Quick Gateaway
Last weekend, we had a quick gateway at Pack City Everly, Miri. Ahahah.. Bukan bermakna kami dah terlebih duit dan taktau nak membazir di mana lagi. Ini disebabkan tekanan yg tidak tertahan lagi oleh ibu yang rasa terlampau lama terperuk di rumah. Ibu teringin sekali nak ikut abah p KL utk meeting nya. tapi meeting dia keep postponing dr minggu ke bulan dan sehingga kini tak kunjung tiba jua. Jadi, sebelum ibu explode dan tanpa berpikir panjang disaat poket agak kering, ibu mengajak abah tidur hotel. Dah menyampah sangat dah dok kt rumah sebenarnya. Dpt keluar berholiday sejenak pn jadiklah.Kami check in di hotel lebih kurang pukul 3 pm walaupun hotel cuma sekangkang kera sahaja. Ini adalah untuk menyelesaikan kerja2 rumah seperti vacuum, mop dan jemur baju. Selepas lunch di mamak, tapi ibu order roti canai aja sebab dah terbayang2 dr rumah, baru la gerak ke hotel.
Petang, kami p mandi swimming pool. Standard la kan. Apa lagi nk buat. Nak p shopping2, dah kat tempat sendiri. Lepas puas bermandi-manda, ingat nk p play ground or kids' room, alih2, sudah tak wujud. Nak masuk gym plk, kena sport shoes. Tak dapek la.
Selepas mandi tadi, kami pakaikan Nazhan baju n seluar tanpa dyper. Sampai bilik nak pakaikanlah dyper, rupanya dah kuyup seluar, terkencing. Huhu..sejuk sangat tadi. Angin pun kuat.
Lepas maghrib, kami turun makan buffet kt hotel. Nak makan kat luar hotel, mmg tempat sendirikan. Tak rasa la macam gateaway. Ahahaha.. Nazhan boleh la.. memberi kerjasama yg baik sewaktu ibu abahnya tgh mengamalkan 'value for money' sebaik mungkin.
Sejam lebih jugak la kot, Nazhan mampu bertahan selepas perut kecilnya penuh. Gayanya macam mengantuk tersangat sangat la. Kami pun faham la. Mungkin penat bermandi manda petang tadi. Akhirnya kami surrender dan naik ke bilik.
Sampai di bilik, Nazhan ceria dan cergas kembali. Memang pandai berlakon budak ini. Akhirnya dia tertidur mungkin around 10pm, ibu mungkin 11pm, abah tah la dok ngadap laptop dia macam tiada esok.
Ahad, kami lepak dibilik sahaja. Tiada morning breakfast di hotel kerana kami pilih very the chepest rate. Nazhan bangun seawal subuh. Huhu. Kami breakfast maggi. Ahahah, memang benda kurang khasiat tidak akan ditolak oleh Nazhan. Pukul 8-9am, ibu sambung tidur, diikuti oleh abah dan Nazhan. Ibu jaga pukul 10am untuk iron and kemas2 barang masuk beg. Pukul 11am, Nazhan plk terjaga, nangis2. Nak susu or terasa tensen bila dia tidur sorang2. Ibu pun amik dia dan terus bawak p mandi sama. Dalam bath tub, tak enjoy langsung muka. Monyok aja.
Bila semua dah settle and kami pun bergerak keluar dr bilik, abah cakap mungkin Nazhan nangis nak ajak p mandi swimming pool lagi kot. Hehehe..Tak dapek la sayang.
Itu aja la aktiviti yg relaxing yang ibu really need. Minggu ni p lagi boleh???..ahahah..only in my dream..
0 comments:
Post a Comment