Udang masak lemak dengan daun selom

4:06 PM ida ahmad 0 Comments



Bahan-bahan:
300-500g udang sederhana besar ( untuk 2-4 org makan lepas)
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
2 biji cabai merah
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan santan / susu cair
5-6 batang daun selom
Garam secubit or secukup rasa

Cara-cara:
1. Blend serai, bawang, halia, cabai dan kunyit hidup(kalau tak guna serbuk)
2. Masuk dalam kuali. Boleh ditumis dengan or tanpa minyak.
3.Bila dah pecah minyak or agak2 hilang pedas or kering sikit - any istilah yg sesuai (memang tak pedas, budak pun boleh makan), masukkan santan dan serbuk kunyit( kalau tak guna kunyit hidup).
4. Boleh tambah air sikit lagi, kalau nak kuah banyak.
5. Bila mendidih, masukkan udang dan garam.
6. Sebelum tutup api, boleh masukkan ulam selom yg sudah dipotong kecil.



Sebenarnya saya memang tak pandai masak. Mungkin resepi masak lemak saya sedikit berbeza dengan orang lain. Tapi yang saya buat ni sedap la bagi saya & husband makan. Untuk org lain, tah la. Sebagai manusia, kita kenalah sentiasa open minded terutama terhadap benda2 yang baru. Yang kalau dibuat tak terjejas apa2 pun. Kebanyakkan orang tua2, suka sangat menegur kalau apa yg org muda buat tak serupa dengan apa yang depa dah buat. Harap2, org muda tak la berfikiran macam tu.

Disebabkan saya sentiasa berfikiran yang apa yang orang buat mesti ada alasan dia sendiri and tak kacau rumah tangga aku pun, jadi saya lebih banyak mendiamkan diri dan menjadi pemerhati sahaja. Saya risau kalau ditegur kecil hati plk. Lagipun saya hanya hadir dalam hidup seseorang tu, sekali sekala. Takkan waktu sesaat itupun nak dirosakkan dengan perasaan tak puas hati.

Untuk org yang mmg kita dah kenal bersifat terbuka, eloklah ditegur sahaja tapi kalau dah tau perangai dia yg susah nak terima teguran, macam mana. Betulkah tindakan saya yang hanya mendiamkan diri itu?

Haha.. boleh pulak sesi menu ditambah dengan sesi luahan perasaan. Hua hua hua..sungguh tak sesuai.. tapi blog sayakan..ikut suka la.

By the way, pada yg malas2 tu cuba la resepi ni. Sempoi aja sebenarnya. Semua main campak dan gaul aja. Tak perlu nak kacau lama2. Hahaha..ajaran sesat ni. ( Kalau ikut mak saya, santan tu kena kacau tak berenti, tapi saya memang tinggal aja. Lenguh la tangan nak kacau2 ni :)) )

0 comments: