were awesome.

0 comments:

New dress..yea yea

12:49 PM ida ahmad 0 Comments


Yeah. Gumbiranya hati dpt siapkan dress baru untuk Iris. Guna balance2 kain yg ada ja. So seksi la sikit anak dara i. Banyak betul dugaan masa nak buat. Boleh siap dlm 1-2 jam jadi sehari semalam.

Baru potong kain, Iris dah jaga. Then bagi susu, tidur balik. Baru nak keluarkan mesin jahit dr kotak, abang Nazhan plk jaga. Jahit sikit, dah adik jaga. Stop la terus.

Bila dah malam, stay up menjahit. Abang Nazhan pun stay up jgk menyibuk. Siap dok atas riba lagi. Over sungguh. Bila dah xlarat nk melayan dia, hantaq masuk bilik tidur, kejap ja dah lena.

Ibu pun terus Isyak. Lepas solat baru ja ngadap mesin, adik pulak jaga nk susu. Waaa, dugaan2x. Pagi ni lepas subuh ja terus ibu p sambung.

Heehee. Berjaya jgk siapkan before Iris bangun. Actually ikut tutorial dari sifu Maya buat blouse. Selamatlah Iris dah ada body cutting. Hehe. So nampak mcm gaun jgk la bila pakai.

Hari ni ibu nak p cari kain cute2 untuk buat dress lagi. Banyak kenduri nak attend ni. Sapa nak buat tempahan pun boleh. Bagi kain sendiri, nanti saya jahitkan. Hehe.

0 comments:

Getting started

9:44 AM ida ahmad 0 Comments

Oo baju baju dari online shop ibu, motherschoices dah hampir habis. Hari tu ambil tak banyak stok sebab nak try market dulu. Ibu rasa nak venture sebagai supplier kot in da future bila ibu mampu p oversea sediri dapatkan stok. Sebenarnya tak sabar nak dapatkan stok sendiri tp mcm mana nak berurus niaga dengan 2 budak kecik yg tak boleh ditinggalkan ni.

Kalau usung p oversea belum tentu lagi dapat deal biz dengan aman. Abah dia lagi. Hehe. Duit dah la cukup2 makan ja. Sekarang dalam kedai online ibu tinggal tshirt Oshkosh untuk 2 years boy, tshirt Barbie untuk girl 6 years, romper Carter untuk girl 12m dan overall denim skirt Adams Kids untuk 5 years old girl sahaja.

Meanwhile ibu ingat nak mula menjahit dress untuk Iris. Dah besar anak dara saya ni. Kena bagi lady like sikit. Kang orang confius plk. Susah betul nak dapatkan momentum nak start menjahit ni.

Satu lagi benda yg ibu nak try buat is application untuk iPhone. Anybody dah ada pengalaman? Ni my husband punya idea la. Dia yg suka sangat tp since saya dah ada programming background baiklah asah balik. Kalau tak sia2 ja belajar di MMU dan duit TM sponsor kan. Dah la tak keja.

Podcast ada, buku pun dah ada di Popular. Hehe. Tinggal nak mulakan langkah ja. Rajin ida rajin!!! Sapa2 member yg buat or kenal member buat apps for iPhone kenalkanlah ya.

0 comments:

Rumah oh rumah

5:19 PM ida ahmad 0 Comments

Kalau ikut kontrak bulan 6 ni kami dapat kunci rumah baru di Bukit Raja, Shah Alam. Kalau ikut plan bulan 7 nak pindah masuk dah. Boleh ka tak tu?

Impiannya dah siap la renovate within 1 month. Oleh kerana tak cukup budget kami limit kan renovation sekadar mana yg penting ja such as gate, gril, lighting and kichen kabinet (kalau cukup duit).

Lepas pindah dari Miri, kami ada p tengok progress projek. Nampak pulak banner Majlis Perbandaran Klang yang soh apply untuk renovation. Kalau tak rumah boleh kena roboh. Adoi, bila boleh masuk rumah ni?

Bila browse website dia, tak banyak info membantu. Berjaya jgk la jumpa renovation forms yg panjang berjela tak ingat. Ada terselit jgk 2 or 3 surat rasmi. Surat ni ja kami faham, yg lain blur ja. Ikut surat tu macam kami minta kebenaran untuk buat renovation yg melibatkan pagar jiran dan extension.

So, relief la sikit dengan harapan kami xperlu la minta kebenaran. Semuanya kena bayar tau. Ada fees per square feet. Malangnya bila suamiku call MPK tadi, dia kata pasang awning pun kena apply. Apakah???

Then soh datang opis dia nak terang dengan lebih lanjut dan isi form. Adoilah. Boringkan. Suka la buang masa orang. Apa yg boleh explain by phone tu explain la. Opis diorang tu bukak ka Sabtu? Takkan nk soh org apply cuti untuk dengar explaination dia ja. Kalau boleh settle sehari xpa gak.

Dah ada website tu gunalah sepenuhnya. Kan kan kan. Mungkinkah aku dapat pindah bulan 7 ni?

0 comments:

Mothers Day @ Kocha

10:39 PM ida ahmad 0 Comments

Dah seminggu lebey baru teringat lupa update pasal Mothers Day celebration. Alhamdulillah ingat jugak anak2 ibu (abahnya sebenarnya) wish selamat hari ibu. Hehe.. Actually ibu busy sangat untuk ambil peduli bila sebenarnya mothers day. Dasyat tak? Busy seorang housewife.

Happy Mothers Day, Ibu

Jalan2 ke blogshop jumpa sale sempena mothers day so ibu pun alert la "oo nak mothers day dah" tapi tak take note bila. Kang mengharap, kecundang pulakkan. Pagi mothers day tu, Baizah sms wish. Hehe, thank you Baizah. Then barulah, abah pun teringat nak pass kan kad yang dia dah prepare. Waahh, terkejut ibu tapi tak terkejut beruk la. Cool ja mula2 sebab ingat mana lah abah ciluk kad ni.

Kad yang teristimewa

Orang dah keja KLCC kan, banyak la iklan kat sana. So, tahun ni abah tak miss to wish me Happy Mothers Day on behalf of the kids on that very morning. Tahniah2x. I'm so impressed and appreciate it, abang.

Kebetulan tuk sampai dari Medan pagi tu, ibu yg plan nak masak pun tak jadi masak sebab ingat nak jemput tuk and makan kat luar.Sekali driver insist nak p jemput jgk. Rupanya ramai lagi penumpang lain selain tuk and tokwan. Memang tak muat keta la kalau kami yg jemput. Tunggu punya tunggu, tak sampai jgk. Depa lunch terus kat airport rupanya. So, kami 4 beranak ja la lunch aritu sempena Hari Ibu.

Steamboat @ Kocha, Banday Sunway, Seberang Jaya

Kami makan makan @ Kocha di Bandar Sunway. Kedai ni ada steamboat. Betul ka eja. Kami amik set 2-3 orang, harga rm29.90. Minuman order asing. Banyak jgk la. Nazhan makan ciput ja. Ibu pun mengah nak makan. Selamat abah boleh masuk banyak. Clear jgk la kami makan, tinggal sayur ja tak habis.

Yum yum..

Malam baru ibu masak untuk tuk. Masak sempoi ja pun. Daging masak merah, daging rebus dengan air asam dan sayur kailan. Semoga tuk suka dengan masakan ibu sempena Hari Ibu tahun ni. We love u so much. Happy Mothers Day to all moms out there.

Breastfeeding in progress

0 comments:

Makan @ Puncak Mutiara Cafe

11:11 PM ida ahmad 0 Comments

Hari ni kami 3 beranak lunch dengan tokwan and tuk di luar, di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Penanti. Tokwan nanti nak p Syria. Nak belajar agama. Minta2 berkat la niat suci Tokwan dan berhasil la usahanya. Amin..

Sambung balik pasal makan tadi. Konsep cafe, bersantai ala kampung. Bukan ala kampung la, memang restoran tu dalam kampung. Kalau dari Sekolah Menengah Penanti, belok kanan di simpang 3 before masuk pekan tu. Nanti kena masuk kiri pulak ke kampung tu. Tak sure la ada sign board ka tak, sebab tadi dok seat belakang. Bila dah masuk dalam kampung tu, restoran dia sebelah dengan kebun sayur and ladang ternak binatang jgk.

Kaya la owner dia. Rasanya kebun yang besar sebelah tu pun memang dia punya, Mutiara Kristal Corporation. Ada mutiara jgk tu kan. Makanan best. Harga pun berpatutan. Nasi daging merah dalam rm6.50. Tokwan and tuk makan set beriyani kambing dengan dalca dan air asam tp xcheck harga.

Makanan tak sampai lagi, air dah tinggal suku

Iris tidur masa nak dekat sampai. Gumbira hati ibu. Boleh makan dengan aman nanti. Namun makanan sampai lambat, Iris dah jaga masa ibu tengah menyantap. Dalam keta dia tak minum pun sebab sibuk meninjau permandangan yang indah. Hehe tapi ibu tetap teruskan makan sebab Iris sungguh memahami sekadar memandang muka ibu makan sambil terkejar kejar menyuap abang Nazhan makan. Nazhan happy sangat. Boleh bebas. Orang pun tak ramai masa kami sampai. Ok lah, dah lewat ni. Kesian my boy. Nite2x.


Yang atas sekali tu paling yummy tapi tak sampai hati nak makan

0 comments:

Pack and Repack

11:32 PM ida ahmad 0 Comments

Barang2 dr Miri dah sampai last week. Kiranya delivery time within 2 weeks. Penuh jgk la satu bilik tetamu rumah mak aku book. Sampai tak nampak jalan ke toilet and melangit ke siling. Dah la berselerak, pintu bilik pun tak dapat tutup.

So, hari ni kami pun punggah balik barang2 tu. Sebenarnya banyak kotak yg aku tak sure isi kandungannya. Banyak yang shipping punya orang main letak aja dlm kotak, asal penuh, then tape. Alih2 letak nama, kichenware and children item ja berlambak. Alang2 lama lagi aku kat rumah ni, aku nak repack balik. Bukan nak guna pun barang2 tu, cuma sekadar nak tau isi kandungan kotak. Rimas perut tau kalau tak tau apa isinya.

Baju2 ada berbeg-beg lagi tak bukak tambah 2 kotak. Walhal almari bilik aku dah sarat. Tu kira aku tak kerja and teramat jarang beli baju. Memang baju lama2 ja banyak. Aku kan tak membesar sangat. Huahuahua. Baju zaman sekolah pun muat lagi. Tu before aku mengandungkan Iris la. Sekarang ni lain cerita. Banyak jugak la baju yang aku sudi sedekahkan.

Kat sapa ek aku nak bagi? Aku tak tau la rumah anak yatim kat Seberang Perai ni. Opsi, anak aku dah mengantuk. Nazhan ni walaupun dia geng dengan pak dia lebey, tapi time tidoq suka ketiak aku lagi. Heheheh..Nite2x.

0 comments:

Kakiku terpeleot

10:50 PM ida ahmad 0 Comments

Hari ni, aku keluar beli lipstik. Cewah, lipstik dah melted out. Mak saya kata "Lipstik murah macam tu la" Siutkan mak saya. Selamat hari ibu, mak. Hehe.. Boleh kata semua lipstik saya bila dah nak habis dan berada di kawasan panas, ia akan melembik. Nak tau semua lipstik macam tu ka tak, kena la beli lipstik mahal sekali. Hehe..

Bila dah sampai rumah, siap lunch semua, saya pun happy ja keluarkan lipstik dari beg Watson. Tiba2 tengah melangkah dr dining hall ke dapur, kakiku terpeleot. AARRGGHHHHH!!!!! Menjerit lama gila sebab sakit sangat. Tak berani nak gerak tp hati dok doa, jangan la terseliuh ka apa. Naya la kalau macam tu. Jeritanku berjaya jugak memanggil orang2 yg ada kat living room tu. Hehe..

Lepas dah hilang sakit yg teramat sangat tu, aku pun soh my husband yg tgh MC untuk angkat aku ke depan. Haha, in my dream la. Dia angkat sampai meja makan ja. Badan pun dah tak slim, nak org angkat. Boleh tambah MC husband aku, patah pinggang pulak lepas ni.

Anyway, alhamdulillah lepas berehat, boleh la memijak lantai. Cuma bahagian atasnya, kalau pegang tu sakit la. Taknak la p mengurut, sakit oo kena urut. Minta2 la baik sendiri ja, jgn makin parah dah.

0 comments:

Gila Kereta

9:58 PM ida ahmad 0 Comments

Macam macam dah jadi sejak kami pindah dari Miri. Sekarang kami di Penang. Ibu pun dah start bisnes baru. Dah tak jadi kerja opis. Tak sampai hati nak tinggal Iris la. Huhu.

Iris dah 3 bulan tapi badan dia umpph.. sedap dipeluk. Aunty Hafsah kata macam 5 bulan. Masa cucuk 3 bulan, dia terkejut sikit ja. Pujuk2 sikit, dah cool down. She is very tough girl. Serius cakap. Perut kembung pun maintain ja, tak nangis. Bangga ibu dengan Iris. Sekarang dah pandai gelak walaupun muka serius ja. Susah betul nak snap gambar Iris smiling.

Bila keluar rumah, Iris jarang nak tidur. Sibuk la perhati kiri kanan. Nak menyusu dalam keta pun taknak, sanggup la tahan lapar even masa before keluar tu, dah nangis2 lapar. Dah puas memerhati and kena paksa minum, baru la nak minum. Tak pa Iris, good for your brain. Mesti pandai anak ibu ni nanti.

Meanwhile Nazhan sangat happy masa kami transit di Shah Alam dulu. Ye lah, banyak member, sepupu2 dia tu. Seronok betul dia di sana. Balik ja abang Danial and Darwish dari school, dia pun nak ikut naik atas (bilik kami di tingkat bawah). Bukan main sekali pun, lepak sakali ja. Berbeza umur, mainan pun lain la. Budak2 tu main xbox, dia lebih kepada physical games. Main kejar2 ka, lompat2 ka. Tapi as long as ada bersama dia dah over excited dah. Walaupun, dia main sorang2 ja kat atas tu.



Sekarang kami di Penang. No sepupu around. Boring gila dia. Mengekor ja mana ibu pergi. Bila ibu masak, dia pun di dapur la. Berlegar di kaki ibu. Waaa, kesian jgk la. Saya sangat kesian bila Nazhan tak buat aktviti berfaedah. Rasa macam masa dia tak dimanfaatkan sepenuhnya. Ye lah otak budak tengah berkembang tapi tak fulfill dengan sebaiknya. Rugi2. Walaupun saya fully housewife, kualiti time dengan Nazhan sangat kurang.

Bila kerja rumah dah selesai, badan pun dah penat, adik nak menyusu lagi. Poor Nazhan. Dia masih tak pandai cakap bahasa melayu sejati tapi bahasa filipinanya power. Kalaulah ibu boleh berbahasa sama, bolehlah ibu faham and jadi translator.

Nazhan ni car lover. Dulu2 dia suka part tayar ja. Terbalikkan any transpot and dia akan spin la tayar tu sampai boring. Sampai tok wan dia kata, "nanti boleh bukak kedai tayar la" and "senang la beli tayar ja buat main". Sekarang dia suka sangat letak kereta kat meja, katil, lantai or pegang ja dan mata dia sama level dengan keta tu. Perhati la luar dalam, lama gila. Hopefully, he will be an expert in car one day. Boleh cerita kat ibu apa different on those cars. Bestnya bila ia terjadi...


0 comments:

MothersChoices - kedai baju budak yg branded dan berkualiti

11:16 AM ida ahmad 0 Comments

Ibu dah bukak kedai baru. Silalah lawati www.motherschoices.blogspot.com atau klik iklan kedai ibu di bawah untuk ke sana.

0 comments: