Resepi Brownies Sedap dan Mudah

12:27 AM ida ahmad 0 Comments

Resepi brownies ni saya catat dari youtube video. Senang jugalah. Yang penting hasilnya sedap. Lain kali saya bagi gambar satu persatu prosesnya. Kali ni tak sempat nak snap lagipun pertama kali buat.

Lepas jadi, haha!! Terus potong, tunggu sejuk dan makan! Padahal dah pukul 11 malam. Senang ja rupanya. Korang pun mesti boleh buat. 


Bahan-bahan nak buat brownies

150 g coklat chip atau coklat masakan. ( Saya guna 140g coklat chip & 10 g masakan cap Meriah, apa yang ada)
130 g mentega ( saya guna Anchor salted butter, jadi tak perlu tambah garam lagi kemudian)

190 gram gula. (Asal 200g saya kurangkan sebab saya suka brownies kurang manis)
50 g serbuk koko ( saya guna brand Meriah)

1 sudu teh esen vanila
3 biji telur saiz A

95 gram tepung gandum
Kalau guna unsalted butter, tambah garam 1 sudu teh.

Cara-cara masak brownies

1. Cairkan coklat chip dan mentega dengan kaedah double boiler.
Untuk first timer, kaedah double boiler begini.. Letak bahan-bahan dalam mangkuk tahan panas. Mangkuk pula letak terus atas periuk / pan yang berisi air.  Kacau sampai cair dan tutup api.


2. Angkat mangkuk dari dapur dan masukkan gula dan serbuk koko. Saya ada jumpa cara yang mix guna mangkuk lain dan campur bila coklat sejuk. Namun tadi saya guna mangkuk yang sama & tak tunggu sejuk pun, hasilnya tetap sedap dan puas hati.

3. Bila dah sebati, masukkan esen vanila dan telur sebiji. Pastikan telur ni dah room temperature sebelum masukkan. Gaul sebati kemudian masukkan sebiji lagi. Total 3 biji.

4. Kemudian masukkan pula tepung gamdum. Gaul sampai bahan-bahan betul-betul dah sebati.

5. Oh ya, nak buat brownies tak guna mesin mixer pun tak apa. Sebabnya tak nak banyak udara terperangkap. Cuma gaul sebati dengan guna silikon spatula atau pengacau telur.

6. Tuang brownies dalam bekas 8x8 inci atau apa yang ada macam saya. Boleh letak kertas minyak sebelum tuang brownies dalam bekas acuan atau sapukan mentega dan tepung sebelum tuang acuan supaya senang nak tangkalkan.

7. Bakar brownies dalam oven pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 25-30 minit. Bila sampai 25 minit test la dengan cucuk brownies. Kita nak brownies yang moist jadi kalau dah masak dan melekat sikit pada batang yang kita test tu, dah kita siap !



Jangan tak cuba brownies mudah dan sedapnya. Boleh buat jual tau. Oh ya, kalau nak campur coklat cip atau kacang semasa menggaul tepung pun boleh. Next time saya cuba buat.



Credit untuk joyofbaking.com. Ini video cara buat brownies yang mudah dan sedap ni untuk rujukan yang lebih jelas !





0 comments: