Pada entry yang lepas, ibu bercerita pasal keputusan kami nak tukarkan Nazhan ke sesi separuh hari. Hasilnya ada la perubahan sikit. Nazhan tak la kelihatan sedih sangat masa nak dihantar ke sekolah selama beberapa hari tapi hari ni dah buat pula.
Kalau anak orang lain boleh dia mengadu apa yang dia rasa tapi Nazhan dia tak pandai menyusun kata lagi atau kami yang gagal nak faham apa yang dikata. Apa lagi cikgu di sekolah yang baru kenal dia. Ibu harap cikgu-cikgu dapat membantunya dan Nazhan sendiri dapat belajar dari kawan-kawan. Ibu tak la menaruh harapan tinggi. Tujuan pilihan dibuat untuk ke sekolah tersebut berbanding day care biasa sebab kelebihan ada sesi belajar. Cukup sekadar Nazhan membiasakan diri dengan sesi pengajaran. Mudah-mudahan selepas selalu mendengar dan berlatih, Nazhan akan minat untuk belajar. Bukan sebaliknya.
Kalau terjadi sebaliknya, memang kami telah tersalah langkah. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk belajar. Semuanya perlu menyenangkan supaya mereka sendiri berminat dan merasakan belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kerana proses pembelajaran masih panjang lagi. Kalau pada peringkat awal sudah ada faktor penolok, dikhuatiri otaknya akan menganggap belajar adalah sesuatu yang tidak best dan dia terus menolak.
Selepas menulis entry tersebut dan dijumpai, cikgu or pihak pengurusan tadika telah datang berbincang untuk membuat pembetulan. Katanya, sesi petang memang ada fadhu ain dan revision. Mengikut pemerhatian beliau juga, Nazhan diberi perhatian lebih. Syukurlah jika semua itu benar. Uniform pun dah dapat sepasang. Terima kasih kerana membaca aduan rakyat ini. Hehe..
Sejak minggu ni, ibu memang hantar Nazhan halfday. Semalam nampak muka comot, sisa makanan rasanya. Makan kot dia hari ni. Bila ibu tanya, dia ulang balik ja. Takpa..absorb dulu..nanti dah digest keluar mcm pemidato ya. Yg sedihnya pampers tak ditukar. Basah lenjut Nazhan Iqbal. Bukan pertama kali terjadi walaupun sudah dipesan tapi mereka mungkin terlupa. Lagipun, mereka cikgu bukannya babysitter. Ibu nak toilet train Nazhan tp perkataan nak kencing pun tak keluar2 lagi. Berak pandailah cakap. Taktau la dia pernah berak di sekolah atau tidak.
Jika ada keluhan hati ibu yang tidak benar, maafkan saya. Semuanya berdasarkan pemerhatian dan hati naluri ibu. Tadika tersebut dengarnya berjaya melahirkan kanak-kanak yang pandai sebab tu la menjadi pilihan kami. Disebabkan itu, tak salah kalau mereka terus bekerja keras dan memperbaiki apa yang kurang supaya terus menerus berjaya dan di respect.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sejak awal tahun ni, kami hantar Nazhan ke full session tadika tapi sekarang kami ambil keputusan untuk tukar ke half session. Permulaannya apabila Nazhan tak nak p sekolah selepas asyik cuti sakit ja. Kami hairanlah, Nazhan seorang yg sangat ceria dan enjoy being with other kids. Kami tak nak la pengalaman bersekolahnya suatu night mare or something like that. Kami nak dia rasa school is fun and learning is a fun thing to do.
Since nak tukar ke half day ni, aku tanya la cikgu macam mana jadual kelas. Rupanya petang hanya aktiviti tidur, makan dan solat. Masa register bagitau jadual lain. Petang ada fardhu ain dan revision apa yg belajar sebelah pagi. Rupanya tidak.
Selalunya aku hantar Nazhan lambat, kelas pkl 8am-4pm, pukul 9am barulah kami sampai. Masa sampai tu, selalunya cikgu tgh prepare breakfast. Nazhan aku rasa mesti tak nak makan breakfast punya sebab di rumah baru ja minum susu.
Nak tau pukul berepa lunch time budak2 tu? Selepas diorang bangun tidur petang. Diorang tidur pkl 1pm. Aku rasa bangun tidur dlm pukul 2.30pm kot tu pun kalau boleh tidur dengan perut kosong.
Nazhan bila balik rumah, aku cepat2 bagi minum susu. Dalam kereta bagi makan cookies. Lepas minum susu, dia akan muntah. Aku rasa memang perut dia kosong. Kesiannya anak aku. Aku malas nak complain sebab admin sekolah tu memang jenis yg pandai menjawab.
Fyi, sampai hari ni uniform Nazhan tak dapat lagi. Bila aku buat tak puas ati, dia boleh jawab diorang xdak duit, sekolah swasta, sebab tu la diorang soh register awal, (so that boleh order uniform). Bila aku soh call bila baju sampai, diaorang mmg tak buat list org yg xdpt baju. So parents sendirilah kena dtg opis or call untuk ulang2 tanya.
Aku harap mood Nazhan ok la lepas kami tukarkan dia ke half day session. Hari ni first time la aku ambil dia awal. Kelam kabut la aku kat rumah, serba mak nenek nak buat. Memang tak dan nak buat semua kerja rumah. Tak apa, prioritize.
Hopefully Nazhan dpt manfaat dan menjadi orang yg bijak ;)
Lagging sungguh..
Sambung sikit dr entry sebelum ni.
Sebenarnya saya nak pinjam kereta abang no 2. Sakan la berbalas sms dan akhirnya dpt permission. 2 mlm sebelum hari kejadian, kami ada family dinner. Memang ada sembang pasal muat ka barang yang nak diambil guna D-max, abang no 1 tanya. Abang no 2 nyampuk jgk, offer nak bagi benda. Saya jawab tak apa. Ingatkan dia fahamlah butir bicara saya dan abang sulung. Tak la ulang kata nak pinjam d max dia sebab dah sms before tu.
Bila tiba harinya,dia tak ada di rumah. Rupa-rupanya yg berbalas sms selama ini adalah makhluk asing. Geram2x.. Buang masa sungguh. Tak baik tau mainkan orang mcm tu. Kalau kena batang hidung sendiri, baru padan muka.
Alkisahnya, benda2 penting ni kenalah call lagi baik.
- Posted using BlogPress
Abang-abang aku ada banyak no hp. Rajin sangat tukaq. Bila aku delete, tiba2 call pakai no lama. SO aku dah tak delete no diorang. So, kalau lambat reply ke satu no, aku akan sms ke no mana yg aku ada. Rupanya tindakan aku tu kurang bijak.
Ada plk la hamba Allah yg jahat p layan jawab sms2 aku ke abg aku. Semua jawapan dia munasabah sampai aku tak suspect even ada la rasa bahasa dia agak mulia. bahasa abg2 aku kasaq la jgk. So, kadang2 aku pikir yg bini dia yang tolong jawabkan or memang bini dia yg pakai no tu.
Nak jadi cerita, aku nak pinjam keta abg aku. Aku pun minta permission seminggu sebelum event dengan hanya sms. Confirm dapat. Lega rasa. Tak payah cari lori nak angkut meja makan dr rumah bapak aku. Jadi, Ahad lepak aku pun sms dia kata nak gerak dah p ni. Dia siap tanya nak mai dengan sapa? Semua soklan n jawapan dia logik.
Bila dah sampai depan rumah abg aku, aku heran apsal mcm tak ada org. Lupakah dia? Tekan2 loceng tak jawab. Call tak angkat. AKu call and sms 2-2 no yg ada. LAst sekali dia jawab, dia ada di Mid Valley. Apahal la plk ni? Aku sabar lagi.. Aku reply yg aku nk p rumah abg aku yg lagi sorang la. DIa jawab, dia lupa abg yg mana? Damn..
Saat itu aku baru sedar yg aku dah kena main. Aku baca balik semua sms aku ke dia.. nanti aku sambung lagi..
15 Januari adalah birthday my beloved mother and my good friend as well, Noa. Noa soon gonna be a mom too. Semoga semua ibu dan bakal ibu mendapat kesejahteraan dunia akhirat.
Oh ya, semalam kami ke Empire Subang. Biasalah mesti nak ambil Shaklee kalau ke sini. Tak la aku p Subang yg hectic ni sekadar suka2x. Namun, nak ke Empire dr Bukit Raja tak la hectic mana. Keluar dari Federal Highway/Nkve skt ja, first traffic light terus dah jumpa, tak perlu masuk center Subang pun.
Since the shopping mall baru, orang tak ramai. Lega2x..nak compare Mid Valley punya sesak or even Eaon Seberang Perai pun, aku rasa Empire lagi boleh bernafas. Surau pun sangat ok. Ada bilik air dlm surau. Kalau surau tempat lain, tak ada kan..Setakat tempat wuduk ja la. So yg ni thumbs up la!
Sejak aku ada 2 anak and pindah Semenanjung ni, window shopping tu
err..ada lg ka istilah tu. Kalau nk p beli barang, kelam kabut sokmo la. Kali ni, first time la aku rasa dapat pijak tapak kaki tu lama sikit kat lantai. Boleh duduk cari buku di Popular betul2, boleh layan toys(tanpa membeli) di ToysR'Us dapat pegang tangan laki aku lama skt time jalan sama. Kalau tak asyik kena bahagi tugas ja. Dia layan budak, aku gi cari barang.

Nak cari dinner tu susah skt tp kami pun maybe tak round habis2 lagi. Kedai2nya semua tak familiar dgn poket kami lagi. Lastly, kami pilih makan di Tarbush. Oh, kedainya cantik dan pekerja bagus. Makanannya pun sedap. Bagi 4 setengah bintanglah. Well, sebenarnya makanan dia tak la semahal namanya. Hehe..tak adalah. Kami yg ingat kedai ni mahal tu yg sekilas pandang ja kalau terjumpa di tempat lain. Makanan restoran Tarbush ni asal dr Lubnan. Pada pendapat aku, harganya mcm Secret Recipe tp minumannya lebih murah. Haa..tak sangkakan?

Jom la p serbu Tarbush lepas ni!! Sedapp..
- Posted using BlogPress
Ini pertama kali saya hendak buat GIFTAWAY sepanjang berblog. Giftaway atau hadiah ini adalah bersempena dengan birthday ibu saya, Pn Alang Habsah Mahmod pada esok hari iaitu 15 Januari

dan birthday anak perempuan saya, Iris Nazurah pada 26 Januari.

Hadiah yang ditawarkan adalah sebotol Alfalfa bersaiz 330biji. Jika anda pemenang namun tidak boleh consume Alfalfa, saya akan menukarkannya kepada sebotol B Complex(120biji).

Syarat untuk menyertai special giftaway ini adalah amat mudah. Anda hanya perlu:
1)Meninggalkan komen ringkas dan link ke blog anda
2)Buat simple entry dan letak link back ke blog shakleeshop.
3)Entry/karangan anda mestilah berkisarkan tentang mengapa anda nak menang giftaway ni sepanjang 1-10 ayat sahaja.
4)Jika anda tiada blog, cukup sekadar hantarkan pernyertaan anda dengan meninggalkan comment sepanjang 1-10 ayat mengapa anda nak menang giftaway ni. Emailkan maklumat dimana saya boleh menghubungi anda jika anda adalah pemenangnya ke ikhairani[@]gmail[.]com
Tarikh tutup adalan sebulan dari sekarang iaitu 15 Februari 2011.
Untuk pengetahuan anda kebaikkan alfalfa adalah:
~tambah susu~penawar resdung & allergy~rahsia keintiman wanita~membantu sistem pencernaan~menyelesaikan masalah keputihan~
Furthermore,
Shaklee Alfalfa Complex, originally developed by Dr. Forrest C. Shaklee, contains only nature's premium quality alfalfa, grown without fungicides, bactericides, synthetic hormones, growth regulator or chemicals.
Functions of Alfalfa: -
- Included in diets to help combat asthma and allergies
- Traditionally used as a supplement to help resolve kidney, bladder and prostate disorders
- Consumed since ancient times for its anti-arthritic, anti-diabetic and anti-ulcer activity
Pemilihan Pemenang:
Pemenang akan dipilih berdasarkan sebab dan kreativi hasil penulisan walaupun sekadar 1-2 ayat sahaja atau entry yang panjang.
Panel juri adalah suami saya, En Norshaiful Azril
Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2011.
Tak rugi mencuba !!!
Saya baru sahaja baik selsema yg dijangkiti sejak 2 hari lepas. Baru semalam makan ubat selsema dari klinik. Ubat tu membuatkan saya mengantuk. Payah jgk la kalau asyik mengantuk ja padahal ada 2 anak untuk dijaga.
Anak sulung saya pula, baru sahaja baik batuk tp muntah2 plk bile diberi susu. Kesian..Sehari suntuk dia tidur. Semalam panas pula suhu badannya. Saya pula, dalam selsema2 ni kena handwash semua baju kami yg asyik kena muntah ja. Carpet dan kusyen pun kena jgk. Rumah perlu dimop selalu untuk kekalkan hygine level.
Alhamdulillah adik tidak apa2. Cuma merapnya lebih. Semasa sakit2 ni, saya upkan intake vitamin c disamping vitamin2 lain, supaya cepat sembuh. Alhamdulillah dah sembuh. Untuk anak sulung saya ni, saya tambah energizing soy protein dlm susunya yg dah dikurangkan sukatan.
Doktor pesan kurangkan sukatan susu kepada half sebab dia asyik muntah ja. Ubat2 pula, payah nak makan. Saya kena paksa jugaklah walaupun kesian. Hari ni nampaknya dia ok. Saya baru ja campurkan esp dlm susunya sebab makan pun dia tak lalu, mana nak dpt tenaga untuk pulih. Syukur sangat mood dia dah ok hari ni.
Demam dia belum pulih sepenuhnya. Doa saya semoga dia sembuh, boleh pergi sekolah. Belajar dgn kawan2 yg lain.
Kenapa saya kata musim sakit? Sepupunya dah 4 org masuk hospital. Seorang last week, keluar sorang, masuk 3. Kesian.. Saya dan suami pun tambah intake air masak seharian. Dlm cuaca yang tidak menentu ni, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Kurangkan minum kafein, air berkarbonat, minuman bergula juga jus dr kotak. Semuanya mempunyai kandungan gula yg tinggi dan tinggalkan kesan tak baik pada badan.
Untuk adik yg menyusu, saya perlu siapkan diri saya dulu. Saya kena pastikan badan saya sihat dan kuat untuk menjaganya dan susu saya sentiasa ada dan bernutrisi tinggi untuk pastikan antibodinya kuat. Semoga dia dijauhi dr penyakit. Semoga kita semua dijauhi dr sakit dan boleh terus menjalankan tanggungjawab kita.
- Posted using BlogPress

Love adventure? Thirsty for thriller ride? Call that number or just join them at Ulu Kemensah for ATV ride.
Nampak dlm tv ja selalu? Artis ja dpt rasa?? Ha, tidak lagi.. Anda juga boleh merasa pengalaman itu. Nak tanya lebih2, call ja no tu. Tak nak tanya lebih, pergi ja terus. Anda pasti sukakannya!!!
No kat gambar xnampak ka? 019-283 1771, Lie.


Harga masa IPO 5.04. Maybank Investment Bank estimate boleh naik 6.3-6.7, tak tahulah bila.
Shaklee Shop: Makan lecithin untuk kurus?: "Jika customer datang ke rumah...memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka ..."